Minrin menggeliat tidak nyaman dan mula membuka perlahan pejaman matanya, dan pertama yang dilihat oleh Minrin ialah atap syiling putih, kenapa terasa lain tempat ini.
"Oh dah bangun dah ?" Satu suara yang tidak dikenali mengejutkan Minrin. Minrin cuba bangun tetapi gagal. kedua tangan dan kakinya diikat di setiap penjuru katil single ini dan terasa sakit.
"Akh." Rintih Minrin.
Minrin hanya mengangkat kepalanya sedikit dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Seorang pemuda yang tidak dikenali duduk dengan santai di sofa single yang berhadapan dengan katil.
pemuda itu nampaknya bukan orang yang baik, badannya yang kelihatan besar dan berotot, rambut blondenya yang tidak terurus, dua tindik di telinganya, dia memakai singlet hitam dan seluar jean panjang.
"K..kau siapa ?!" Soal Minrin.
"Aku ? Well..Aku Wang Jackson. Takpelah. Lepasni kau pun dah tak akan nampak aku lagi..so aku bagitahu la nama aku siapa " Sinis Jackson.
"Apa maksud kau ? L..lepaskan aku !" Jerit Minrin.
"Hahahah jerit la lagi, jerit kuat-kuat." Tawa Jackson. Minrin terasa begitu lemah, air matanya meluncur begitu sahaja. Ah aku tak boleh nangis aku kena kuat. Ini ke pengakhiran hidup aku ? Minrin mengesat air matanya dengan kasar.
✘✘✘✘✘✘✘✘✘
Jimin berjalan ke arah kantin, matanya bertemu pandang dengan Sehun.
"Sehun !" Panggil Jimin sambil berjalan ke arah Sehun.
"Oh Jimin! Nampak Minrin tak ?" Soal Sehun. Jimin terdiam. Patut ke aku bagitau dia pasal ni ? Aku rasa dia tak tau apa-apa tentang ni. Fikirnya.
"Jimin ? Kau okay ?" Soal Sehun yang melihat Jimin melamun di tempatnya. Jimin yang sedar hanya tersenyum canggung.
"Hahh ada nampak Minrin tak ? Aku cuma nak minta maaf kat dia sebab buat dia tunggu lama semalam, dan mungkin sebab tu dia balik dulu agaknya." Jelas Sehun. Jimin memandang Sehun dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Sehun." Panggil Jimin.
"Hm. Ye ?" Sehun memandamg hairan Jimin.
"Ikut aku sekejap boleh, ada benda yg aku nak bagitau kau.." Ucap Jimin. Sehun hanya mengangguk walau dia tertanya-tanya apa yang membuat Jimin terlalu serius. Jimin membawa Sehun ke atap sekolah, dan dapat dilihat di sana sudah ada member Jimin yang lain.
"Woahh aku tak tahu pula kat sekolah ni ada tempat yang wow cantik, nyaman." Ucap Sehun setelah berada di atap sekolah. Matanya melihat takjub kawasan itu. Jimin dan membernya hanya tersenyum simpul. Sehun memandang Jimin.
"Apa yang kau nak bagitau aku, sebenarnya ?" Soal Sehun.
Jimin mengeluarkan smart phone nya dan memberikannya kepada Sehun. Sehun berkerut hairan, sedetik kemudian dia merasa seakan tidak percaya melihat gambar Minrin di telefon Jimin. Gambar Minrin yang diikat.
"I..ini..M..minrin ?" Soal Sehun yang seakan tidak percaya dengan apa yg dilihatnya. Jimin dan sahabatnya mengeluh berat.
"Dia kena tangkap semalam, tepat masa dia teman kau pergi kedai buku." Ucap Jimin.
"A..aku tak patut tinggalkan dia seorang diri. Mianhae.." Sesal Sehun.
"Apa maksud kau ?" Tanya Hoseok.
"Semalam aku suruh dia rehat kat bangku depan taman, depan kedai buku tu, lagipun dia nampak letih ,aku tak sanggup nak suruh dia tunggu aku lama."
"Hahhh. Takpe, bukan salah kau. Sekarang ni aku nak kau tolong kitorang cari Minrin, boleh ?" Soal Jimin.
"Okay, aku akan minta kawan-kawan aku tolong sekali, boleh ??" Soal Sehun pula. Jimin mengangguk.
