6

393 31 2
                                    

"Mana pulak mamat ni. Cakap suruh tunggu dekat sini. Fikir tak panas ke ish." Kedengaran Mira sedang merungut sendirian di belakang deretan kedai berhampiran kawasan perumahan mereka.

Sedang Mira sedang mendengar lagu menggunakan earphone nya dan bersandar di dinding yang sudah lusuh warnanya sambil menguis-guis batu di atas jalan tar, tiba-tiba satu suara menegurnya.

"Oiii."

Mira yang sedang hanyut dengan lagunya tidak membalas teguran tersebut dan matanya sedang focus pada kakinya yang sedang menguis-guis itu.

Tiba-tiba bahunya terasa seperti dicuit seseorang lalu Mira mengangkat wajahnya untuk melihat siapa yang telah menganggu ketenteramannya.

"Bla lah." Usir Mira lalu menyambung untuk menghiraukan penganggu tersebut.

Dari ekor mata Mira kelihatan penganggu tersebut menghulurkan sesuatu kepadanya. Mira memandang tangan penganggunya lalu memandang muka penganggunya dengan riak wajah hairan. Buang tebiat agaknya, fikir Mira dalam hati.

"Ambik lah. Aku belanja." katanya dengan senyuman.

"Aku tak suka vanilla." Balas Mira pendek.

"This happens when I try to be nice." Kata penganggu tersebut diikuti dengan keluhan.

"I don't ask you to tho."

"But your brother ask me to. Kau tahu kan aku suka kau? Bagi lah peluang." Pujuknya sambil mengenggam aiskrim yang mula mencair di tangannya.

"Dah lah, Mal. Aku tak suka kau. Now, shuh." Ya, penganggu tersebut diberi nama Kamal tetapi nama panggilannya Mal. Kawan kepada abang Mira dan peminat setia Mira walaupun telah di-reject countless time.

"Sassy as always. Abang kau lambat sikit so aku temankan kau sampai dia datang." Balas Mal sambil mengeluarkan handphone nya dan mula men-scroll Twitter nya.

"Abang aku ada hal apa lagi? Lama lagi ke?" Tanya Mira sambil mengipas-gipas mukanya menggunakan tangan.

"Macam biasa lah. Asal kau tak masuk dalam tolong dia?" Balas Mal.

"Aku ingat nak tolong tapi tadi dia whatApps aku suruh tunggu dekat luar. Kata kejap je ish." Rungut Mira.

"Padan muka dia siapa suruh cari pasal lagi." Balas Mal lalu memberikan sepenuh perhatian kepada screen handphone nya.

Sedang Mal khusuk bermain handphone nya, Mira mengambil peluang itu untuk memerhatikan wajahnya.

Handsome.

Fikirnya. Sehingga Mira pelik mengapa Mal sering mengejarnya sedangkan ramai lagi perempuan di luar sana yang tergila-gilakannya. Nak kata cinta pandang pertama pun tak jugak kerana Mal dan Mira bertemu semasa Hari Sukan sekolahnya 2 tahun yang lepas. Dan, percaya lah bahawa keadaan Mira ketika itu sangatlah tidak enak mata memandang. Berpeluh, rambut kusut masai, sunburn dan kali pertama mereka bertentang mata, Mira sedang menghabiskan sebotol 100 plus sehingga basah lencun bajunya. Ya, cinta pandang pertama? Obviously bukan.

"Woi! Kantoi tengah dating." Jerit Fiq dari jauh.

"Kot ye pun nak dating bawak lah adik aku ni pegi tempat best sikit. Apa class dating dekat lorong busuk ni. Tak pun pegi lah-" Sambung Fiq lagi apabila dia berada dihadapan mereka berdua.

"Abang, tolong Mira." ujar Mira tiba-tiba memotong leteran abangnya.

"Hah? Tolong apa? Carikan tempat dating best? Nol hal ah." Balas Fiq sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya yang masih khusyuk dengan Twitter nya.

"Tak, tolong diam." Jawab Mira sambil berlalu pergi.

Kedengaran gelak tawa Mal dibelakangnnya diselangi dengan rungutan abangnya.

"Kerek betul. Adik siapa lah tu."

"Adik kau dan bakal girlfriend aku." Senyum Mal sambil memerhatikan Mira yang sedang menuju ke arah kereta abangnya.

REBELWhere stories live. Discover now