"Huaaa" Minrin menguap. Matanya lelah semalaman tak tidur menyiapkan setumpuk kerja rumah yg diberikan oleh cikgu killernya. Dengan langkah malas Minrin berjalan ke arah lokernya untuk mengambil buku. Secara tidak sengaja seseorang melanggar bahunya sehingga buku yang dipegangnya jatuh ke lantai dengan begitu sahaja.
"Aishh ! Jinjja !" Gertak Minrin. Minrin mengemas bukunya dan bangun untuk melihat siapakah gerangan yang sudah semakin menghancurkan hari buruknya. Lelaki itu hanya menunjukkan senyum sinis dan terus beredar dari situ, tidak berniat untuk meminta maaf. Minrin hanya mampu mengeluh kuat. Nampaknya hari gelapnya hanya semakin memburuk.
Minrin berjalan sambil beberapa kali menguap. Pelajar yang melihatnya hanya mampu menggelengkan kepalanya kerana sudah terbiasa dengan sikap Minrin yang seperti ini. Setelah melangkah tepat di pintu kelasnya, semua pasang mata yg berada di kelas itu memandang ke arahnya.
"Park Min Rin" Guru itu menyebut namanya dgn begitu jelas. Itulah Cg. Han. Guru killernya, subjek matematik. Aishh habislah. Keluh hati Minrin.
"Kenapa lambat. Awak dah lambat setengah jam. Awak tau ?" Cg. Han datang ke arah Minrin.
"Bangun lambat." Jawab Minrin yang begitu ringkas, yang membuat Cg. Han semakin geram. Jelas kelihatan auranya sudah semakin gelap. Tanpa berkata lagi, Cg. Han menujuk ke arah padang.
"50" Ucap Cg.Han.
'Wah Jinjja ?! Gila ke apa aku nak pusing 50 kali, Aish'
Minrin memberi begnya kepada salah seorang pelajar yang duduk di hadapan.
"Letak kat meja aku." Arah Minrin kepada budak itu. Budak itu hanya mengangguk, menurut.
"Wah nampaknya hari ni memang hari buruk aku." Gumam Minrin. Setelah sampai di padang, Minrin hanya duduk di situ. Cg. Han tak akan perasan pun. Fikir Minrin. Dia mengeluarkan earphone nya, kepalanya terangguk-angguk mendengar lagu kegemarannya Run dari grup BTS.
Sedang dia leka mendengar lagu, dia tidak perasan akan kehadiran lelaki yang sudah duduk tepat di sebelahnya.
"Ehem" Lelaki itu berdehem untuk menarik perhatian Minrin.
Someone P.O.V
"Haihh bosannya." Keluhku sambil berjalan ke arah bangku yg terdekat. Seketika mataku terpandang seorang gadis yang duduk berseorangan di tepi padang.
"Buang tebiat ke duduk sorang2 kat padang."
Aku bergerak melangkah sedikit ke depan untuk melihat wajah gadis itu. Kemudian tersenyum.
"Hmm perempuan ni rupanya." kataku.
Aku pun datang dekat ke arahnya dan kemudian duduk tepat di sebelahnya. Dia langsung tidak perasan akan kehadiranku. Nampaknya dia leka dengan musiknya itu.
"Ehem" kataku.
Perempuan itu memandangku dengan reaksi yang terkejut, dia terus terbangun dari duduknya.
"Nuguya ?!" tanyanya separuh menjerit. Melihat reaksinya yang terkejut, membuatku tergelak kecil. Dia memandangku dengan tatapan hairan.
"Hey jangan lah pandang aku mcm tu, macam aku ni alien je." Ucapku. Dia hanya semakin mengerutkan dahinya. Aku hanya mampu mengeluh.
"Ehem. Kau buat apa kat sini sorang2 ?" Tanyaku. Dia hanya diam dan terus memandang ke depan. Mengabaikan pertanyaanku tadi. Aishh jinjja perempuan ni.
"Aishh aku tanya ni, jawablah." Kataku yang sedikit geram.
"Kau yang tak jawab soalan aku tadi." Ucapnya yang masih memandang ke depan.
' Ha, aku tak jawab soalan dia ? dia tanya aku apa ? '
Seakan faham melihat raut wajahku yang penuh kebingungan, dia memandang ke arahku.
"Aku tanya tadi, kau siapa ?" Katanya.
"Owh, aku Park Jimin, kelas 3-B" ucapku sambil tersenyum lebar.
"Owh" dia hanya menganggukkan kepalanya.
"Yah tak adil, bagilah tau nama kau siapa." Kataku.
"Park Min Rin" ucapnya perlahan tetapi masih boleh didengari olehku.
"Okay Minrin, balik pada soalan tadi. Kau buat apa kat sini ?" Tanyaku.
Dia menatapku agak lama kemudian memandang semula ke depan.
"Kena halau dari kelas." Ucapnya selamba. Aku hanya terpinga-pinga mendengar jawapannya.
"Woah jinjja ? Aku pun sama." Kataku sedikit teruja. Nampaknya perempuan ni sama macam aku. Agaknya kenapa dia kena halau.
"Kenapa kau kena halau dari kelas ?" Tanya si dia.
"Datang lambat. Kau ?" Ucapku.
"Sama." Ucapnya. Agaknya aku tak salah nampak tadi. Dia senyum ? Hey hey mata aku masih belum rabun lah. Dia kelihatan agak manis bila tersenyum. Ah andwae andwae. Aku tak boleh fikir macam tu. Ucap hatiku sambil menggelengkan kepalaku beberapa kali.
"Yah ! Kau kenapa ?" Tanya dia yang hairan melihatku yang menggelengkan kepala tadi.
"Ahah tak ada apa2 lah." Kataku sambil tersenyum canggung. Haihh sejak bila la aku jadi macam orang bodoh ni.
Minrin Side.
Senyum yang hampir tak kelihatan terukir di bibirku ketika melihat tingkah lelaki di sebelahku ini. Nampaknya hari aku tak lah terlalu buruk. Fikirku.
_____________________________________
Mian if banyak typo ne ? *does aegyo xD*
YOU ARE READING
Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjm
Fanfiction▷ Kau ialah milik aku. Sekarang dan selamanya. ▷ Complete [✔]