Bab 18

3K 74 0
                                    

"Wah! Nampak sedaplah opah." Kata Khairul. Mata Khairul dah bersinar - sinar tengok masakan opah. Ikan kembung goreng, sup cili sayur kangkung, ulam, sambal ayam dan telur dadar. Walaupun simple tapi sedap masakkan kampung. Wait!

"Ikan keli masak lemak cili padi. Ni bukan.."

"Ya. Tu makanan kegemaran Ana. Opah saja masak special untuk Ana." Potong opah. Dia memang tahu apa makanan kesukaan Ariana.

Ariana mencedok nasi kedalam pinggan lalu diberi kepada Khairul. Dia pelik juga macam mana opah boleh tahu. Banyak lagi Ariana tak tahu kisah2 lama.

"Dah kita makan dulu. Depan rezeki jangan cakap." Kata atuk. Mereka pun makan dengan selera.

🍀🍀🍀

Keesokkan harinya.

"Orang - orang!" Ariana terus berlari kearah orang - orang yang berada ditengah - tengah padi.

"Sayang! Be careful!" Jerit Khairul. Punyalah laju Ariana lari.

Ariana keluarkan iphone 6snya dan selfie. Banyak gambar dia ambil.

"Suka ke tengok orang - orang ni?" Tanya Khairul. Pelik tengok Ariana yang tak pernah tengok orang - orang. Nak kata tak ada kampung macam ni. Rasanya macam tipu je.

"Suka. Kalau lah saya boleh ubah2 orang - orang ni mesti syok." Kata Ariana teruja. Teringat dulu waktu dia ubah orang - orang menjadi Ariana no.2 .

"Opah! Mana baju Ana?" Tanya Ariana. Puas dicari baju yang diletak oleh opah tadi.

"Kan opah kata ada kat atas katil. Tak ada ke?!" Bagitahu opah.

"Puas dah Ana cari. Tak ada opah. Aduihh. Mana baju tu?" Kata Ariana. Dia selongkar semua barang2 dibiliknya. Opah datang kepada Ariana.

"Aiii. Tak silap opah. Opah letak atas katil. Dah hilang pula." Kata opah. Dia pun turut cari baju Ariana. Tiba2 Ariana terfikir seseorang.

"Opah. Khai pergi mana?" Tanya Ariana. Entah kenapa tiba2 je nama itu terkeluar dari fikirannya.

"Katanya. Dia nak pergi jalan2 dekat sawah padi sekejap." kata opah. Ariana menepuk tangannya sekali. Dah agak. Mamat ni memang cari masalah betul. Terus Ariana keluar dari rumah itu.

"Ana nak pergi mana?!' Jerit opah. Aishh. Ada je budak2 ni.

Setelah sampai di sawah padi. Ariana ternampak sekujur tubuh di orang - orang.

"Khairul Zafril! Kau buat apa hah?!!" Jerit Ariana. Terus dia berlari kearah Khairul. Khairul terkejut dengan kehadiran Ariana. 'Mampus aku.' desis hati Khairul.

"O. M. G. My t-shirt. Khairul! Kau apasal pakaikan baju aku kepada orang - orang ni?!" Tanya Ariana geram. Dah lah baju dirembatnya.

"Saja. Aku tengok orang - orang ni tak pakai baju. So aku nampak baju kau. Aku ambillah." Kata Khairul selamba. Dia memang saja ambil baju Ariana. Nampak comel pula.

"Saja kau cakap? Memang nak kena ni." Ariana menghampiri Khairul tapi dengan pantasnya Khairul melarikan diri.

"Opah!! Tengok singa bertina mengamuk." Kata Khairul sambil melarikan diri.

"Singa bertina?! Siap kau Khairul! Tak guna." Ariana masih mengejar Khairul.

"Hahahaha." Gelak Khairul tiba2. Ariana terus pandang suaminya pelik. Tiba2 je gelak sorang2.

"Awak dah kenapa? Tiba2 gelak?" Tanya Ariana. Macam orang kurang siuman pula. Khairul melingkar tangannya di pinggang Ariana.

"Tak ada apa2. Cuma teringat waktu zaman budak2. Dekat sini abang ada buli seorang budak perempuan yang comel." Kata Khairul. Semua memori dia dengan Ariana masih di ingatannya lagi. Kalau lah masa boleh berputar. Dia nak masa zaman kanak2nya.

"Kawan awak?" Tanya Ariana.

"Dulu memang kami kawan. Sekarang dia lebih dari kawan." Kata Khairul. Matanya memandang reaksi Ariana.

'Lebih dari kawan? Jadi kekasih dia. Habis aku ni siapa pula bagi dia.' Desis hati Ariana. Ariana menjarakkan sedikit dari Khairul. Tapi Khairul mengetatkan lagi lingkaran di pinggang Ariana.

"Sayang jangan risau. Hanya sayang sahaja di dalam hati abang. Tak ada orang lain yang boleh berebut hati abang dari sayang. Sayang perlu tahu yang abang dah cinta dan sayang kepada sayang." Luah Khairul. Khairul merenung mata Ariana. Ariana mencari keikhlasan di sebalik mata Khairul. Macam tahu2 je apa dalam fikiran Ariana.

Ariana sungguh terharu dengan kata2 Khairul. Maksudnya dia tak bertepuk sebelah tangan. Dia pun sudah cinta dan sayang kepada Khairul. Cuma dia belum luahkan lagi. Masih rasa malu2.

Klik!

Klik!

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now