14

317 23 4
                                    

"Oi Mira mana?" Am yang baru sampai ke kelasnya segera bertanya kepada Ed, Kyra dan Aidan yang sedang melepak di belakang kelas. Dan di bawah kipas, obviously.

"Mira otw lah." Aidan membuat muka yang bermaksud aku-rasa-dia-otw-tapi-sebenarnya -aku-taktau-pape.

"Otw jadahnya. Kan abang dia dah pegi kerja. Tadi kau call cakap Mira dah datang."

"Memang lah dia dah datang tapi belum sampai lagi. Otw lah tu." Aidan tetap mempertahankan jawapannya.

"Tapi-" Kata-kata Am terhenti satu per tiga jalan. Sebab baru sepatah dia bercakap.

"Ah takde tapi-tapi. Kau kena terima kenyataan!" Aidan mula bertegas.

"Fine, aku terima. Tapi dia datang dengan siapa?"

"Darwisy." Ed tiba-tiba bersuara setelah masuk waktunya dia bangun dari tidur.

Am memandang Kyra. Jika pandangan mampu membunuh, pastinya Kyra sudah selamat dikebumikan. Kyra yang dihimpit rasa bersalah hanya mampu mengeleng lalu memandang Am dengan pandangan yang bermaksud i-tried-to-stop-them-but-i-failed.

"Darwisy? Yang tu aku tak boleh terima." Am bersuara kasar.

***

Suasana di dalam kereta itu sungguh aman. Tiada sepatah perkataan pun yang dikeluarkan.

Mira hanya memandang ke arah luar tingkap.

Manakala Darwisy sesekali memandang ke arah Mira. She thought the view is pretty but my view is prettier. Fikir Darwisy.

"Mira..." Darwisy cuba mencuri perhatian gadis itu tetapi hampa apabila Mira tidak menghiraukannya.

"Babe..." Dia mencuba lagi.

"You....." Dan lagi.

"Talk to me please." Ya, lagi sekali.

"You tak rindu i ke?"

"Tak." Akhirnya Mira bersuara kerana Darwisy telah mula mencabar kesabarannya.

"Sebab tu you tak contact i? Tak cari i?" Darwisy bertanya Mira soalan yang telah lama dia simpan di dalam hati. Dia mengharapkan penjelasan setelah apa yang terjadi kepada mereka.

"Haah. I tak pernah fikir pasal you pun." Mira menjawab. Separuh jujur.

"Tak penat ke menipu?"

"Lagi penat mengadap muka you." Mira membalas selamba.

Darwisy hanya mampu mengelengkan kepalanya sambil bibirnya mengukir senyuman.

"You know what? Lepas benda tu jadi, i cari you. Banyak benda i buat sebab nak jumpa you. Even after many failure, i still tak give up cari you. And i'm glad i didn't."

"I didn't ask you to tho." Mira memandang Darwisy sekilas lalu mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.

"Memang you tak suruh tapi i tetap nak cari you."

"Why? Apa yang you nak?!" Mira bertanya dalam nada geram. Geram dengan sikap Darwisy. Geram dengan sekolah yang tiba-tiba terasa jauh. Geram dengan Am yang menyebabkan dia berada di sini. Ah geram!

"I nak balik apa yang you dah curi daripada i." Darwisy mula mengumpan Mira supaya melayannya.

"I curi apa pulak ni?" Mira bertanya dengan suara yang agak terkejut. Setahunya, Mira tidak berhutang budi kepada mamat ni. Apa yang telah dicurinya?

"You curi hati i." Darwisy mula tersenyum senget dan mengenyitkan matanya ke arah Mira.

Sial. Mira mula menyumpah di dalam hati.

***
Hi guys, chapter ni agak panjang and i hope you guys are enjoying it! Promote this story to your friend or vote a lot 👻 Thanks for reading 👄💋

REBELWhere stories live. Discover now