+16 [END]

251 33 2
                                    


"Dah ready ?" Soal Jimin. Minrin mengangguk semangat. Jimin memimpin tangan kanan Minrin sambil tangan kanannya memegang beg yang diisi dengan baju Minrin.

Mereka melangkah keluar dari hospital itu dan disambut oleh Hansol dan member Jimin. Minrin menahan gerakan Jimin sehingga Jimin menatapnya.

"Ne, Minrin. Wae ?" Soal Jimin.

"Boleh tak kita jangan balik terus ? Aku nak pergi tempat yang nyaman." Ucap Minrin. Jimin memandang Hansol dan yang lain.

"Takpelah Jimin, kitorang balik dulu. Kau jagalah Minrin. Jangan sampai jadi apa-apa kat dia,ne ? dan nah pakai kereta aku je." Ucap Hansol sambil memberi kunci keretanya kepada Jimin dan disetujui oleh member Jimin yang lain. Jimin mengangguk faham lalu menatap Minrin.

"Let's go." Ucap Jimin tersenyum sambil menarik tangan Minrin. Mereka masuk ke dalam kereta Hansol dengan Jimin yang duduk di kerusi pemandu dan Minrin di sampingnya.

"Kita nak pergi mana ?" Soal Minrin.

"Nanti kau akan tahu." Ucap Jimin yang sedang memasang tali pinggang untuk Minrin. Sempat dia mencium sekilas pipi Minrin.

"Aish." Minrin merengus sambil tangannya memukul perlahan lengan Jimin. Jimin terkekeh dibuatnya.

Sepanjang perjalanan Mereka berbual dan ketawa kerana gurauan mereka seperti biasa. Tak sedar mereka sudah berhenti tepat di hadapan sebuah pantai yang terlihat indah.

Laut biru yang terbentang luas di hadapan mereka dengan langit biru muda yang menemani mereka di situ. Suasana pagi di pantai memang tak dapat dinafikan, begitu cantik. Membuat mereka seakan tak berkelip memandangnya.

"Woahh areumdawo ~" Puji Minrin sambil membuka lebar tangannya merasai hembusan angin pagi di pantai itu. Jimin memandang Minrin yang berada di sampingnya dengan mata yang melihat takjub. Indahnya gadis di sampingnya ini ibarat laut biru di hadapan mereka ini.

Jimin mencari setangkai ranting dan terus mengambilnya ketika sudah ditemukan. Dia berjalan ke arah pinggir pantai, melukis sesuatu di pasir pinggir itu. Minrin memandang Jimin dan berjalan dekat ke arah Jimin ingin melihat apa yang dilukis Jimin sedari tadi.

Satu lukisan bentuk hati yang besar, tertulis di dalamnya 'Forever You're Mine. I luv U Park Minrin'

Dan lukisan itu berhasil membuat Minrin tersenyum sangat manis dan tergelak kecil setelahnya. Dia memandang Jimin yang menatapnya sambil tersenyum.

"Nado. Saranghae Park Jimin." Ucap Minrin sambil menarik hidung Jimin. Jimin mencubit geram kedua belah pipi Minrin.

"Aku akan selalu jaga kau." Ucap Jimin.

"Aku tahu." Balas Minrin.

"Aku akan jaga perasaan ini."

"Aku tahu."

"Aku akan buat kau jadi milik aku."

"Aku tahu."

"Aku akan cari perempuan lain." Minrin menatap Jimin tajam.

"Hehe. Gurau." Gelak Jimin melihat reaksi Minrin yang memandangnya tajam.

Dan setelahnya, mereka menikmati pagi hari mereka di pantai itu.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Keesokkannya, mereka mula bersekolah seperti biasa. Minrin berlari pantas ke sekolah. Hansol tak dapat menghantarnya kerana dia juga terlambat pergi ke tempat kerjanya. Minrin terpaksa berlari pun kerana terlambat bangun. Tercungap-cungap dia setelah sampai di depan pagar sekolah. Dia melihat jam tangannya.

"Heh lagi 5 minit." Ucapnya.

Kemudian berjalan santai ke dalam kawasan sekolah. Padahal baru sahaja dia berlari takut terlambat. Dia terus menuju ke lokernya. Dan teka apa yang dia nampak ? Lelaki yang membuat dirinya sentiasa berdebar kerananya, Park Jimin.

Nampaknya dia sedang memgambil beberapa buku dalam lokernya. Minrin tersenyum nakal. Dia berjalan dekat ke arah Jimin dan melanggar bahu Jimin dengan sengaja sehingga buku yang dipegang oleh Jimin pun jatuh begitu sahaja. Jimin mengangkat muka ingin memarahi orang yang melanggarnya, dan apa yang dilihat olehnya hanyalah Minrin yang tersenyum manis, berdiri di sampingnya.

"Annyeong, Park Jimin." Ucap Minrin.

"Aish hahah." Gelak Jimin sambil mengusak perlahan rambut Minrin.

Situasi ini seakan pernah terjadi walau sedikit berlainan. Ingat pertemuan pertama mereka ? Semasa Jimin melanggar Minrin sehingga buku yang dipegangnya jatuh ketika di loker itu ? Kejadian itulah yang mempertemukan mereka berdua sehingga mereka seakan terikat antara satu sama lain.

The end~

Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjmWhere stories live. Discover now