19

299 20 0
                                    

"Papa, nak teddy bear ni." Mira menarik-narik baju papanya yang sedang leka menaip sesuatu di handphone nya.

"Papa sibuk kan sayang. Tunjuk dekat mama Mira nak apa." Mama Mira membelai rambutnya dengan lembut dan menarik tangan kecil Mira daripada baju suaminya.

"Ala papa selalu taknak layan Mira. Papa dah tak sayang Mira." Mira mula menangis teresak-esak dan ianya mula menarik perhatian papa nya.

"Mira, apa cakap macam tu. Papa sayang Mira. Cuma papa ada kerja nak kena siapkan ni. Jangan lah nangis." Papa Mira mula menumpukan perhatian terhadap Mira yang masih menangis.

"Dukung Mira cepat!" Pinta Mira dalam tangisannya.

"Mengada betul anak awak ni." Papa nya berkata sambil bergelak ketawa lalu mendukung Mira yang berusia 2 tahun itu.

"Mengada macam awak lah." Balas mama Mira yang hanya memerhatikan mereka dengan senyuman.

***

Mira tersedar daripada tidurnya. Mimpi yang dilaluinya tadi membuatkan dia terjaga daripada tidur. Dia melihat jam di dinding. 3 pagi.

Mimpi yang dilaluinya mula bermain di fikirannya. Dia terbayang senyuman dan gelak tawa mama dan papanya. Dan tanpa Mira sedar, air matanya mula mengalir. Air mata itu bertukar menjadi tangisan. Mira menangis sekuat hati. Dia rindukan mereka. Dia rindukan mamanya. Mama, Mira rindu. Sangat-sangat.

Setelah sekian lama menangis, Mira mencapai handphone nya.

5 missed calls and 35 messages

Rakan-rakannya risau akan keadaannya tetapi kebanyakan notifikasinya daripada Am.

Tanpa sedar, Mira menekan button hijau pada nombor Am.

Setelah deringan ketiga, kedengaran suara Am yang baru bangun dari tidur.

"Hello? Mira kau okay tak?" Am terus bertanya kepada Mira.

Mira hanya diam dan air matanya mula menitis.

"Mira, talk to me. Your brother told me everything." Mira tetap diam.

"Talk, Mira. Aku nak dengar suara kau. Aku nak make sure kau okay. Just please fucking talk to me." Am sedaya upaya memujuk Mira. Dia tahu Mira memerlukan seseorang. Dia tahu Mira sedang bersedih.

"Did you have a nightmare again?" Am kenal Mira. Dia tahu Mira akan mencarinya apabila mimpi itu datang kembali.

Tangisan Mira mula menjadi-jadi. Talian panggilan mereka mula kedengaran suara Mira yang sedang menangis.

"I'm okay, Am." Akhirnya Mira bersuara dalam tangisannya.

Am menghembuskan nafasnya.

"Fuck this. I'm coming over." Dan Am memutuskan panggilan.

***
Apabila Am sampai, kelihatan Mira sedang menunggunya di hadapan pintu rumah.

Sebaik sahaja Am keluar daripada kereta, Mira berlari ke arahnya.

Dan memeluk Am. Erat.

"Shhh, everything's okay now." Am mengusap rambut Mira sambil membalas pelukan Mira.

"I miss her. I miss her a lot." Mira meluahkan apa yang dirasakannya.

"I know. Trust me, i know." Am mula menanggalkan sweather nya dan memakaikannya ke Mira yang hanya berbaju lengan pendek.

Mira meneruskan tangisannya dalam pelukkan Am sambil Am mengusap rambutnya dan mengosok lembut belakangnya.

Setelah hampir 10 minit, tangisan Mira mula reda.

"Kau dah okay?" Am mengelap air mata Mira dengan ibu jarinya.

"Feeling much better." Mira cuba mengukir senyuman. Tetapi senyumannya nampak terpaksa.

"You don't have to come pun actually. But, thanks for being here." Mira mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Am yang hanya memerhatikannya.

"I have to come here. Bila dengar kau nangis, it hurts me so bad. And bila kau cakap kau okay, i'm sure as hell know that you're not okay."

"I'm glad that you know."

"Everything is going to be fine. Trust me." Am cuba untuk menenangkan Mira.

"I hope so." Mira memandang Am dengan senyuman yang dibuat-buat.

"I hope so.." Ulang Mira dengan suara separuh berbisik.

REBELWhere stories live. Discover now