Bab 26

2.9K 71 0
                                    

"Aku nak kau laksanakan rancangan ni dengan secepat mungkin. Aku tak nak tengok muka perempuan tu. Dia rampas kebahagian aku." Ujar seseorang . Dia menyedut(?) jus orennya.

"Kau jangan risau. Aku boleh buat secepat mungkin. Kalau.." orang itu menujukkan gaya meminta duit. Dia senyum jahat.

"Yang tu aku boleh bagi. Kau buat kerja kau dulu."

🍀🍀🍀

Ariana mengeliat badannya bila turun dari kereta.

"Huwaa. Sakitnya badan." Rungut Ariana. Khairul mengeluar beg baju mereka dari bonet.

"Sayang. Kunci rumah?" Tanya Khairul. Dia menghulurkan tapak tangan didepan Ariana. Ariana mencari dalam beg tangannya. Bila dah jumpa, dia menuju ke pintu utama rumahnya untuk di buka.

"Errgg. Awak. Sebelum kita keluar rumah hari tu, awak kunci kan pintu?" Tanya Ariana ragu2 sebab tadi dia cuba buka pintu utama macam tak kunci dan lampu dalam terbuka. Khairul pandang Ariana pelik.

"Yelah. Sebelum kita gerak. Abang dah kunci semua pintu. Kenapa?" Ariana memberi isyarat mata untuk lihat di tombol pintu. Khairul patuh. Ariana memulas tombol pintu. Terbeliak biji mata Khairul. Pintu boleh buka? Bukan dah kunci ke?

"Jangan - jangan..."

"Sayang. Duduk belakang abang." Arah Khairul. Ariana turut. Dia menyembunyi di sebalik badan suaminya. Mereka melangkah masuk kedalam rumah perlahan - lahan. Ariana memandang sekeliling rumahnya. Okay je semua. Tak ada pun yang berselerak.

"Awak. Rumah okay je." Ariana berdiri disebelah suaminya. Dia memeluk lengan Khairul. Khairul mengangguk kepalanya.

"Yelah. Takpa ki..."

"Suprise!"

"Mak!!" Ariana terus pengsan sebab terkejut. Khairul terkebil - kebil tengok orang dihadapannya.

"Lah pengsan." Kata seseorang. Khairul baru tersedar terus mendapatkan Ariana yang dah pengsan.

"Ya allah! Sayang."

🍀🍀🍀

Ariana tersedar bila rasa ada tangan yang mengusap pipinya. Dia membuka mata perlahan - lahan.

"Sayang dah sedar." Kata Khairul. Dia mengucap syukur kerana isterinya sudah sedar. Lama juga Ariana pengsan.

"Saya kat mana?" Tanya Ariana bingung. Dia memadang sekeliling ruang itu. Ni bukan bilik tidur kami ke?

"Dalam bilik kita lah." Khairul menolong Ariana bangun dari baringnya. Dia letak satu bantal dibelakang Ariana untuk sandar lebih selesa.

Bilik? Rumah kami? Ariana baru teringat sesuatu. "Awak! Rumah kita kena masuk pencuri kan? Perempuan? Mana dia?" Tanya Ariana cemas. Dia ingin bangun untuk keluar dari bilik tapi dihalang oleh Khairul. Khairul tergelak tengok Ariana. Risau betul kalau rumah kena masuk.

"Ish. Kenapa gelak? Orang tengah risaukan." Marah Ariana. Geram pula tengok Khairul ni.

Pintu bilik mereka dikuak dari luar. "Khai. Ariana dah sedar?" Tanya seseorang.

"Dah akak." Jawab Khairul. Dahi Ariana berkerut. Akak? Siapa ni? Perempuan itu senyum kepada Ariana. Ariana membalas senyuman itu.

"Kenapa kamu gelak Khai?" Tanya gadis itu. Dia meletak dulang di meja kecil yang berada disisi katil.

"Tak adalah akak Dian. Ni hah! Ariana tadi kata akak Dian ni pencuri." Jawab Khairul. Dia mengerling ke arah Ariana. Ariana membaling satu bantal kecil kearah suami dia.

'Ish. Malu lah aku.' Desis hati Ariana. Dia masih tertanya2. Dian? Siapa dia? Kenapa Khairul panggil akak?

"Ariana. Ariana. Akak bukan pencuri lah." Kata Dian dengan senyumannya. Ariana tersengih.

"Okay lah. Akak kenalkan diri. Mungkin Ariana lupa akak. Nama akak, Dian Qalisya. Akak ialah sepupu kepada suami Ariana yang poyo ni. Selamat berkenalan." Ujarnya. Ayat poyo itu dihalakan kepada Khairul. Khairul buat muka menyampah.

"Selamat berkenalan." Ariana senyum.

"Sayang na...."

"Macam mana akak boleh ada dekat rumah ni?" Pencakapan Khairul di potong oleh Ariana. Khairul mengeleng kepala. Tak menyempat isterinya.

Dian senyum malu. Dia dah agak mereka ni akan tanya. "Umi Khairul bagi kunci pendua sebab akak minta. Ingat nak buat suprise tapi tak sangka pula Ariana boleh pengsan. Akak minta maaf ye sebab masuk macam tu je. Sebagai tanda maaf, akak masak bubur untuk Ariana." Terang Dian. Dia ambil bubur di meja kecil itu dan beri kepada Ariana. Ariana menyambutnya.

"It's okay. Cuma terkejut je." Kata Ariana. Dia dah senyum lebar. Nasib sepupu ipar okay je.

"Kalau sayang nak tahu. Akak Dian ni suka buat suprise. Tapi suprise dia selalu tak menjadi." Cerita Khairul. Dian dah geram tengok sepupunya.

"Khai ni kan. Suka sangat buat cerita." Marah Dian manja. Dia saja marah. Memang benar apa yang dikata oleh Khairul. Setiap suprise dia buat tak menjadi.

"Betul apa. Akak ingat tak waktu akak buat suprise dekat Khai dulu. Tak menjadi langsung. Waktu tu akak buat...."

"Diamlah!" Marah Dian. Dia merenung tajam. Khairul sengih2.

"Akak turun dulu. Ariana mestikan bubur tu makan, okay? Khai! Jaga kau." Dian berdiri dari tempatnya lalu keluar dari bilik. Sempat lagi dia menjeling tajam ke arah Khairul.

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now