+11

157 35 0
                                    

Dua minggu telah berlalu, tetapi keadaan tetap sama, tiada perkembangan antara Jimin dan Minrin. Keduanya masih tidak bertegur sapa. Dan hari demi hari, keduanya kelihatan semakin tidak terurus.

Dan dalam dua minggu ini juga, Sehun semakin rapat dengan Minrin walaupun keadaan Minrin terlihat kacau.

Jimin kini berada di atap sekolah tempatnya selalu menenangkan diri. Dipejamkan matanya, merasai hembusan lembut angin yg membelai kulitnya dan juga rambutnya. Seketika semua masalah yg difikirkannya hilang sebentar. Sekurang-kurangnya ini dapat menenangkan diri dia walau seketika.

Tatkala ia terus berehat. Suara pintu terbuka didengarnya. Jimin membuka pejaman matanya perlahan dan menoleh ke belakang. Sahabatnya, Namjoon, Seokjin, Hoseok, Yoongi, Taehyung dan Jungkook. Terasa sejuk hatinya melihat mereka.

"Jimin-ah gwaenchanha ?" Tanya Jin hyung. Jimin tersenyum.

"Ne." Jawab Jimin.

"Aku tau kau ada masalah." Ucap Yoongi.

"Ya. Cepat cerita dengan kitorang. Kau x pandai sembunyikan masalah kau." Ucap Jin tegas.

"Kitorang kawan dgn kau dh lama, bukn sehari." Tambah Hoseok. Namjoon, Taehyung dan Jungkook hanya mengangguk setuju. Jimin memandang mereka ber enam kemudian menunduk. Rasanya dia ingin menangis sekuat hatinya. Huhh hanya sahabatnya lah yang faham dan boleh melihat diri sebenar Jimin. Jimin diam membatu.

"Ni pasal Minrin ?" Teka Taehyung.

"Cukuplah ni kali kedua kita nampak dia macm ni." Tambah Jungkook.

"Aku harap benda tu tak berulang lagi." Ucap Namjoon. Sedetik kemudian bahu Jimin bergetar.

"Korang..jeball..aku takut benda tu akan berulang lagi. Ya ni memang tentang Minrin. Aku..aku dh terjerat dalam dunia dia. Aku dah terlampau sayangkan dia. Aku dah ungkapkan perasaan aku kat dia tapi aku tau dia masih ragu dengan aku." Ucap Jimin.

"Aku taknak..aku..aku taknak dia jadi macam Hena. Aku taknak apa yg berlaku kat Hena, berlaku kt Minrin. Aku taknak dia jadi mangsa kedua 'dia'. Dan aku menyesal ungkapkn perasaan aku kt dia sampai merenggangkan hubungan kitorang. Dan aku takkan dapat jaga dia dari jarak dekat. A..Aku t..taku-"

"Stop Jimin !!!" Tegas Namjoon.

"Percayalah, kejadian tu tak akan berulang kembali, dan nyawa Minrin takkan hilang." Tambah Jin.

"T..tapi korang tau 'dia' masih awasi aku. Aku masih berada dalam pengawasan 'dia'" Ucap Jimin. Mereka tertunduk dan menghembus nafas lelah. Kejadian 3 tahun lalu terimbas kembali di otak mereka.

Flashback.

Dua orang susuk manusia yg tengah berpegangan tangan melihat indahnya matahari yg semakin turun, terbenam.

"Ah dah nak malam, kita balik jom." Kata Hena, kekasih pertama Jimin.

"Ne, kajja." Ajak Jimin sambil mengeratkan tangannya dan Hena. Dalam perjalanan telefon Jimin berdering, tanda seseorang menelefon. Jimin mengangkat panggilan itu.

"Ne eomma, waeyo ? Sekejap lagi Jimin balik ne ?" Ucap Jimin menjawab panggilan dari ibunya.

"Mwo ? Appa masuk hospital ? Ah jinjja!" Ucap Jimin lagi dengan raut wajah panik. Kemudian panggilan pun dimatikan.
sebaik sahaja panggilan diputus.

"Oppa, wae ? Appa sakit ? Takpelah, oppa balik lah sekarang, Hena boleh balik sendiri." Ucap Hena.

"Tapi..." Jimin ingin menolak.

"Oppa ! Gwaenchanha. Hena boleh balik sendiri. Jangan risau. Sekarang ni oppa kena balik, ada benda yg lagi penting. Hena akan okay.. percayalah.." kata Hena meyakinkan Jimin. Jimin memandang Hena yg mengangguk dan tersenyum kepadanya.

"Palli!!" Jerit Hena sambil menolak Jimin. Dengan pantas Jimin berlari meninggalkan Hena.

Hari semakin gelap, Hena pun mula berjalan pulang ke rumahnya, tetapi belum sampai di rumah, beberapa susuk lelaki menghalang langkahnya.

"Wah wah hari ini makan besar kita." Ucap seorang lelaki yang agak tinggi.

Hena ingin melepasi halangan lelaki itu tetapi tidak berhasil, tenaganya tak cukup kuat untuk melawan lelaki itu.

"nak pergi mana ? Kau ingat kau boleh lepas dari kitorang Jung Hena ?" Ucap lelaki yg dihiasi senyum sinis di bibirnya.

"K..kau, macam mana kau tau nama aku ?!" Jerit Hena panik.

"Takut, kau takut ? Hahah sayangnya kau cantik tapi Jimin takkan dapat lihat kau lagi lepasni. Maaf aku terpaksa hancurkan kau." Sinis lelaki itu.

Bersambung ~

Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjmWhere stories live. Discover now