+10

178 36 0
                                    

Suasana kali ini terasa amat tegang. Keduanya saling diam. Sejak Jimin mengungkapkan perasaannya terhadap Minrin, Minrin terus cuba menghindarkan diri. Matanya sahaja tidak berani menatap Jimin. Seperti sekarang.

"Minrin-ah" panggil Jimin.

'Dup' hah lagi sekali. Patut ke aku hadap dia. Gumam Minrin sambil memegang dadanya. Kini Minrin membelakangi Jimin, tak berani menatap Jimin. Satu sentuhan lembut mendarat di bahu Minrin. Jimin memegang bahunya. Minrin terkejut, dengan tidak sengaja dia menepis tangan Jimin.

"Ah..a..ne" Minrin menunduk lalu pergi begitu sahaja meninggalkan Jimin yg terkaku.

Hatinya terasa sesak apabila Minrin menepisnya. Ini tandanya cintanya ditolak ? Sakit rasanya bila seseorang yg sudah ikhlas dia sayang menolaknya. Jimin hanya mampu tersenyum miris memandang Minrin yg sudah hilang dri pandangannya.

"Sepatutnya aku tahan dulu untuk ungkap kt dia. Mungkin dia masih belum sedia." Ucap Jimin perlahan sambil menahan sesak di dadanya. Waktu itu juga Jimin terus pulang ke rumahnya setelah meminta izin daripada Minrin yg hanya diam menanggapinya.
___________________________________

Minrin Side.

Sedari tadi Minrin hanya termenung. Setelah kepergian Jimin. Minrin hanya duduk diam di sofanya. Dalam otaknya terbayang kejadian tadi ketika dia menepis tangan Jimin, ketika Jimin mengungkapkan perasaannya.

Huhh macam mana ni. Aku tak faham dengan perasaan aku sendiri. Aku suka dia ? Huhh eotteohke. Bisik fikiranku.

Minrin mengusap kasar wajahnya. Fikirannya kini serabut. Dadanya juga sesak. Terselit rasa bersalah di hatinya.

"Argh! Jinjja! Baik aku mandi dulu, boleh tenang sikit." Gumamku lalu bergegas ke bilik mandi.

End Minrin side.
________________________________

Keesokannya di sekolah, keadaan mereka berdua masih sama sahaja. Bertegur sapa sahaja tidak. Keduanya hanya saling menatap jika berselisih.

Sekarang jam pelajaran seni, selalunya Minrin akan rasa bersemangat bila tiba jam pelajaran ini. Tapi kali ini tidak. Dalam fikirannya penuh dengan nama Park Jimin. Hatinya terlalu rasa bersalah.

"Huhh" Minrin mengeluh. Entah yg ke berapa kali dia mengeluh.

Sooyoung,rakan semejanya hanya melihat simpati ke arah Minrin. Bagaimana tidak, sudah berapa kali dia mendengar Minrin mengeluh, entah kerana terlampau bosan atau terlampau memikirkan sesuatu. Dia melihat Minrin sekilas. Sekarang Minrin sedang mencalit-calit berus lukisannya tanpa memandang kertas lukisannya itu, entah apa yg dilukis. Sooyoung hanya mampu melihat miris kertas lukisan yg tidak bersalah itu.

"Minrin-ah kau lukis apa tu ?" Tanya Sooyoung yg sengaja menarik perhatian Minrin. Minrin menolehnya dengan tanda tanya di wajahnya. Sooyoung terkekeh.

"Itu. Kau tengah lukis apa?" Tunjuk Sooyoung dengan dagunya ke arah kertas lukisan Minrin. Minrin melihat kertas lukisannya, wajahnya kemudian kelihatan terkejut.

Kemudian dia menoleh kembali ke arah Sooyoung yg tersenyum ke arahnya. Minrin hanya mampu tersenyum canggung.

"Kau ada masalah ke ?" Tanya Sooyoung.

"Huh wae ?"

"Takdelah. Kau mcm bnyk fikiran sangat. Apa yg kau fikir sampai series sangat tu.." Ucap Sooyoung.

Minrin hanya menunduk lalu mengeluh.

"Huh entahlah aku tak tau. K..kalau lah ada seseorang luahkan perasaan dia kat kau tapi korang belum kenal lama pun, kau terima ??" Tanya Minrin.

Sooyoung nampak tengah berfikir lalu tersenyum menghadap Minrin.

"Aku akan ikut kata hati aku. Kalau hati aku cakap 'terima', aku akan terima. Dan aku boleh pastikan dia ikhlas dengan pandang mata dia. Kau akan tau sama ada dia bohong atau tak." Ucap Sooyoung.

Setelah itu Minrin meminta izin untuk ke tandas. Dalam perjalan, tak henti-hentinya dia berfikir tentang kata-kata Sooyoung tadi. Hatinya terasa seakan ingin berlari ke arah Jimin dan memeluknya. Minrin memandang ke hadapan dan melihat sesosok lelaki yg amat dirinduinya. Park Jimin. Dia juga sedang menatap Minrin. Jarak mereka tak lah jauh.

Baru sahaja Minrin hendak melangkah lebih dekat ke arah Jimin, seseorang menghalangnya. Minrin memandang orang itu.

"Sunbae ?" Ya orang itu, Oh Sehun.

"Hehe, Awak nak pergi mana ?" Tanya Sehun.

"Ah nak pergi toilet." Jawab Minrin.

Sehun menatap wajah Minrin agak lama lalu mendekatkan wajahnya ke arah Minrin. Minrin semakin mengundurkan wajahnya. Lalu Sehun mengusap pipi Minrin perlahan.

"Ada warna air kat pipi awak." Ucap Sehun sambil menjauhkan wajahnya.

Minrin terkaku atas perlakuan Sehun tadi. Kemudian dia tersedar dan ingin melihat Jimin, tetapi tiada. Jimin nampak kejadian tadi ke ? Gumam Minrin.

"Minrin ?" Ucap Sehun sambil melambai tangan ke arah muka Minrin. Minrin melihat Sehun.

"Ah ne sunbae, gomawo." Ucap Minrin sambil tersenyum kikuk.

Di sebalik tembok tempat Minrin dan Sehun berada, Jimin menahan sesak dadanya yg semakin bertambah. Kejadian tadi amat menghiris hatinya. Jimin hanya mampu menahan sakit dan meremas bajunya dengan kuat.

Bersambung ~~

Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjmWhere stories live. Discover now