Flashback.
"Jiminnie ~" ucap Hansol ceria.
"Hyung ! Jimin ada bawa cupcake. Eomma bagi. Kita makan sama-sama ne hyungie ?" Ucap Jimin yang tersenyum lebar memperlihatkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Mereka berdua duduk berhadapan.
Jimin membuka kotak yang terisi empat cupcake di dalamnya. Dia mengambil satu cupcake dan menghulurnya ke Hansol. Hansol hanya menatap cupcake yang berada di tangan Jimin tanpa ada niat mengambilnya.
"Wae hyung ?" Tanya Jimin dengan raut wajahnya yang berkerut hairan.
"Suap ~" Rengek Hansol manja membuat adik kecil yang berada di hadapannya tergelak.
"Aigoo ~ nae hyungie neomu kwiyeowo ~ (My brother so cute ~)" Ucap Jimin sambil mencubit kedua pipi Hansol. Hansol hanya menyengir lebar diperlakukan sebegitu.
1 minggu kemudian.
Kelihatan dua anak kecil berlarian di tengah hujan.
"Hyung ~ tunggu Jimin !!" Jerit Jimin yang berlari mengejar Hansol. Hansol memandang ke belakang iaitu ke arah Jimin yg sedang mengejarnya kemudian menjulurkan lidahnya dan sambung berlari.
Tidak perasan ada batu sederhana besar di hadapannya. Kaki kecilnya tersadung dan jatuh tersungkur.
"Hyungg!!!!!" Jerit Jimin yang melihat Hansol jatuh. Jimin terus berlari menyeberangi jalan menuju ke Hansol.
Tanpa disedarinya sebuah kereta melaju ke arahnya. Kejadian itu terjadi begitu pantas. Hansol terkaku melihat Jimin, sahabatnya yang sudah terbaring di tengah jalan itu. Mengabaikan kereta tadi yang pergi begitu sahaja. Tidak ada niat untuk menolong.
"Andwae andwae" ucap Hansol sambil menggelengkan kepalanya melihat Jimin. Dia terus bangun pergi ke arah Jimin walaupun kakinya sakit untuk bergerak. Kesan calar di pipinya, darah yang mengalir di kakinya tidak setanding rasa sakit Jimin.
"Jimin !! Ireona !!!(bangun !!!)" Jerit Hansol sambil mengguncang badan Jimin yang berlumuran darah itu. Air matanya tak berhenti mengalir. Kepalanya terus menggeleng tak terima.
"Jimin. Mianhae Jiminnie. Palli ireona."
"Jiminnie nak tinggalkan hyung ke. Ireona Jimin" ucap Jimin sambil memeluk erat sahabatnya itu.
______________________________Di Hospital.
Seorang lelaki paruh baya menatap seorang anak kecil di hadapannya dengan tatapan murka.
'Pang!'
Bunyi tamparan kuat terdengar. Disambung lagi dengan bunyi isakan yang meluncur begitu sahaja dari bibir anak kecil itu.
"Mianhae appa" ucap anak kecil itu iaitu Hansol. Hansol menunduk. Badannya bergetar ketakutan setelah mendapat tamparan dari lelaki tua itu.
"Abang dahlah dia tu budak kecil lagi." Seorang wanita yang sudah berumur memegang bahu lelaki tua itu.
"Kita pindah dari sini. Lepasni jangan kau cuba nak cari Jimin lagi. Kau tu cuma tau menyusahkan dia.Pembawa malang ! Kau tu cuma tau buat dia sakit." Tengking lelaki itu ke Hansol. Kelurga Jimin hanya melihat sahaja. Mereka melihat Hansol dengan tatapan yang sendu, tidak sepenuhnya marah dengan Hansol.
Setelah kejadian itu ibu bapa Hansol dan Minrin berangkat pindah ke luar negara. Meninggalkan Hansol dan Minrin kepada ahjumma Kim, penjaga mereka. Hansol tidak dibenarkan bertemu Jimin lagi. Mereka juga sudah pindah ke tempat lain, jauh dari Jimin.
Tetapi 2 hari selepas keberangkatan ibu bapa mereka. Mereka dikhabarkan dengan berita yang buruk. Ibu bapa mereka terlibat dalam kemalangan, pesawat yang dinaiki oleh ibu bapanya terhempas. Mayat mereka juga tidak ditemui.
End Flashback.
Hansol hanya tersenyum miris mengingat kejadian itu kembali. Dia sudah menceritakan sepenuhnya terhadap Jimin dan juga Minrin yang sebelum ini tidak mengetahui apa-apa tentang hubungan sahabat antara abangnya dan Hansol.
Jimin yang mengetahui mengapa Hansol hilang begitu sahaja setelah dia sedar dari koma nya turut merasakan sakit seperti Hansol. Jimin ingat bahawa Hansol, sahabatnya itu pergi meninggalkannya, tidak ingin bersahabat dengannya lagi. Namun sangkaannya salah selama ini.
"Macam mana dengan keluarga kau ?" Tanya Hansol terhadap Jimin.
"Diorang dah pergi setahun yang lepas." Ucap Jimin sambil menunduk.
"Mian" ucap Hansol rasa bersalah. Jimin hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum memandang Hansol.
"Hahh dunia ni memang kecil." Ucap Jimin lagi.
"Ha ?" Tanya Hansol yang tidak terlalu faham.
"Yelah Minrin yang aku kenal dua hari lepas ni adik hyung rupanya." Ucap Jimin sambil menyengir lebar memandang Hansol dan juga Minrin.
"Owh. Ahahah Nape Minrin tak cakap Minrin ada kawan baru?" Ucap Hansol kepada Minrin.
"Buat apa nak cakap dengan abang. Lagipun Minrin baru kenal dengan dia." Ucap Minrin.
"Ahaha yelah yekah. Haa kalau Jimin jadi namja chingu adik abang ni pun takpe. Abang okay je." Ucap Hansol sambil menahan gelak melihat reaksi Minrin dan juga Jimin yang jelas wajah mereka sudah merah.
"Yahh! Ish abang ni" Jerit Minrin. Hansol pun terus tergelak lepas sambil memegang perutnya. Reaksi jangan ditanya lagi. Senyumnya kelihatan cerah. Manakan tidak. Dia sudah menemui sahabat kecilny yang hilang begitu sahaja, dan juga mengetahui Minrin, gadis yang baru dikenalnya ialah adik kepada sahabatnya.
Nampaknya perjalanan hari mereka mungkin akan menyenangkan.
YOU ARE READING
Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjm
Fanfiction▷ Kau ialah milik aku. Sekarang dan selamanya. ▷ Complete [✔]