Part 18 : Min Dae Yoon

727 68 2
                                    

Hate Or Love
Part 18
Min Dae Yoon

☆♥☆♥☆♥
 
  
Bona tersenyum apabila dia disapa oleh pekerja-pekerja di syarikat Min. Dia ke sana untuk mengajak suaminya keluar makan tengahari bersama. Pintu pejabat Yoongi dibuka. Bona tersenyum apabila melihat Yoongi sedang duduk dikerusinya dengan mata terpejam.

"Tidurlah tu." Kata Bona dengan nada perlahan. Dengan perlahan-lahan dia melangkah kearah Yoongi. Dia tersenyum lebar lalu memeluk leher Yoongi dan membuatkan tidur lelaki itu terganggu.

"Mwoya..? Haish.." Yoongi mencebik melihat Bona yang sedang tersengih kearahnya. "Apa yang awak buat dekat sini? Awak tu tak sihat. Dah sarat. Nanti awak tiba-tiba nak bersalin, macam mana?"

Bona memuncungkan mulutnya. "Saya nak makan tengahari dengan awak. Dah lama kita tak makan tengahari bersama."

Yoongi tersenyum lalu bangkit berdiri. Belakang tubuh Bona dipaut. Hidung Bona dicuit dan membuatkan gadis itu tersenyum suka. "Nak makan apa?"

"Emm.. Daging stik?"

Yoongi sengaja memasamkan wajahnya. "Malam semalam kita dah makan. Lain?"

"Emm.. Daging panggang?"

"Kenapa daging?" Yoongi menyelak rambut Bona yang terjuntai yang menutupi separuh wajahnya.

Bona menjungkitkan bahunya. "Saya mengidam nak makan daging." Bona mendekatkan jaraknya dengan Yoongi.

Yoongi ketawa kecil apabila perut buncit Bona mengenai perutnya. "Okay. Saya akan bawa awak ke restoran Taehyung."

Bona tersenyum. Rambut hitam Yoongi diusap. "Nampak semakin kacak kalau rambut awak warna hitam."

Yoongi ketawa kecil. "Well.. Tengoklah suami siapa?" Manakala Bona menggulingkan matanya.

"Meogeo kaja! (Let's go eat.)" Yoongi tersenyum melihat wajah ceria Bona. Dia mencium dahi Bona sekilas sebelum mencapai telefonnya yang terletak diatas meja. Mereka berdua melangkah bersama keluar dari bangunan syarikat milik keluarga Min.

☆♥

1 year later...

Jiae tersenyum sinis kearah Yoongi yang sedang berdiri berhadapan dengannya.

"Nampaknya syarikat kita seri dalam pusingan ni." Kata Yoongi sambil tersenyum sinis juga.

Jiae menganggukkan kepalanya perlahan. "Selamat berjaya ke peringkat seterusnya, Encik Min." Jiae menghulurkan sebelah tangannya untuk berjabat tangan tetapi Yoongi tidak menyambut tangannya malah hanya memandang kosong tangannya.

"Sombong. Okay, fine." Jiae menurunkan tangannya kembali. Baru sahaja Yoongi ingin melangkah keluar dari bilik mesyuarat, Jiae mematikan langkahnya. "Comel anak lelaki kau. Dah lama aku tak jumpa Bona."

Yoongi memusingkan tubuhnya menghadap Jiae kembali. "Jangan ganggu keluarga aku."

"Okay. Macam aku janjikan dengan kau tahun lepas, aku takkan ganggu keluarga kau selagi pertandingan ni tamat. And remember, aku akan hancurkan syarikat kau. Aku tak kisah kalau aku tak dapat kau, tapi aku akan rampas syarikat kau dan syarikat Lee." Jiae tersenyum sinis lalu menyilangkan tangannya di bawah dadanya.

"Gila." Yoongi terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat tanpa menghiraukan Jiae. Telefonnya dikeluarkan lalu mendail nombor Bona.

"Hi, sayang. Saya baru habis meeting. Awak dan Daeyoon dah siap?" Yoongi tersenyum apabila mendengar suara anak lelakinya. Dia terus melangkah keluar dari bangunan besar lalu mendekati keretanya.

☆♥

"Daeyoon-ah, buka mulut." Anak kecil itu mengikuti arahan appanya. Dia tersenyum lebar selepas sesudu bubur sudah masuk ke dalam mulutnya.

[Completed] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now