"What the......" Bisik Mira perlahan di muka pintu kafeteria sekolahnya.
Semasa di dalam kelas tadi, Mira mendapat mesej daripada Aidan yang mengatakan bahawa mereka semua akan rehat di kafeteria pada hari ini. Pada mulanya Mira sudah dapat mengesyaki bahawa semua tu ada kaitan dengan kedatangan jejaka itu. Tetapi Aidan menyakini dia bahawa mereka terpaksa berada di kafeteria kerana kafe yang mereka selalu kunjungi tutup pada hari ini.
"Cb tutup lah sangat." Mira bermonolog sendiri. Masih tidak berganjak dari muka pintu itu tetapi nasib baik murid-murid lain masih dapat masuk.
"Aku dah agak dah." Tiba-tiba kedengaran satu suara bisikan di sebelah kiri Mira.
"Sakai terkejut aku." Mira memarahi Am yang entah dari mana muncul. Nasib baik takde sakit jantung.
"Terpaksa lah kau hadapi dia." Kedengaran satu lagi suara di sebelah kanan Mira. Suara milik Kyra menyebabkan Mira melatah.
"SAKAI LAH!" Mira terjerit kecil sehingga beberapa mata di dalam kafeteria memandangnya termasuklah rakan-rakannya di meja tengah.
"MIRA, AM, KYRA SINI!" Jerit Ed sambil melambai-lambai ke arah mereka.
"Fml..." Bisik Mira sambil berjalan ke arah mereka bersama Am dan Kyra.
***
Sesampai sahaja Mira, Am dan Kyra di meja tersebut, Aidan memulakan sesi memperkenalkan diri.
"So, Darwisy ni Mira. Kawan kitorang yang takde dekat kem haritu. Yang lain kau dah tahu nama diorang kan?"
"Dah. Nama Mira pun aku tahu." Darwisy membalas pertanyaan Aidan sambil matanya memandang tepat ke arah Mira.
"Eh? Macam mana kau tahu? Korang kenal ke?" Aidan bertanya sambil anak matanya bergerak ke kiri ke kanan memandang Mira dan Darwisy.
"Nametag." Jawab Darwisy pendek.
Mira melepaskan nafas lega setelah mendengar jawapan itu.
Selepas itu, keadaan di meja itu riuh dengan perbualan rakan-rakannya. Mira hanya memandang makanannya dan berdiam diri sahaja.
Tidak lama selepas itu, Mira merasakan bahawa dirinya diperhatikan lalu dia mengangkat mukanya dan bertentangan mata dengan Darwisy.
"Guys, aku pegi dulu. Nak amik barang dekat locker." Kata Mira lalu terus bangun dari situ.
Sebaik sahaja Mira keluar dari kafeteria, tangannya ditarik ke arah bertentangan dan dia cuba meronta-ronta tetapi tangannya dipegang erat sehingga mereka tiba di sebuah kelas kosong.
"Long time no see, babe."
YOU ARE READING
REBEL
Teen FictionSelamat datang ke dalam kehidupan Mira. Di mana, peraturan yang dibuat hanya untuk dilanggar. Dan, teguran guru displin dianggap jenaka bagi Mira dan rakan-rakannya. Kehidupan mereka dinikmati sepuas-puasnya. Sehingga lah kemunculan seorang jejaka...