+13

175 34 3
                                    

Minrin dengan wajah cerianya sedang menuju ke kantin. Jimin tidak mengikutinya kerana sebentar lagi juga dia akan datang menyusul Minrin.

"Minrin-ssi.." Minrin menoleh ke arah sumber suara itu. Oh sunbae!

"Ne ?" Ucap Minrin sambil tersenyum. Sehun mengusap tengkuknya yg tidak gatal.

"Petang ni awak free ?" Soal Sehun. Minrin terlihat berfikir sebentar kemudian mengangguk.

"Erm saya nak minta awak teman saya pergi kedai buku. Boleh ?" Soal Sehun lagi.

"Erh okay." Jawab Minrin dan seterusnya dia berlari ke arah Jimin yang sedang melihatnya, ternyata Jimin sudah sampai dahulu darinya.

"Apa yang Sehun cakap ?" Soal Jimin.

"Eh ? Dia suruh aku teman dia pergi kedai buku." Jelas Minrin.

"Oh" Balas Jimin singkat. Minrin memandang Jimin hairan. Wajah Jimin berkerut masam. Minrin yg melihatnya tersenyum samar dibuatnya.

"Nape ? Jeles ke ?" Gurau Minrin.

"Tak" Jawab Jimin singkat.

"Iya ke ni ?" Goda Minrin lagi membuat pipi Jimin bersemu merah.

"Kalau jeles pun kenapa ? Pergi lah sana, rehat dengan Sehun sana." Ucap Jimin. Minrin melihat Jimin datar.

"Macam budak kecil eyy" Ucap Minrin, Jimin yang mendengar pun semakin berkerut muka.

Minrin melihatnya dengan rasa yg tidak tahan, tergelak lepas dia di situ, mengabaikan pandangan pelajar lain yang memandangnya hairan. Kemudian mereka berdua pun menikmati makan dan rehat mereka walau terselit banyak gurauan sehingga membuat pertengkaran kecil yang tak bermakna lalu tergelak setelahnya.

✘✘✘✘✘✘✘✘

Setelah pulang sekolah, Sehun menjemput Minrin di perhentian bas. Mereka menuju ke tengah bandar dan berhenti tepat di hadapan kedai buku. Lalu setelahnya mereka masuk ke kedai itu.

Hampir setengah jam Minrin menemani Sehun berkeliling mencari buku pilihan di kedai itu. Sehun perasan akan wajah Minrin yang sudah mula menunjukkan kelelahannya.

"Minrin, kalau awak penat awak boleh duduk di bangku depan taman. Maaf ye buat awak tunggu saya lama kat sini." Ucap Sehun yang merasa kasihan terhadap Minrin.

"Ah takpe. Okaylah saya duduk kat bangku taman depan tu ne?" Ucap Minrin sambil tersenyun. Sehun mengangguk.

Tepat Minrin keluar dari kedai itu, dia tidak menyadari beberapa pasang mata yang sedang menatapnya dari jarak jauh, sebuah senyuman sinis juga tidak luput dari wajah mereka. Mata tajam mereka melihat Minrin yang sedang berjalan ke arah bangku yang berada tepat di depan taman.

Minrin side.

Setelah duduk tepat di bangku taman itu, aku mememjamkan mata merasa hembusan lembut angin, begitu nyaman. Hanya sebentar merasai kenyamanan itu, berlanjut pula dengan suara teriakannya dan matanya perlahan mulai mengabur, hitam.

End Minrin side.

Beberapa orang pemuda yang tadinya lekat memerhatikan pergerakan Minrin , perlahan berjalan ke arah Minrin yang duduk di bangku taman dan sepantas kilat dari arah belakang mereka menekap mulut Minrin dengan menggunakan sapu tangan yang sudah dinodai dengan ubat tidur. Sempat mereka mendengar jeritan dan ronta Minrin tetapi mereka mengabaikannya.

"Bawa dia masuk kereta,ikat tangan dan kaki dia." Arah seorang pemuda.

Mereka pun membawa Minrin ke kereta mereka dengan pantas, berhati-hati takut jika ada orang melihat. Nasib tiada orang di taman itu.

"Kejutan kedua untuk kau, Park Jimin." Gumam pemuda itu.

Sehun side.

Setelah lama mencari buku yang aku inginkan, akhirnya dapat jua. Aku membawa buku itu ke kaunter bayaran, setelah selesai aku melangkah keluar dari kedai itu dan mataku terus tertuju ke arah taman di hadapan.

Kemudian aku berlari kecil ke arah taman itu, dan apa yang aku dapati, taman itu kosong. Sudah puas melihat sekeliling taman tetapi susuk Minrin masih tidak kelihatan.

"Kat mana dia..huh" gumam Sehun. Dia mengeluarkan smart phone yang berada di poketnya kemudian mencari contact Minrin.

'Tut' 'Tut' Tut'

"Aishh angkatlah Minrin, kat mana awak.." Ucap Sehun serabut. Panggilan itu dimatikan tanpa ada yang menjawabnya.

"Dia dah balik dulu ke ?" Soalnya pada dirinya sendiri kemudian memggeleng.

"Tak akan lah" Sambungnya lagi.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Jimin tak henti-hentinya menyebut nama Minrin perlahan. Entah mengapa sedari tadi hatinya terasa begitu gelisah, tidak nyaman. Dia tahu sekarang Minrin mungkin masih bersama Sehun. Tapi ini tetap tidak dapat membuatnya tenang.

"Agaknya kau okay tak." Risau Jimin.

"Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena" Jimin mengusak rambutnya kasar seperti orang yang tidak terurus sahaja.

'Kkwak jabajwo nal anajwo oh ~ can u trust me? can u trust me? jebal jebal jebal kkeureoanajwo'

Satu mesej dari nombor yang tidak dikenali, Jimin membuka mesej itu dan seketika jantungnya terasa berhenti mendadak melihat gambar yang dikirim oleh nombor yang tidak dikenali itu.

Gambar Minrin, gadis yang dicintainya sekarang dengan keadaan tangan dan kakinya terikat di penjuru katil, mulut yang ditutup.

Jimin seakan mati di tempat, mengapa dunia terlalu kejam, fikirnya. Otaknya kini buntu. Seakan tiada harapan lagi.

Sementara itu di sebuah gudang yang kelihatan usang. Beberapa pemuda menatap puas melihat sesusuk gadis yang sudah terikat rapi di katil itu. Matanya puas juga melihat gambar gadis itu yang dikirimnya ke Jimin.

"Tak sabar nak tengok reaksi kau Jimin. Aku akan rakamkan memori terindah ini untuk kau." Sinis pemuda itu.

Bersambung ~

Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjmWhere stories live. Discover now