Hate Or Love
Part 14
Fever☆♥☆♥☆♥
Yoongi mengelap rambutnya yang basah sambil melangkah mendekati katil. Dia menatap Bona yang sedang tidur dalam posisi menirap. Belakang tubuh Bona yang terdedah terpamer bintik-bintik merah kegatalan dibelakang tubuhnya akibat termakan sup yang mengandungi seafood malam semalam. Yoongi memanjat naik keatas katil. Belakang tubuh Bona yang tidak ditutupi selimut diusap dan berjaya membuatkan gadis itu membuka matanya. Berkerut dahi Yoongi semasa menyentuh kulit gadis itu.
"Yoongi-ya?" Bona memejamkan matanya kembali.
"Lewat kau bangun. Selalunya kau bangun awal dari aku."
"Uhm." Bona sekadar berdehem sahaja. Matanya tidak dibuka.
"Kau demam ke?" Soal Yoongi sambil menyentuh dahi dan leher Bona. "Kan aku dah kata."
"Uhm." Bona menarik selimut sehingga menutupi kepalanya.
"Bangun mandi." Belakang tubuh Bona ditepuk perlahan.
"Sireo." Balas Bona dengan suara tenggelam timbul.
"Ireona." Selimut yang menutupi kepala Bona ditarik. Rambut Bona yang berserabut menutupi wajah Bona diselak.
"Janganlah ganggu aku." Kata Bona menepis perlahan tangan Yoongi.
"Yah, kau tak sihat. Bangun dan bersihkan diri." Kata-kata Yoongi langsung tidak diendahkan oleh Bona. "Bangun sebelum aku angkat kau masuk dalam bilik mandi." Ugut Yoongi tetapi ia masih tidak diendahkan oleh Bona. Yoongi turun dari katil lalu memusingkan tubuh Bona. Tubuh kecil Bona terus diangkat dan membuatkan Bona terjerit.
"Mwoya..?!" Bona terjerit kecil pabila Yoongi terus mengangkat tubuhnya. Leher Yoongi dipeluk erat.
"Pegang selimut tu." Mendengar kata Yoongi, Bona terus menahan selimut yg menutupi tubuhnya dari terlurut. Wajah Bona membahang. Dia menyembamkan wajahnya dibahu Yoongi.
"Nak aku mandikan kau?" Yoongi mengangkat sebelah keningnya.
"Yah.." Bahu Yoongi dipukul dan membuatkan lelaki itu ketawa kecil.
☆♥
Bona menggenggan erat hujung selimut. Tubuhnya menggigil menahan sejuk walaupun tubuhnya sudah dibaluti selimut tebal. Bona membuka matanya apabila merasakan dahinya dilekatkan dengan benda sejuk.
"Aku ganggu kau ke?" Soal Yoongi sambil membetulkan selimut Bona. Gadis itu menggeleng perlahan.
"Kau tak kerja ke hari ni?" Soal Bona dengan nada perlahan.
Yoongi menggeleng. "Kau kan tak sihat. Tak ada sesiapa nak jaga kau nanti." Bona hanya mendiamkan diri mendengar kata Yoongi.
"Kau ada nak apa-apa?" Soal Yoongi sambil menatap wajah pucat Bona.
"A-aku sejuk." Bona terus memejamkan matanya rapat. Giginya diketap menahan sejuk.
"Aku dah pasang pemanas tadi." Dahi Bona disentuh. "Yaa. Semakin panas tubuh kau." Kata Suga lalu menyentuh leher Bona.
"Jom ke klinik?" Bona menggeleng. "Aku call doktor?" Kali ini gadis itu mengangguk perlahan.
Selepas membuatkan panggilan, Yoongi terus merebahkan tubuhnya disisi Bona. Dia masuk ke dalam selimut tebal itu lalu memeluk tubuh Bona.
"Y-ya.. Nanti kau berjangkit dengan aku." Kata Bona dengan suara tenggelam timbul.
Yoongi menggeleng. "Aku takkan berjangkit. Aku susah jatuh sakit." Katanya lalu mengeratkan pelukan ditubuh Bona. Gadis itu tidak membalas apa-apa. Yoongi tersenyum apabila merasakan Bona menyembamkan wajahnya ke dadanya. Tanpa Yoongi sedari, Bona tersenyum lebar. Tubuhnya berasa sedikit hangat.
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...