Hate Or Love
Part 5
Shy☆♥☆♥☆♥
Yoongi menggosok dan membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya matahari yang terang menerangi bilik tidurnya. Yoongi memandang ke sisi, tiada sesiapa disebelahnya. Yoongi memandang kearah pintu biliknya apabila terdengar bunyi pinggan kaca berlaga. Lantas dia bangkit dari pembaringan dan turun dari katil. Kakinya mula melangkah kearah pintu bilik. Yoongi mencari kelibat Bona di dapur. Kelihatan gadis itu sedang menyapu jem diatas roti.Menyedari kedatangan Yoongi, Bona terus mengangkat kepalanya. Mata mereka tertembung dan membuatkan Bona berasa gugup. Pipi mula merona merah apabila teringat yang lelaki itu sudah menganti bajunya malam semalam.
Yoongi berdehem apabila melihat Bona masih memakai baju tidurnya. Kakinya melangkah mendekati meja makan dimana Bona berada. Kerusi berhadapan Bona ditarik.
"Kau..." Yoongi memandang wajah Bona sekilas. "Perut kau dah okay?" Soal Yoongi janggal.
Bona menundukkan wajahnya sambil mengangguk. "N-ne."
"Baguslah." Balas Yoongi. Teko yang berisi kopi diambil dan dituang ke dalam cawan yang sudah tersedia dihadapannya.
"Igeo." Bona meletakkan dua keping roti yang sudah disapu jem dihadapan Yoongi. Dia masih malu hendak mengangkat wajahnya dan memandang wajah lelaki dihadapannya. Yoongi berdehem lalu mengambil roti tersebut dan digigit.
"Go-gomawo." Kunyahan Yoongi terhenti apabila mendengar ucapan dari mulut Bona. Dia memandang Bona yang masih tertunduk itu.
Yoongi tersenyum kecil. "Ne." Kunyahan diteruskan sebelum dia menggigit roti itu lagi.
☆♥
Bona yang sedang membaca buku terus mengalihkan pandangannya kearah pintu biliknya yang dibuka oleh Yoongi.
"Tak reti nak ketuk, eh?" Yoongi menggulingkan matanya lalu melangkah mendekati Bona yang duduk menyandar dikepala katil.
"Nak apa?" Soal Bona. Tanpa berkata apa-apa, Yoongi terus merebahkan tubuhnya diatas katil Bona dan membuatkan gadis itu membulatkan matanya.
"Neo wae?"
"Shutt. Bagi aku berehat sekejap." Kata Yoongi. Bona dapat mengagak yang lelaki itu baru sahaja pulang dari pejabatnya kerana ditubuh lelaki itu masih tersarung baju kemeja.
"Pergilah masuk bilik awak. Kenapa masuk rehat dalam bilik saya?"
"Suka hati akulah." Bona mendengus geram. Dia tahu dia akan kalah kalau berlawan mulut dengan lelaki itu. Dia menyambung membaca bukunya dan menghiraukan lelaki yang berambut kelabu itu.
Yoongi tersenyum kemenangan apabila Bona mendiamkan diri. Entah kenapa dia berasa hendak melihat gadis itu selepas pulang dari pejabatnya.
Selepas 20 minit membaca, Bona terus menguap dan menutup bukunya. Jam baru menunjukkan pukul 5 petang. Dia memandang kearah wajah lena Yoongi.
Bona mengemamkan bibirnya lalu mendekati Yoongi. Dia membaringkan tubuhnya disebelah Yoongi. Wajah lelaki itu diteliti. Tangannya mula menyentuh rambut Yoongi."Selama aku kenal kau, aku tak pernah tengok rambut kau warna hitam. Asyik tukar je warna rambut." Kata Bona dengan nada perlahan supaya tidak mengejutkan lelaki itu.
Jarinya mula menyentuh kening Yoongi lalu turun ke hidung. Bona tersenyum kecil. Jantung mula berdegup laju apabila jarinya berhenti dibibir lelaki itu. Lama dalam keadaan begitu, baru sahaja Bona hendak mengalihkan jarinya dari bibir Yoongi, jarinya terus digigit."Ahhh!!!" Dada Yoongi ditampar. Yoongi melepaskan jari Bona lalu ketawa suka.
