"Lama lagi ke Fatin? Kaki aku dah lenguh ni. Dari satu kedai ke satu kedai. Kau tak beli apa2 lagi." Rungut Ariana. Dia memandang Fatin yang tengah belek baju2.
"Puan Ariana Rose. Kita kalau nak shopping mestilah pergi satu kedai ke satu kedai. Nak tahu sebab apa? Sebab kita boleh beza kan harga mereka. Contoh, baju ni harganya RM 120. Ada satu kedai tu baju yang sama tapi harganya RM 160." Ujar Fatin. Dia tunjuk jubah labuh muslimah kepada Ariana. Ariana buat muka menyampah. Dah start syarahan Fatin ni. Kalau nak cari yang murah. Senang je. Pasar malam. Habis cerita.
"Suka hati kau lah Fatin. Aku nak duduk. Okay." Ariana mengambil tempat kosong yang disediakan oleh kedai ini.
"Huh." Ariana melepas keluhan. Penat juga. Dia mengeluarkan iphone 6snya dari poket seluarnya. Dia log in instagramnya lalu stalk gambar kawan - kawannya.
Ariana stalk suaminya pula. Tak pernah lagi dia tengok gambar - gambar Khairul. Terkejut dia tengok follower Khairul. Hot juga mamat ni. Mana taknya. Gambar yang di upload semua nampak hensem. Suami siapa lah ni? Ariana terhenti satu gambar yang di upload oleh Khairul. Gambar itu dikaburkan. Dia membaca caption.
Gembira saya bila dapat jumpa awak kembali setelah kita berpisah 5 tahun. You very change. Awak bertudung nampak manis sekarang.😊
Siapa perempuan yang dimasukkannya? Daripada ayat dia nampak gembira. Dia tengok pula gambar seterusnya. Di kaburkan juga.
Sedih bila dapat tahu yang awak amnesia. Saya tak sangka besar dugaan yang awak tanggung selama kita berpisah. Lagi menyedih yang awak juga tidak ingat tentang saya.😢
Amnesia? Tidak ingat tentang Khairul? Aduih. Siapakah dia? Hati dia rasa cemburu. Perasaan ingin tahu semakin membuak - buak. Ni lah padahnya kalau tak tahu. Nanti aku akan cari masa untuk ketahui semua ini.
"Ariana." Panggil seseorang. Ariana yang kusyuk tadi terus mendongak untuk lihat siapa yang panggilnya.
"Imran!" Terkejuk Ariana bila nampak lelaki yang dia kenal. Lelaki yang dikenali Imran senyum kepada Ariana.
"Jangan buat muka terkejut boleh tak? Macam lawak tau." Kata Imran. Dia tergelak kecil lihat muka Ariana.
"Lama kita tak jumpa? Ariana sihat? Macam mana sekarang?" Tanya Imran prihatin. Dia memandang muka yang pernah memberi kata - kata semangat dan menolongnya.
"Alhamdulillah sihat. Macam ni je lah. Imran buat apa kat sini? Ni kan butik perempuan? Jangan kata Imran datang.." Ariana mengangkat keningnya berkali - kali. Imran gelak tengok Ariana. Dari dulu sampai sekarang sama je.
"Imran datang dengan tunang Imran."
"Tunang?! Omg! Dah tunang. Uish. Panas. Panas. Pula ni." Riak Ariana. Dia mengimpas mukanya tanda panas. Sebenarnya tak pun.
"Ariana. Ariana. Cuba perlahan sikit suara tu." Nasihat Imran. Dia pun terkejut dengan jeritan Ariana. Nasib tak kuat sangat. Tidak buat malu je.
"Sorry. Sorry. Terlalu excited sangat. By the way, congratulation. Tak sangka senior Ariana nak kahwin dah." Ucap Ariana gembira. Senyuman bibirnya masih lekang. Gembira sungguh.
"Thanks Ariana." Ucap Imran.
"Ni datang dengan siapa?" Tanya Imran. Pelik juga tengok Ariana shopping sorang. Tak pernah Ariana ni nak shopping sorang. Selalunya Ariana akan shopping dengan kawan baiknya.
"Dengan Fatin lah. Minah tu je pun yang selalu ajak Ariana shopping." Jawab Ariana.
"Lah. Masih bersama ye korang dua. Mana dia?" Mata Imran melilau cari Fatin.
"Dia ten-"
"Ariana!" Mereka dua pusing kebelakang untuk tengok siapa yamg memanggil.
"Aku dah beli. Jom kita pergi tempat lain." Ajak Fatin. Dia menarik tangan Ariana tapi Ariana menarik kembali. Fatin mengangkat keningnya tanda apa.
"Kejap. Aku nak kenal kan kau. Ni Imran." Ariana memperkenalkan Imran. Entah ingat atau tidak minah sorang ni.
"Imran?"
🍀🍀🍀
"Banyak lagi ke akak? Panas ni." Rungut Khairul. Dia mengimbas bajunya harap dapat kurangkan panas.
"Baru buat sikit dah merungut. Bak sini pokok tu." Khairul menghulurkan pokok kecil yang berada di sebelahnya. Dian menyambut lalu melakukan tugasnya.
"Kita kenalah bagi rumah ni nampak cantik. Bukan dalam rumah je. Luar rumah pun kena. Jadi-" khairul terus berlari masuk dalam rumah. Kalau lama - lama dekat luar mesti telinga ni dah panas sebab dengar bebel Dian.
Khairul duduk di sofa ruang tamu. "Huh. Leganya." Khairul menutup matanya sekejap.
Ting.
Khairul mengambil fonnya yang berada di atas meja.
"Siapa pula mesej aku ni?" Khairul masukkan kodnya lalu dia tekan mesej yang diterima.
(Gambar)
Ingat aku tak tau yang kau dah kahwin dengan perempuan ni. Tak sangka yang isteri kau curang kan. Tengok! Sweetnya mereka.From: Unknown number
'Ni bukan Ariana ke? Siapa lelaki tu?'
Ting.
Aku bagi kau bahagia dulu dengan perempuan ni sebab kemungkinan kau tak akan jumpa dia buat selama lamanya.
From:Unknown number
'Siapa ni? Macam mana dia boleh dapat nombor aku?' Pelbagai soalan yang Khairul fikir. Dia tertanya tanya, kenapa nombor ini tulis macam tu.
YOU ARE READING
Thanks, Mr Husband .
Romantizm"Awak sama macam kelip2 tu." Khairul Zafril "Sama? Apa yg sama?" Ariana Rose "Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan. Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya." Khairul Zafril Se...