Sinar matahari mulai menerpa wajah Jimin, dia mencelikkan kedua matanya. Badannya terasa lemah hanya untuk bergerak. Dia menoleh ke kanan kemudian tersenyum.
Minrin masih tertidur pulas di sebelahnya. Dalam hati, Jimin mengagumi setiap lekukan wajah manis Minrin. Betapa indahnya ciptaan Tuhan. Tangan kanannya terulur membelai helaian lembut rambut Minrin. Minrin bergerak gerak mencari tempat nyaman membuat Jimin yg berada di sebelahnya terkekeh melihatnya.
"minrin-ah ~ bangun, palli ~" Ucap Jimin sambil mencubit pipi kiri Minrin. Minrin terbangun.
Matanya mencelik kemudian melihat Jimin. Dengan keadaannya yang masih belum sepenuhnya sedar. Dia menggosok matanya kemudian terduduk sambil memeluk bantalnya.
Merasa gemas dengan tingkah Minrin, Jimin pun terus memeluk Minrin dari samping.
"Ah wae??? kwiyeowoo ~" ucap Jimin sambil memeluk Minrin.
"Ya!!!! mwoya !!!!" Jerit Minrin ketika Jimin memeluknya. Aishh. Ketus Minrin sambil menepis tangan Jimin.
Jimin tak memperdulikannya, malah dia semakin mengeratkan pelukannya yg membuat pipi Minrin semakin jelas kemerahan.
Sedetik kemudian Jimin memandang tepat ke arah mata Minrin. Terkebil-kebil Minrin melihat Jimin. Dengan perasaan malunya yg semakin membuncah naik dengan pantas dia menundukkan kepalanya, lemah dirinya memandang obsidian hitam mata Jimin yg menatapnya dengan penuh makna.
Dia ingin menolak Jimin, tetapi badannya terasa kaku hanya sekadar untuk menepis Jimin. Jimin mendekatkan dahinya ke dahi Minrin.
"Tatap aku." Arah Jimin.
Dengan ragu Minrin menatap mata Jimin. Terpancar sesuatu yg membuatkan hati Minrin berdegup laju dari kilatan bola mata Jimin. Terasa sedikit gangguan di hatinya, gangguan yg menenangkan. Matanya terus menatap mata Jimin seakan terhipnotis dengan ketampanannya.
Tertanya-tanya dalam hatinya. Mengapa lelaki yg berada di hadapannya sekarang terlampau mudah membuatnya jatuh lemah. Dingin hatinya mulai menghilang apabila datangnya seorang Park Jimin. Lelaki yg telah membawa satu perasaan aneh di hati Minrin.
"Park Minrin." ucap Jimin sambil mengucup dahi Minrin.
"Neo ttaemune (because of u)" satu kucupan lgi di hidungnya.
"Johahae (i like u)" hembusan nafas Jimin menerpa tepat di bibir cherry milik Minrin, lalu mengucupnya.
"Saranghae Park Minrin." Ucap Jimin lg sambil menggenggam erat tangan Minrin.
Minrin memandang Jimin dengan tatapan terkejutnya. Terjadi begitu pantas sehingga Minrin terasa seakan masih dalam dunia khyalannya.
"M..mwoyaa" Mulutnya sahaja terasa susah untuk mengeluarkan suara. Apalagi menatap mata Jimin. Rasanya hendak menenggelamkan diri di lautan.
Minrin memejamkan matanya, menenangkan hati, menenangkan fikiran. Berharap kejadian tadi hanyalah sebuah mimpi...
Bersambung ~~
YOU ARE READING
Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjm
Fanfiction▷ Kau ialah milik aku. Sekarang dan selamanya. ▷ Complete [✔]