Hate Or Love
Part 3
Yoo Jiae♥☆♥☆♥☆
Bona terbangun dari tidur lalu bingkas bangun dari pembaringan."Auch!" Bona merenggangkan tubuhnya. "Menyesal betul tak tidur atas katil malam tadi. Sakitnya belakang aku." Adu Bona sambil mengurut lehernya.
"Yoongi dah bangun ke?" Bona menyoal sambil memandang jam yang tergantung di dinding.
Baru sahaja Bona hendak mencari telefonnya, Bona terjerit kecil apabila melihat Yoongi terlena di sofa yang sama dengannya."Bisinglah!" Yoongi berkata lalu membuka matanya sedikit.
"Mian." Bona menyatukan kedua belah tapak tangannya. Bona terus bangun dari sofa dan melangkah kearah bilik tidurnya.
Yoongi membaringkan tubuhnya diatas sofa. Bantal yang dialas kepala Bona tadi diambil dan dipeluk.☆♥
Bona melangkah keluar dari dapur selepas menghidangkan sarapan diatas meja makan.
"Yoongi-ya!!" Jerit Bona didepan telinga Yoongi. Bahu lelaki itu ditampar kuat. Yoongi bingkas bangun lalu menggosok matanya.
"Bangun pun." Bona berkata lalu ketawa."Neo!!" Yoongi terus berdiri lalu memandang tajam kearah Bona.
Bona menjelirkan lidahnya lalu berlari masuk ke dalam dapur.
"Yah! Datang sini balik!" Yoongi berkata dengan perasaan geram. Dia memang pantang kalau ada orang kejutkannya tidur dengan cara kasar."Mwo? Mwo?" Sengaja Bona hendak menaikkan kemarahan Yoongi.
Lelaki itu mengetap gigi menahan geram. Yoongi terus mengejar Bona sekeliling meja makan. Bona berlari keluar dari ruang makan dan berlari ke ruang tamu."Yeogiwa! (Come here). Lee Bona-ya!" Yoongi terus menyambar lengan Bona semasa Bona hendak melarikan diri ke luar halaman. Bona menjerit sambil meronta. Dia tersentak apabila tubuhnya dipeluk dari belakang.
"I got you." Bisik Yoongi di hadapan telinga Bona. Bona kaku.☆♥
"Hi Yoongi!"
Yoongi yang tadi menunduk melihat telefonnya kini mengangkat wajahnya memandang seorang gadis yang sudah lama tak bertemu. "Jiae-ya."
Yoongi bangkit dari kerusi. Senyuman kecil diberikan kepada gadis itu, Yoo Jiae. Jiae mengajak Yoongi berjumpa di cafe kerana mereka susah lama tak bertemu."Yah... Tengoklah awak. Not bad."
Yoongi mengangkat bahunya.
"Ahh~ Saya nak kenalkan chingu saya dari U.S. Eo? Hwamin-ah." Jiae melambai tangannya kearah seorang lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam cafe yang di datangi mereka.
Yoongi memandang kearah lelaki yang melangkah mendekati mereka."Hi. Eo? Dia kah Min Yoongi, kawan baik awak tu?" Soal lelaki dipanggil Hwamin tadi menyoal sambil tersenyum manis.
Soalan Hwamin membuatkan Yoongi tersentap.'Kawan baik?'
"Ne. Maja. Dialah kawan baik yang selalu saya ceritakan pada awak hari tu." Jiae berkata sambil tersenyum. Manakala Yoongi terasa dengan kata-kata Jiae. Adakah gadis itu telah lupa yang mereka masih dalam hubungan sebagai pasangan kekasih?
"Anja. (Sit down)" Jiae menepuk kerusi disebelahnya. Hwamin mengangguk. Kerusi yang ditepuk oleh Jiae tadi diambil.
Yoongi mendiamkan diri memandang Hwamin dan kekasihnya tersenyum dan berbual mesra.
"Yoon---" Belum sempat Jiae hendak memanggil nama Yoongi, percakapannya terpotong apabila telefon milik Yoongi berbunyi menandakan panggilan masuk.'Lee Bona.'
"Jamkaman." Yoongi meminta diri selepas melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Jiae dan Hwamin mengangguk kepala mereka.
Yoongi bangkit dari kerusi cafe dan melangkah keluar daru cafe tersebut.Panggilan dari Bona dijawab. "Eo, wae?" Soal Yoongi selepas menekap telefon tersebut ditelinganya.
"Yoon-yoongi-ya..."
Dahi Yoongi berkerut apabila mendengar suara Bona seperti menahan kesakitan."Neo wae?"
"Pe-perut saya sa-sakit.."
☆♥☆♥☆♥
Hate Or Love
민윤기
To Be Continue..Vote please. And please don't be silent reader guys..🙇🙏
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...