Hate Or Love
Part 7
Beach☆♥☆♥☆♥
Yoongi mengerling ke arah Bona yang dari tadi tidak bersuara selepas mereka keluar dari hotel.'Malulah tu.' Enjin kereta dimatikan selepas mereka tiba di pantai Busan. Yoongi melangkah keluar dari keretanya lalu merenggangkan tubuhnya selepas lama memandu.
Yoongi memandang Bona yang baru sahaja menutup pintu kereta. "Jom cari chalet dulu." Bona mengangguk setuju.
Selepas menyewa chalet untuk mereka menginap buat satu malam, mereka terus keluar kearah pantai kerana Bona sudah tidak sabar hendak masuk ke dalam air.
"Woah!! Bestnya!" Yoongi duduk diatas pasir sambil melihat Bona yang sedang seronok bermain air.
"Yoongi-ya, marilah sini!" Panggil Bona sambil memercikkan air pantai terrsebut kerah Yoongi.
"Yah, yah, basahlah!" Bona mencebik lalu berlari kearah Yoongi. Tangan Yoongi ditarik menyuruh lelaki itu bangkit berdiri.
"Aku tak nak."
"Haish.. Masuk jelah. Kita dah sampai sini takkan kau tak nak berseronok." Kata Bona lalu menolak tubuh Yoongi masuk ke dalam air. Terbatuk Yoongi apabila air masin itu termasuk ke dalam mulutnya.
"Masin!" Bona ketawa suka melihat wajah Yoongi yang berkerut ketika itu.
Yoongi menatap wajah Bona. "Suka?" Bona terhenti ketawa lalu mengangguk laju. "Tadi malu.." Yoongi tersenyum senget.
Bona tersentak. Air pantai itu dipercikkan lagi kearah wajah Yoongi. "Yah, Lee Bona!"
"Padan muka!" Bona semakin galak memercikkan air pantai tersebut kearah Yoongi. Dia tersentak apabila tubuhnya diangkat. "Yah, turunkan aku!"
"Sireo. Nanti kau buat macam tu lagi." Bona mencebik geram lalu meronta-ronta ingin turun dari Yoongi.
Bona mengeluh. "Yah.. Turunkan aku.. Please." Bona mengerlipkan matanya beberapa kali. Dia mencebik lagi apabila Yoongi menggelengkan kepalanya.
"Yoon---" Tubuh Bona terus dilepaskan kedalam air. Yoongi ketawa suka.
"Yahh!!" Bona memercik air pantai itu. Geram dengan tindakan Yoongi yang sengaja melepaskan tubuhnya begitu sahaja di dalam air. "Tak guna." Bona berhenti dan memandang Yoongi dengan pandangan tajam. Jantungnya berdegup laju apabila melihat Yoongi menguak rambutnya yang basah kebelakang.
"Dah puas?" Soal Yoongi sambil meraup wajahnya.
"I hate you, Min Yoongi!"
Yoongi menjungkitkan bahunya.
"Ish!"
☆♥
"Yah.." Panggil Bona sambil menyilangkan tangannya didada.
"Eung." Yoong sudah berbaring diatas katil. Matanya juga sudah tertutup rapat.
"Kenapa kau tidur sekatil dengan aku?" Soal Bona lalu duduk dibirai katil.
"Suka hati akulah."
"Ish! Macam tak ada jawapan lain."
"Ada." Yoongi membuka matanya. Pandangannya terus bertaut dengan pandangan mata Bona.
"Mwo?"
"Sebab kau isteri aku." Bona berdecit lalu mengalihkan pandangannya.
"Betul ke kau anggap aku ni isteri kau? Atau semua tu lakonan, macam semalam."
"Perlu ke aku jawab?"
"Perlu dan jujur." Jawab Bona lalu memandang tepat anak mata Yoongi.
"Okay." Yoongi bangkit dari pembaringan lalu bersandar dikepala katil. "Apa yang aku cakap semalam, bukan lakonan. Ianya betul. Dan aku nak perkahwinan ni diteruskan."
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...