Minrin, Jimin dan enam orang lagi rakannya berbual mesra di rooftop sekolah itu. Setelah mengenalkan diri masing-masing, Minrin terus menjadi rapat dengan mereka walaupun baru saling mengenal.
"Kau tak nak masuk kelas eh Minrin ?" Tanya Hoseok, namja hyper.
"Tak nak. Malas lah, sama je aku masuk kelas pastu tidur. Baik duduk sini." Ucap Minrin yang mendapat respon setuju oleh diorang.
"Wah betul betul, kita duduk je sini sampai balik." Ucap Taehyung sambil menyandarkan badannya ke badan Jin, yang mendapat tepisan berbisa (? 😂) dari Jin.
"Sakit lah Jin" Ucap Taehyung sambil menunjukkan muka sedihnya yang dibuat-buat. Jin hanya memandang tempat lain malas melayan sikap Taehyung atau dipanggil V itu.
Bersama dengan tujuh orang lelaki di hadapannya, menciptakan satu perasaan bahagia yang tak pernah dirasainya.
________________________________Petang itu, Jimin berkeras kepala hendak menghantar Minrin pulang ke rumahnya. Berterima kasih lah atas kedegilan Jimin yang membuatkan Minrin terpaksa membiarkan Jimin menghantarnya pulang. (xD) Semasa dalam perjalanan pulang, masing-masing diam tak bersuara. Sedang mereka leka dengan fikiran masing-masing, tidak perasan sebuah kereta spot silver sedang melaju ke arah mereka berdua. Jimin yang perasan dengan segera menarik Minrin ke tepi bersamaan dengan kereta tadi yang sudah melaju terus.
Mereka berdua sangat terkejut dengan apa yang berlaku tadi, hampir saja nyawa mereka melayang. Kini keadaan mereka berdua dengan Minrin yang berada di dakapan Jimin, Jimin memeluknya dengan sangat erat. Mereka berdua saling menatap walaupun masih ada perasaan terkejut di antara keduanya. Dalam beberapa detik, Minrin pun berdiri menjauhkan diri dari Jimin dengan rasa canggung. Jimin pula hanya mampu tersenyum kikuk ke arah Minrin yang sudah memandang tempat lain.
"Kau okay ??" Tanya Jimin. Perasaan risau timbul begitu sahaja apabila melihat wajah pucat Minrin. Minrin hanya menganggukkan kepalanya. Nasib sudah sampai di hadapan rumah Minrin. Kini mereka berdua berada tepat di hadapan rumah minrin.
"Kat rumah kau ada siapa je ?" Soal Jimin.
"Abang aku. Tapi sekarang dia tak ada kat rumah, kerja, outstation." Terang Minrin. Jimin mengangguk faham.
"Owh kalau macam tu, aku tidur rumah kau la harini." Ucap Jimin yang mendapat tatapan terkejut dari Minrin.
"Mwo ?! Andwae." Protes Minrin. Samar-samar kelihatan merah di pipinya, ini tak lepas dari pandangan Jimin. Jimin tersenyum nakal ketika melihat warna samar merah di pipi Minrin.
"Kenapa tak boleh ? Takut ?" Tanya Jimin yang tersenyum sinis.
"Tak, nak takut buat apa." Jawab Minrin walau hatinya sedikit ragu. Melihat senyum sinis Jimin, dia hanya mengumpat beberapa kali dalam hati. Pabo pabo pabo !
"Yelah. Takut aku jadi singa ke malam nanti. Singa kelaparan." Ucap Jimin sambil menahan tawanya melihat wajah Minrin yang sudah berwarna merah jelas. Minrin tau di sebalik ayat Jimin, terselit maksud byuntae.
"Aishh ! Kau jangan macam-macam eh. Memang aku bunuh kau." Ucap Minrin yang merasa kesal, mengundang tawa dari mulut Jimin.
"Ahahahah kau ni. Aku main2 jelah. Aku tak kacau anak dara orang. Ahahah" Ucap Jimin yang mendapat delikan tajam dari Minrin.
"Ah okay2 mianhae. Halah bolehlah eh aku tidur rumah kau harini." Pinta Jimin sambil membuat aegyo di depan Minrin. Minrin hanya mengerutkan wajahnya melihat Jimin.
"Nape kau. Tak boleh." Ucap Minrin ringkas.
"Halahh boleh la pl-"
"Aku cakap tak boleh so tak boleh lah. Andwae" Marah Minrin.
"Ah aku tak kira. Kau tak kasi sudah. Aku tak kisah. Tetap tak akan dapat halang aku. Yang penting malam ni aku tidur juga kat rumah kau." Ucap Jimin yang segera masuk ke rumah Minrin.
Pagar sudah dibuka oleh Minrin beberapa minit tadi. Minrin hanya mendengus geram melihat Jimin. Park Jimin pabo ! Getus hati Minrin.
YOU ARE READING
Shut Up ! You're Mine ! ▷ pjm
Fanfiction▷ Kau ialah milik aku. Sekarang dan selamanya. ▷ Complete [✔]