"That's all for today, class. Don't forget to send in your book before next week." Guru mata pelajaran English kelas 5 Amanah memberi kata-kata terakhir sebelum beredar.
"Weh, pahal si Darwisy tu asyik pandang kau je? Selalunya lepas rehat baru muncul. Hari ni tetiba je rajin." Aidan memulakan perbualan setelah guru mereka hilang dari pandangan.
Mira yang sedang leka membaca novel mengalihkan pandangan ke arah Darwisy yang berada selang dua meja di belakang mereka. Mereka bertentangan mata.
"Mana ada. Dia pandang whiteboard kat depan ni lah." Kata Mira setelah dia kembali memandang ke hadapan.
"Tapi aku pasti dia pandang kau." Aidan masih tidak berpuas hati.
"Whiteboard lah." Mira menjawab sambil kembali menyambung bacaannya.
"Kau lah."
"Whiteboard."
"Kau."
Whiteboard."
"Kau."
"White-"
"SUDAH! WISY BETUL KAN KAU PANDANG MIRA?" Jerit Aidan lalu memandang ke arah Darwisy.
Darwisy yang sedang mengoncangkan kotak rokoknya berhenti dan memandang Aidan. Bukan Darwisy je malah satu kelas sedang memandang Aidan.
Mereka memandang Aidan dan Darwisy silih berganti. Seolah olah ada persembahan menarik yang akan disaksikan oleh mereka.
"Mana ada. Aku pandang bidadari." Jawab Darwisy tenang.
Kedengaran bunyi "Fuhh." "Pehh.." dan sebagainya dari murid murid yang setia memandang mereka.
Mira mula menyumpah didalam hati.
"Damn boy. Nasib baik Am takde. Kalau tak dah lama kena baling kerusi." Balas Aidan sambil bergelak sakan.
"And kau tak bernasib baik Kyra takde sebab...." Mira mula memukul Aidan menggunakan buku yang dibacanya.
"Oi sakit lah perempuan." Aidan mengosok kepala dan membetulkan rambutnya.
****
"WHY CANT YOU HOLD ME IN THE STREET WHY CANT I KISS U ON THE DANCE FLOORRRRR" Sapa Kyra apabila sampai dimeja makan mereka di kafeteria.
Mira, Aidan, Ed dan Am sudah setia menunggu. Mereka membuat keputusan untuk rehat di kafeteria kerana hujan telah membasahi bumi.
"Diam lah gila." Ed bersuara setelah Kyra masih lagi menyanyikan lagu itu dengan penuh emosi.
"I'm obsessed with that song. Tadi aku tunggu 5 minutes in the car sebab nak tunggu lagu tu habis."
"Nice, memang hobi kitorang tunggu kau en." Balas Am yang sudah kelaparan akibat menunggu Kyra tiba.
"Sorry lahh dah jom beli makanan." Kyra mula memujuk mereka yang sudah muram akibat terpaksa menunggu dirinya tiba.
"You nak apa? I belikan." Aidan bertanya Kyra. Dan mereka mula leka dalam perbualan mereka.
Ed telah pun selamat pergi ke arah vending machine kegemarannya.
Am dan Mira beriringan ke arah kaunter makanan.
"Mira, aku pegi sana tau." Am menunjuk ke arah deretan makanan yang berada bertentang dengan mereka.
"Alright." Mira meneruskan perjalanan ke arah yang hendak ditujunya.
"Nak ni tiga dengan yang ni dua. Dengan air milo ais satu." Mira memesan makanannya.
"Nah dik dah siap." Makcik di kafeteria itu menghulurkan segala makanan yang dipesan oleh Mira tadi.
"Berapa eh?" Mira bertanya sambil membuka dompetnya
"Rm 5.50 je dik.".
"Jap eh." Mira masih lagi leka mencari duit di dalam dompetnya. Agak susah untuk mengeluarkan duit kerana tangannya sebelah lagi sudah penuh dengan bungkusan air milo dan makanannya.
Kedengaran pelajar lain turut membuat bayaran total Rm 11. Mahalnya. Fikir Mira sambil mengeluarkan duit yang secukupnya.
"Haaa nah makcik." Mira menghulurkan bayarannya.
"Lahh dik. Kan kawan awak dah bayarkan tadi." Makcik tu membuat muka pelik ke arah Mira.
"Hah? Kawan?"
"Tu kan kawan awak." Tunjuk makcik itu ke arah seorang budak lelaki.
Walaupun lelaki itu sudah membelakangi mereka, dari susuk tubuhnya, Mira sudah dapat mengenal pasti siapa dia.
Darwisy.
YOU ARE READING
REBEL
Teen FictionSelamat datang ke dalam kehidupan Mira. Di mana, peraturan yang dibuat hanya untuk dilanggar. Dan, teguran guru displin dianggap jenaka bagi Mira dan rakan-rakannya. Kehidupan mereka dinikmati sepuas-puasnya. Sehingga lah kemunculan seorang jejaka...