"RISE AND SHINEEEEE."
Sebaik sahaja Mira melangkah masuk ke dalam kelas dia dikejutkan dengan jeritan kawan baiknya, Kyra. Dah apahal semua nak menjerit harini.
"Diam lah bodo you tengok muka dia she's plotting your murderer." Tegur Aidan, one of her bestfriend too a.k.a boyfriend Kyra. Together since 3 years ago and still going strong until now. Dimana ada gula, disitu ada semut kind of relationship. Dimana ada Kyra, disitu jugak lah ada Aidan. Kalau diorang not together, confirm phone notification diorang won't stop vibrating. Yeah well, you get the point.
"Aku rasa dia tengah fikir macam mana nak ponteng sekolah again without anyone notice her missing." Sambung Ed. Atau nama penuhnya Ed Sheeran. Haha no it's Edina. Dia ni macam kakak bagi mereka semua sebab dia caring and berani. Dia pernah back up Mira depan pengetua sebab kantoi meniru exam last year. And she ended up kena gantung sekolah seminggu. No hal katanya.
"Well, tu tak akan terjadi sebab sebelum kau panjat pagar lagi aku dah tunggu kau dekat situ." Sambung Kyra. Mira's partner in crime.
"Korang dah lupa ke Cikgu Razak dah jadi pengawal part time dekat pagar tu? Nak kantoi lagi?" Half nerd half rebel in our group speaks his mind. Nama penuhnya Amirul tapi semua panggil dia Am.
Am ni bukannya baik sangat pun. Lebih kurang sama macam kitorang je tapi bezanya dia selalu dengan buku. Dengan buku ya bukan baca buku sebab tu time exam fail jugak. Pernah ditanya soalan mengenai kepelikkannya itu.
"Apasal kau selalu fail? Bukan ke kau suka baca buku?" Lepas dia dengar soalan tu, terus dia tergelak. Gila.
Jawabnya "Aku taknak orang stereotypes aku. Like diorang nampak aku baca buku so diorang akan fikir 'oh rajinnya dia mesti budak pandai' Tapi in reality aku just baca buku for fun je. Sebab girls like nerd and I'm trying to be one." Habis je dia jawab, kami pula yang tergelak macam orang gila. Apa punya jawapan lah.
"Hak alah poyo lah Am ni. Macam tak pernah kantoi." Aidan membalas pertanyaan Am dengan muka seolah-olah mahu mencabar Am.
"Eh tak reti nak diam ke? Aku tengah serabut ni." Akhirnya Mira bersuara setelah bosan mendengar perbualan mereka.
"Pagi-pagi dah serabut susah lah hidup."
"Aidan shut up."
"Wow, okay I'm just saying."
Sementara menunggu cikgu subjek Kimia datang, Mira memerhati keadaan didalam kelasnya. 5 Amanah. Kelas ini boleh dikatakan kelas paling hujung dan kebanyakkan murid bermasalah ditempatkan di sini. Tetapi, kumpulan mereka merupakan yang paling bermasalah dan sering menimbulkan kekecohan sehingga cikgu-cikgu fed up dengan perangai rakan-rakannya. Boleh dikatakan setiap minggu guru displin mencarinya di kelas tetapi usahanya sia-sia sahaja kerana mereka semua sudah selamat sampai ke seberang pagar sekolah.
Sudah beberapa kali pengetua brain wash mereka supaya insaf dan menjadi murid yang baik. Pernah sekali mereka dipanggil ke bilik kaunseling untuk menceritakan masalah mereka supaya guru kaunseling dapat membantu mereka.
"Cikgu tahu kamu semua jadi macam ni mesti kerana masalah kamu kan? Tapi tak apa, kamu boleh ceritakan masalah kamu pada cikgu. Selepas bercerita, insyaAllah hati kamu tenang dan kamu dapat belajar dengan baik. Bila kamu pendam masalah, diri kamu stress dan kamu hilang tumpuan semasa belajar. Jadi, hari ini kamu boleh ceritakan semuanya pada cikgu." Bebel cikgu kaunseling yang berusia lingkungan 40 tahun itu.
Mira berasa kasihan sebenarnya kerana selepas cikgu selesai bercerita, dia terpaksa mengejutkan Aidan, Am dan Ed yang sedang lena tidur di atas sofa di hadapannya itu. Manakala dia dan Kyra sedang asyik bermain handphone. Akhirnya cikgu itu berputus asa dan tidak memanggil mereka lagi.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku mereka dan juga tidak berpuas hati dengan hukuman yang sering dikenakan kepada mereka. Gantung sekolah, detention, sesi kaunseling dan diberi markah merit. Tetapi mereka tidak pernah dibuang sekolah atau dipindahkan ke sekolah lain. Jawapannya, disebabkan duit. Ibu bapa kumpulan mereka merupakan AJK tertinggi PIBG dan hampir kesemua bangunan di sekolah ini dibina atas duit sumbangan mereka dan mereka juga selalu memberi sumbangan sekiranya pihak sekolah ingin mengadakan majlis.
Selain itu, Mira dan rakan-rakannya merupakan atlet sekolah. Disebabkan oleh rekod pencapaian mereka di dalam bidang sukan tinggi, sekolah mereka sering mendapat tempat pertama didalam sukan yang disertai oleh mereka semua. Secara tidak langsung, penglibatan mereka didalam bidang sukan menaikkan nama sekolah dibandar ini.
Lamunan Mira terhenti apabila lengannya dicuit oleh seseorang. Am.
"What's wrong?" Tanya Am lembut. Matanya seolah-olah sedang membaca fikirannya.
"What? Nothing. Do I look like I'm not okay?" Jawab Mira sambil memandang ke arah lain supaya mata tidak bertentang dengan Am. Creepy siot.
"No. Kau nampak cam distant sangat. Haha anyway, time rehat nanti jom ikut aku pegi arcade. Nak tunjuk something."
"Next time lah aku takde mood nak pegi sana. Bising." Balas Mira kerana dia memang tidak suka berkunjung ke arcade yang bising dan sesak itu.
"Hm okay then. Next time." Am berkata lalu menyambung perbualannya dengan Ed.
YOU ARE READING
REBEL
Teen FictionSelamat datang ke dalam kehidupan Mira. Di mana, peraturan yang dibuat hanya untuk dilanggar. Dan, teguran guru displin dianggap jenaka bagi Mira dan rakan-rakannya. Kehidupan mereka dinikmati sepuas-puasnya. Sehingga lah kemunculan seorang jejaka...