+02

262 44 0
                                    

Jimin side.

Aku berjalan menuju ke taman belakang sekolah. Kelihatan seorang gadis yang familiar sedang duduk bersandar di bawah pohon sakura itu. Dengan perlahan, aku bergerak menuju ke arah gadis itu. Sesampainya tepat di belakangnya. Aku pun cuba mengejutkannya.

"MINRIN !" Jeritku.

"Ah ! Eomma !" Jeritnya terkejut dengan kehadiranku yang secara tiba-tiba ini. Tergelak aku melihatnya. Sekali lagi aku membuatnya terkejut kerana kehadiranku.

"Aish jinjja ! Kau ni, boleh tak jangan buat aku terkejut. Dah dua kali tau !" Ucapnya sambil mendelik tajam ke arahku.

"Ahah. Ne, mianhae Minrin-ssi" Ucapku sambil menahan tawa.

"Aishh" Desisnya.

"Ah okay, mianhae." Ucapku yang rasa sedikit bersalah.

"Em. Kau buat apa tu ?" Tanyaku melihatnya yang sedang memegang satu buku lukisan.

"Melukis. Aishh kau punya pasal la ni. Tengok ? Kan dah salah ishh." Katanya sambil memandang tajam ke arahku lagi.

"Ye ye aku salah, aku tau. Mianhae. Sini aku betulkan." Kataku.

"Tak payah." Ucapnya.

"Kau tak masuk kelas ke ?" Tanyaku lagi.

"Malas." Ucapnya yang sedang fokus dengan lukisannya. Tangannya tergerak lembut melakar sebuah lukisan di atas kertas putih itu. Lukisan bayangan seorang gadis yang berdiri di bawah pohon maple, dengan suasana Autumn, daun maple yang jatuh berguguran di sekeliling gadis itu. Aku terpaku melihat indahnya lakaran gadis yang berada di sebelahku ini. Mataku tak berkelip memandang lukisannya.

Author P.O.V

Selesainya langkah terakhir lukisan itu, Minrin tersenyum lembut.

"Siap." Ucapnya sambil tersenyum lembut. Tidak perasan akan lelaki di sebelahnya yang sudah kaku seakan jantungnya sudah berhenti pada waktu itu juga. Melihat senyum manisnya yang indah seperti lukisannya.

"Ehem. Wae ?" Ucap Minrin yang berasa canggung dengan tatapan lekat Jimin.

"Eh ani." Jimin berkata canggung sambil menggelengkan kepalanya. Sedetik kemudian dia teringat akan sesuatu.

"Ah jeongmal. Em Minrin, ikut aku jom. Kau punya lukisan dah selesai kan." Ucap Jimin.

"Mwo ? Pergi mana ?" Tanya Minrin.

"Aku nak bawa kau pergi satu tempat. Palli. Jangan risau, aku tak buat apa-apa lah." Kata Jimin meyakinkan Minrin. Minrin hanya mengangguk. Jimin terus menggenggam pergelangan tangan Minrin dengan lembut dan menarik supaya Minrin mengikuti langkahnya.

Minrin yang terkejut akan sentuhan Jimin di pergelangan tangannya hanya mampu terdiam. Satu perasaan aneh hinggap di hatinya. Keliru sama ada rasa terganggu atau selesa.

Mereka berdua tepat berada di depan pintu atap sekolah. Jimin mengeluarkan kuncinya dan membuka pintu itu. Minrin hanya mampu berdecak kagum melihat pemandangan yang berada di hadapannya. Luas dan begitu tenang. Sangat berbeza dengan pemandangan di luar atap yang kelihatan seperti bangunan lama.

"Yah Park Jimin ! Lambat kau sampai."

Satu suara asing membuyarkan lamunan Minrin. Minrin menoleh ke kanan dan betapa terkejutnya dia melihat enam orang lelaki yang sedang duduk santai sambil melihatnya dan Jimin.

Seorang kelihatan agak hyper dari raut wajahnya yang tersenyum lebar. Seorang lagi kelihatan tidak peduli akan kehadiran mereka berdua, wajahnya kelihatan kecil, kulitnya begitu putih. Di sebelahnya, kelihatan agak tinggi, berambut merah maroon, matanya agak sedikit bulat. Kini matanya beralih pada lelaki yang berambut orange yang agak sedikit aneh cara duduknya. Di sebelah kanannya, dua orang lagi lelaki. Seorang rambutnya berwarna putih silver, dan seorang lagi berambut warna coklat dengan sedikit hijau turqoise.

"Eheh mian chinguya ~" Ucap Jimin sambil tersenyum lebar memandang rakannya. Tidak perasan tangannya masih menggenggam tangan Minrin. Enam orang rakannya yang melihat itu hanya mampu tersenyum.

"Aih Jimin, yeojachin kau ke tu ?" Tanya lelaki yang berambut putih silver.

"Tak!" Jimin dan Minrin jawab bersamaan kemudian mereka saling berpandangan. Minrin yang perasan tangannya masih digenggam Jimin pun berdehem. Jimin melepaskan tangannya dan tersenyum canggung ke arah Minrin.

Rakan-rakan Jimin yang melihat adegan yang tidak disengajakan itu pun hanya mampu terganga (?). Di fikiran mereka, kelihatan pasangan yang berada di hadapan mereka agak begitu comel.

Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjmWhere stories live. Discover now