"Yah!" Bahu Yoongi pula menjadi sasaran tapak tangan Bona.
"Suka?" Dahi Bona berkerut memandang Yoongi yang masih dengan tawanya. Yoongi menundingkan jari kearah bibirnya dan membuatkan pipi Bona mula merona merah.
"A-aku nak masak." Baru sahaja Bona mahu bangkit dari pembaringan, Yoongi lebih pantas lalu naik ke atas tubuh Bona.
"Yah, Min Yoongi!" Bona menolak kedua belah bahu Yoongi tetapi malangnya tidak memberi apa kesan.
"Cakap jelah kau suka." Bona mencebik geram. Jantungnya bagai terhenti apabila Yoongi terus mendekatkan wajahnya dengan wajah Bona. Hidung mereka bersentuhan.
"M-mwohaneungoya?" Soal Bona sambil mencengkam baju kemeja milik Yoongi.
Yoongi tersenyum sinis. "Aku baru tahu yang kau cantik bila tengok dari jarak macam ni." Pipi Bona merona merah.
"Stop it, Yoongi." Bahu Yoongi ditampar. "Boleh tak lepaskan saya?"
"Boleh. Lepas kau beri apa yang aku nak." Kata Yoongi dengan nada separa berbisik.
"Apa kau nak?" Soal Bona dengan perasaan gugup. Dia tidak mampu untuk memandang mata Yoongi.
"Aku nak kau." Membulat mata Bona lalu menatap mata Yoongi. Lelaki itu sudah tersenyum sinis.
"Michin!" Tubuh Yoongi ditolak sekuat hati tetapi malangnya lelaki itu semakin menindih tubuhnya. "Kau beratlah, Yoongi!"
"Mana ada." Balas Yoongi dengan nada berbisik.
"Yah, turun dari aku!"
"Beri dulu apa yang aku nak."
"Gila ke?!"
"Memang aku gila. Gila dekat kau."
"Yah! Kau demam ke ap---" Belum sempat Bona hendak menghabiskan ayatnya, bibirnya terus melekat dibibir Yoongi. Bona tergamam. Matanya memandang mata Yoongi. Jantung mereka mula berdegup laju.
'Aku cintakan kau, Lee Bona.'
☆♥
"Makanlah." Bona meletakkan pinggan nasi dihadapan Yoongi. Lelaki itu berdehem sebagai respon. Bona mengambil tempat duduk dihadapan Yoongi. Kedua mereka makan malam tanpa bersuara selepas kejadian petang tadi.
"Yah.." Panggil Yoongi.
"Eung."
"Teman aku keluar malam esok."
"Mwo?"
☆♥
Bona mengikuti langkah Yoongi dari belakang. Selepas pulang dari pejabat, Yoongi terus membawa Bona keluar ke pusat beli-belah.
"Kita nak beli apa dekat sini?" Soal Bona selepas melangkah bersebelahan dengan Yoongi.
"Beli baju kita untuk malam ni." Jawab Yoongi sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. Matanya memandang butik-butik pakaian yang terdapat disitu.
"Sebenarnya kita nak kemana malam ni?" Akhirnya soalan yang berada difikiran Bona dikeluarkan.
"Majlis hari jadi kawan aku."
"Kawan kau? Tak naklah aku pergi." Kata Bona. Dia tersentak apabila Yoongi menarik lengannya.
"Boleh tak kau ikut aku." Yoongi memandang Bona dengan pandangan tajam manakala Bona memandangnya dengan riak wajah yang kosong.
"Perlu ke?" Soal Bona.
"Perlu."
"Sebab?"
"Sebab aku nak kenalkam isteri aku dekat kawan-kawan aku. Dah, tutup mulut kau dan ikut aku." Kata Yoongi lalu melangkah masuk ke dalam salah satu butik yang menarik perhatiannya. Manakala Bona tergamam.
'Kenalkan aku? Perlu ke?' Bona mendengus geram lalu melangkah masuk ke dalam butik dimana Yoongi berada.
☆♥☆♥☆♥Hate Or Love
민윤기
To Be Continue...
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfic"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...