"Gomawoo" Ucap Jimin, Sehun hanya senyum menanggapinya.
Tepat jam 8 malam, mereka berkumpul di salah satu rumah rakan Sehun, Chanyeol.
"Okay sekarang, macam mana kita nak cari Minrin ?" Soal Kyungsoo.
"Hahh entah. Kitorang masih pening." Ucap Jungkook.
"Aku tak rasa Jackson masih ada kat gudang tu." Ucap Jin.
Serempak Sehun dan rakannya memandang Jin.
"J..jackson ? Maksud kau Wang Jackson ?!" Soal Baekhyun. Wajahnya kelihatan sangat terkejut, sama seperti rakannya.
Diorang kenal ke Jackson tu ? Fikir Jimin dan sahabatnya bersamaan.
"Ye, Wang Jackson. Korang kenal dia ?" Soal Taehyung hairan.
"Ck apa yang tak kenalnya si Jackson tu, musuh utama kitorang." Jelas Chanyeol.
"Musuh ?" Soal Namjoon terkejut. Sehun dan rakannya mengangguk.
"Ya, dia dengan pengikut-pengikut dia tu adalah musuh utama kitorang." Ucap Xiumin.
"Tapi kenapa ?" Soal Jimin.
"Entahlah kalau nak cerita pun, buat sakit hati je." Ucap Xiumin lagi. Jimin dan rakannya hanya mengangkat bahu tak peduli.
Mereka berbincang dengan serius, mencari cara untuk menyelamatkan Minrin.
"Okay, kalau dia ada mesej kau lagi, cepat-cepat call kitorang." Ucap Suho. Jimin mengangguk.
✘✘✘✘✘✘✘✘✘
Minrin memandang Jackson dengan tatapan yang penuh kebencian. Giginya menggertak perlahan. Nafasnya memburu.
"Aku tak kisah kalau kau bunuh aku. Tapi jangan kau ingat Jimin akan mati kat tangan kau juga. Aku akan pastikan kau hancur dulu." Gertak Minrin.
"Aku hancur dulu ? Hahah nyawa Jimin tak akan ke mana. Sayangnya buah hati kau tu akan lenyap tak lama lagi." Ucap Jackson sambil memandang Minrin dengan rasa simpati yang dibuat-dibuat.
Minrin muak. Muak melihat wajah lelaki di hadapannya ini.
"Jimin. Park Jimin. Tak hancurkan hidup kau. Tapi kenapa kau bersusah payah nak hancurkan hidup dia ! Aku tahu Jimin kuat. Dia tak akan jatuh mati kat tangan orang lemah macam kau!" Sinis Minrin.
"Dia tak hancurkan hidup aku ? Heh perempuan, apa yang kau tahu tentang aku dengan dia ?!" Geram Jackson sambil mencengkam kedua belah pipi Minrin.
"Akh..sst..lepas la bodoh!" Desis Minrin.
"K..kau! Tak akan dapat bunuh dia!!" Jerit Minrin yang masih dalam kesakitan.
"Hahahah kau tak dapat halang aku. Yang penting sekarang, kau cuma perlu nikmati masa yang ada sebelum kau lenyap." Jackson memandang remeh Minrin.
"Atau kau nak bersenang-senang dengan aku dulu huh ?" Bisik Jackson tepat di hadapan wajah Minrin. Minrin memalingkan mukanya ke arah lain. Jackson tersenyum sinis.
"J..jangan berani kau !!" Jerit Minrin. Suaranya bergetar ketakutan. Apa yang si bodoh ni nak buat kat aku ! Jerit hati Minrin.
"Jinyoung , Yugyeom. Pegang tangan dan kaki dia kuat-kuat." Arah Jackson. Mereka hanya menurut. Tangan dan kaki Minrin digenggam kuat.
"L..lepaskan aku!" Ucap Minrin yang semakin ketakutan. Air matanya tak dapat dibendung lagi. Apa yang akan terjadi. Dia terlampau takut.
"J..jimin..hiks.." Ucap Minrin perlahan berserta isak tangisnya yang keluar bersamaan. Bibirnya digigit kuat menahan rasa perih di hatinya.
Bersambung~
YOU ARE READING
Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjm
Fanfiction▷ Kau ialah milik aku. Sekarang dan selamanya. ▷ Complete [✔]