"Guys, aku ada plan." Tiba-tiba Aidan menyuarakan pendapatnya apabila mereka berkumpul di belakang sekolah pada waktu Chemistry. Kerana chemistry mereka dengan subjek itu tidak wujud.
"Aku taknak dengar." Ed menutup telinganya dan mengelengkan kepala.
"Asal eh tiba-tiba telinga aku tak boleh dengar?" Am menarik cuping telinga dan menepuk telinganya berkali-kali. Bagaikan ada sesuatu yang tersekat.
Mira seperti biasa, mula memakai headphone nya dan menaikkan volume lagu yang sedang didengari.
Hanya seorang yang setia mendengar setiap patah yang dibicarakan oleh Aidan. Ya, Kyra lah siapa lagi.
"Apa plan you?" Matanya mula bersinar-sinar dan merenung Aidan dengan wajah bangga. Apa yang nak dibanggakan pun tak tahu lah.
"Aku tahu korang dengar so aku akan mulakan pebentangan aku."
Aidan berdiri dan menepuk tangannya sekali. Baru sahaja dia ingin memulakan percakapannya, satu suara mula memotong percakapannya.
"Macam best je. Nak join." Darwisy yang entah dari mana tiba-tiba muncul dan duduk bersama mereka
Aidan menjadi semakin bersemangat apabila bilangan pendengarnya bertambah lagi seorang. Kyra dan Darwisy.
Mira mula mempamerkan riak tidak puas hati apabila Darwisy duduk dekat dengannya.
"Mana boleh dia join. Budak baru tiba-tiba menyibuk." Am mula menyuarakan ketidak puas hati nya.
"Boleh lah. Kita dah kenal dia since kem tu kan. Now, shuhh." Aidan meletakkan satu jari dibibirnya tanda dia mahu semua orang diam dan menumpukan perhatian.
"Okay, aku plan......"
***
Disebabkan rancangan Aidan , mereka berada di sekolah pada pukul 12.00 tengah malam dengan lengkap berpakaian hitam.
"Why am i here?" Ed mula memikirkan apa yang telah dia lakukan sepanjang kehidupannya sehingga dia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya.
"Because you love me." Aidan mula menari-nari kerana terlalu excited.
"Tak, masalahnya kau yang nak curi kertas exam tu. Tapi kenapa kau ada dalam kereta dengan aku, Kyra and Mira?" Ed mempersoalkan Aidan yang berada di passenger seat di sebelahnya.
"Kyra tengah tidur kan. Aku kena lah jaga dia." Aidan menunjuk ke arah Kyra yang sedang nyenyak tidur di seat belakang.
"Errr aku dengan Ed kan ada?" Mira bertanya sambil mempamerkan muka pelik.
"Aku tak percayakan korang." Selamba Aidan membalas sambil terhendap-hendap memerhatikan keadaan diluar kereta.
"Cb kau ingat kitorang ni apa." Mira mengelengkan kepalanya dan menunjukkan muka asal-lah-aku-ada-kawan-macam-ni.
***
"Pegang lah torch light tu elok-elok cibai." Am memarahi Darwisy yang menyuluh torch light ke arah lain.
"Betul lah aku pegang. Kau tu yang senget." Darwisy menjelingkan matanya ke arah Am yang sedang sibuk membuka kunci locker yang mengandungi kertas exam.
"Kau cibai. Locker ni cibai. Arian pun cibai." Kesabaran Am mula teruji apabila clip kertas yang digunakan tidak dapat membantunya. Tengok dekat Youtube senang je. Fikir Am.
"Blah lah. Biar aku buat. Kau lembab nak mampus." Darwisy menolak Am sehingga Am terpaksa berputus asa dengan kedudukkannya dihadapan locker itu.
Clip kertas di ambil dan Darwisy mula menggodam locker itu. Telinga dirapatkan ke locker. Am juga mula merapatkan dirinya ke locker.
Setelah beberapa minit, kedengaran bunyi "klik" menandakan bahawa locker itu telah terbuka.
Darwisy dan Am mula bersorak keriangan dan ingin bertukar high-5 sesama mereka. Tetapi apabila tangan mereka ingin bersentuhan, mereka berhenti dan tangan dibiarkan di udara. Awkward..
"Ugh kau still babi." Darwisy menjatuhkan tangannya dan kebahagiaanya mula beransur pulih.
"Jangan risau kau pun." Am memandang Darwisy dengan pandangan tajam.
Setelah kertas di locker itu diambil, mereka mengemaskan tempat itu seperti sedia kala. Tanpa meninggalkan jejak. Sarung tangan yang dipakai juga masih elok ditangan mereka.
Am dan Darwisy mula menuju ke arah kereta ala-ala James Bond kerana takut guard yang sedang tertidur angkara mereka terjaga.
Sesampainya di kereta, Am dan Darwisy mula berkongsi kebahagiaan dengan Arian yang setia menanti mereka.
"Got it. No exam for the week."
***
Long update! Yay or nay? Jangan lupa drop a comment and vote 😘
YOU ARE READING
REBEL
Teen FictionSelamat datang ke dalam kehidupan Mira. Di mana, peraturan yang dibuat hanya untuk dilanggar. Dan, teguran guru displin dianggap jenaka bagi Mira dan rakan-rakannya. Kehidupan mereka dinikmati sepuas-puasnya. Sehingga lah kemunculan seorang jejaka...