Hate Or Love
Part 2
Moved In☆♥☆♥☆♥
"I-igeo mwoya?" Mata Bona membulat memandang wajah Yoongi."Beg bajulah." Balas Yoongi lalu menarik beg pakaiannya mendekati pintu.
"Ja-jamkaman Yoongi-ya!" Bona menyambar lengan Yoongi dan membuatkan Yoongi memandang lengannya yang dipegang oleh Bona. Jantung Yoongi mula berdegup kencang.
"Takkanlah?!"
Yoongi mengeluh. "Yes.. Kita akan pindah hari ni."
"Andwae!"
"Yah! Kau boleh tak ikut je?!" Yoongi merengus geram.
"Mwo? Yah.. Kenapa kau beria sangat nak ikut plan diaorang? Hah?" Bona mengalihkan tangannya dari lengan Yoongi.
Yoongi tersentap. "Ka-kau ingat aku nak tinggal dengan kau?!" Yoongi berkata lalu menjeling. Kata hatinya berkata lain yang dia cuba hendak tinggal berdua dengan Bona.
"Then? Kenapa kau setuju?"
"Aku tak boleh nak lawan arahan diaorang.." Balas Yoongi lalu mengalihkan pandangannya kearah lain.
Bona mengeluh. "Aku pun."
"Palliwa.. Sebelum appa nak naik nanti." Yoongi berkata lalu menarik beg pakaiannya.
"Kalau appa naik?" Bona memeluk tubuh.
"Mungkin kau akan dengar bebelan dia macam hari kita pergi beli baju kahwin hari tu. Aku tak nak tolong kau dah." Kata-kata Yoongi membuatkan Bona menelan air liurnya.
Dia masih ingat kejadian itu. Mahu bernanah telinganya mendengar bebelan appanya kerana dia tidak mahu mengikuti Yoongi ke butik pengantin. Mujur Yoongi ada memujuk Mr Lee apabila bebelan Mr Lee sudah hampir 30 minit.
"Aku okay je kalau biarkan appa bebel sampai malam." Yoongi berkata sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. Keningnya terangkat memandang Bona.
"Okay, okay.." Bona mengalah lalu mengemas pakaiannya.
☆♥
Mata Bona tidak lepas memandang halaman rumah baru mereka. Cantik. Ada taman bunga, kolam ikan, kolam renang dan tempat lepak. Bona mula menyukai rumah baru mereka.
"Cantik?" Soalan Yoongi membuatkan Bona memandang kearahnya. Yoongi langsung tidak tersenyum memandangnya. Bona mengangguk laju sambil tersenyum lebar lalu mengalihkan pandangannya kearah kolam ikan.
Yoongi kaku apabila melihat senyuman Bona yang lebar. Buat kali pertama Bona tersenyum begitu padanya. Yoongi tersenyum kecil melihat wajah Bona yang ceria apabila melihat halaman rumah mereka.
'Anything for you.' Yoongi tersenyum lebar.
"Jom masuk!" Bona berkata. Cepat-cepat Yoongi mengalihkan wajahnya.
Kunci rumah dikeluarkan dari poket. Bona menarik beg pakaiannya mendekati Yoongi dengan perasaan yang tidak sabar.
Apabila pintu dibuka, Yoongi dam Bona mula melangkah masuk sambil menarik beg pakaian masing-masing.
"Woah! Lagi cantik dari rumah aku." Bona berkata sambil melihat sekeliling ruang tamu.
"Yah."
Bona terus mengalihkan pandangannya kearah Yoongi yang sedang berdiri di hadapan pintu.
"Ini bilik kau." Bona menarik beg pakaiannya mendekati Yoongi.
"Bilik yang depan ni bilik aku." Yoongi menunding jarinya pada pintu di hadapan pintu bilik Bona.
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...