4

389 29 0
                                    

PADA waktu rehat, Mira dan rakan-rakannya berkunjung ke restoran berhampiran sekolah mereka. Makanan dia situ jauh lebih sedap dan suasananya lebih aman damai berbanding kantin mereka yang sesak dan panas.

Semasa sedang makan, Aidan menyampaikan sebuah berita yang mengemparkan kepada mereka.

"Weh korang ingat lagi tak member kita masa dekat kem tahun lepas?"

Kem yang dimaksudkan ialah kem bina diri yang disertai oleh mereka kecuali Mira. Mereka terpaksa menghadiri kem tersebut kerana kem itu merupakan salah satu cara untuk mendapatkan rakan-rakan baharu yang mahir tentang dunia mereka. Rebelious. Mira tidak menghadiri kem tersebut kerana dia terpaksa menemani abangnya yang diserang deman panas. Walaupun perkara itu nampak remeh, Mira tetap mempertahankan alasannya itu dengan berkata "Abang saya taktau bezakan ubat dengan vitamin."

"Member mana satu?" Tanya Am dengan muka yang menunjukkan dia sedang mengingati muka-muka mereka semua.

"Alah yang bawa rokok tapi tak kantoi time spotcheck Lepastu dia jual rokok tu RM 10 sekotak. Tak kantoi kantoi jugak. Legend tu." Cerita Aidan bersungguh-sungguh dengan mata yang menyatakan dia sangat mengagumi lelaki tersebut.

"Ohhh yang tu. I ingat. Yang ajak kita semua keluar lepas light out tu kan? And tak kantoi jugak sebab jalan yang kita lalu tu dia yang discover and warden tak perasan langsung ada jalan dekat situ." Sambung Kyra sambil bertepuk tangan menunjukkan dia excited.

"Aku ingat! Aku dengar banyak lagi cerita pasal dia. Truly a legend. Kau ingat tak Mira yang kitorang semua cerita lepas balik kem tu?" Ed bertanya.

Mira yang sedang mendengar cerita mereka dengan hati yang berdengup kencang menjawab, "Ingat.."

"Apahal dengan dia?" Am yang hanya memerhati bertanya seolah-olah tidak mahu memanjangkan perbualan tentang perkara ini.

"Dia transfer sini."

Jawapan yang diberikan oleh Aidan mengejutkan mereka semua. Terutamanya Mira.

Yang paling mengejutkan mereka ialah, Am yang tiba-tiba bangun dan beredar dengan alasan bukunya tertinggal di kelas.

"Gila tak pernah-pernah rajin nak amik buku tertinggal harini tiba-tiba je rajin." Guman Aidan sambil menghabiskan nasi goreng yang ditinggalkan Am. Ed juga menunjukkan riak pelik tetapi tidak mengambil kisah.

Mira dan Kyra hanya mampu memandang sesama sendiri.

REBELWhere stories live. Discover now