Part 4 : This Is Love?

819 81 0
                                    

Hate Or Love
Part 4
This Is Love?

☆♥☆♥☆♥

  
Yoongi memapah Bona keluar dari klinik dan mereka melangkah bersama perlahan kearah kereta Yoongi.

"Macam mana boleh tersalah makan? Kau makan apa tadi?" Soal Yoongi selepas mereka berdua sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Aku makan makanan yang kau beli pagi tadi." Balas Bona dengan nada lemah kerana perutnya masih terasa sakit.

"Haish.. Arasseo." Yoongi mula menekan pedal minyak dan memandu pulang ke rumah mereka.

"Wasseo." Kata Yoongi sambil menanggalkan tali pinggangnya. Tiada balasan dari Bona. Yoongi mengangkat kepalanya memandang Bona. Gadis itu sudah terlena. Yoongi terus membuka pintu keretanya dan melangkah keluar. Pintu rumah dibuka sebelum dia kembali keretanya semula.

Pintu disebelah Bona dibuka. Tali pinggang Bona ditanggalkan. Yoongi tersentap apabila tersedar yang wajahnya sangat hampir dengan wajah Bona. Hidung mereka tersentuh membuatkan jantung Yoongi berdetup laju.

Tanpa Yoongi sedar, dia meletakkan bibirnya dibibir Bona. Jantungnya semakin laju berdegup. Yoongi menjauhkan bibirnya dari bibir Bona. Diteliti wajah Bona dari dekat. Buat kali pertama dia melihat wajah Bona yang sangat hampir sebegini. Tubuh Bona diangkat perlahan-lahan dan dibawa keluar dari keretanya.

Sampai sahaja dihadapan bilik Bona, tombol pintu dipulas.

"Kunci?" Yoongi mengeluh. Tubuh Bona dibawa masuk ke dalam biliknya. Perlahan-lahan tubuh Bona diletakkan diatas katilnya.

"Ahhh." Yoongi tersentap apabila Bona mengaduh sakit. Berkerut dahi gadis itu menahan sakit diperutnya. Tangan Bona menggenggam erat baju diperutnya.

Yoongi mengusap rambut Bona yang menutupi dahi keatas. Dahi Bona berpeluh itu dilap menggunakan tangannya.

"Mian." Ucap Yoongi mula berasa serba salah melihat Bona sedang menahan sakit perutnya. Yoongi membaringkan tubuhnya disebelah Bona. Tangannya ditongkat agar dia dapat melihat wajah Bona.

'Aku rasa aku tahu siapa yang aku cinta.' Getus Yoongi yang tak lepas meneliti wajah Bona.

Mata Yoongi tertumpu kearah bibir Bona.'Tak salah kan cuba?' Yoongi mendekatkan wajahnya dengan wajah Bona. Bibirnya dilekatkan dibibir Bona. Jantungnya berdegup laju lagi. Yoongi menjauhkan bibirnya. Dia memegang bibirnya sendiri. Hatinya mula berasa tenang apabila dapat mencium gadis dihadapannya.

Yoongi tersentap apabila telefon miliknya bergetar kuat. Dia terus mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.

'Jiae'

Melihat nama yang tertera di skrin telefonnya, Yoongi terus bangkit dari pembaringan dan turun dari katil. Kakinya mula melangkah kearah sliding door biliknya.

"Yoongi-ya." Yoongi sekadar berdehem sahaja. Belakang rambutnya digosok kasar.

"Awak kemana? Kenapa pergi macam tu je? Nasib baik Hwamin ada temankan saya." Yoongi menjengkilkan matanya apabila nama Hwamin disebut.

"Yoongi-ya, awak dengar tak? Esok kita keluar makan lagi, okay?"

"Molla. Kalau aku malas, aku tak pergi." Kata Yoongi dengan nada malas.

"Yah.. Jangan macam tu. Kita lama dah tak berbual."

"Jiae-ya. Aku ada hal ni. Aku letak dulu." Kata Yoongi kerana hendak meletakkan panggilan tersebut. Dia mula berasa menyampah kerana setiap perbualan tadi dia dapat mendengar suara Hwamin.

"Ne, annyeong. Jumpa esok, ya." Kata Jiae sebelum Yoongi menekan butang merah tanpa membalas apa-apa.

Yoongi melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya semula sambil menutup sliding door biliknya. Matanya terus memandang tubuh Bona yang sedang terbaring diatas katilnya. Dia melangkah mendekati katil lalu membaringkan tubuhnya seperti posisi tadi. Dahi Bona yang berpeluh dilap.

"Kau demam ke?" Soal Yoongi perlahan, tetapi tidak menganggu Bona yang masih lena. Dahi Bona dirasa menggunakan tapak tangannya. Panas sedikit.

☆♥


Bona membuka matanya perlahan-lahan. Suasana bilik tersebut kelihatan gelap dan hanya cahayakan lampu tidur disisi katil. Berkerut dahinya memandang biliknya yang terlalu asing baginya.

Bona memandang ke sisinya. Dia terkejut melihat Yoongi tidur disebelahnya dengan posisi miring menghadapnya. Tubuhnya dan tubuh lelaki itu tidaklah sangat jauh dan tidaklah sangat dekat. Lelaki itu tidur beralaskan lengannya manakala sebelah tangan lelaki itu menggenggam tangannya.

Lama menilik wajah Yoongi, jantung Bona mula berdegup laju apabila dia cuba mendekati tubuh lelaki itu. Tubuhnya dijauhkan.

Dia melihat tangannya masih digenggam oleh tangan Yoongi. Bona terperasan ada sehelai tuala kecil dibawah tangan mereka.

Pipi Bona mula merona merah apabila dia terperasan yang dia tidak memakai baju yang dia pakai siang tadi. Kini tersarung sehelai baju tidur yang besar ditubuhnya. Yang paling mengejutkan apabila melihat baju tidur itu tidak dibutang dibahagian atas dadanya. Tangannya terus menggenggam baju tidur dibahagian atas dadanya. Dia menoleh ke sisinya semula melihat wajah Yoongi yang masih lena tidur.

"Haish.." Bona mengeluh perlahan lalu memejam erat matanya.

     
  
   
    
☆♥☆♥☆♥

Hate Or Love
민윤기
To Be Continue...

No Silent Reader !

[Completed] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now