Part 20 (Final Part) : It's Over ?

1K 87 28
                                    

Hate Or Love
Part 20 ( Final Part )
It's Over ?

☆♥☆♥☆♥
  
  
"Cheers!" Bunyi gelas berlaga bergema di ruang mesyuarat di bangunan syarikat Min.

"Akhirnya kita menang dalam pertandingan ni." Kata Tuan Lee lalu memeluk bahu rakannya dari sisi. Tuan Min hanya ketawa sambil menganggukkan kepalanya.

"Maja! Kamu berdua dah buat yang terbaik!" Kata Tuan Min sambil tersenyum lebar memandang Yoongi dan Bona.

"Aniyo, abeoji. Saya baru je kerja sebulan dekat sini. Terima kasih pada Yoongi, dia yang selama ni dah uruskan banyak benda." Kata Bona sambil tersenyum. Dia memandang Yoongi sambil tersenyum manis. Lelaki itu membalas senyumannya.

"Aigoo~ Tak sia-sia kita kahwinkan diaorang!" Kata Tuan Lee sambil ketawa suka.

"Appa.." Bona terus menunduk malu. Dia mengangkat kepalanya kembali apabila merasakan bahunya dipeluk dari sisi. Yoongi tersenyum lebar memandangnya.

"Saya nak hadiah malam ni." Bisik Yoongi dihadapan telinga Bona.

"Yaa.." Dada Yoongi ditolak perlahan dan membuatkan Yoongi ketawa kecil.

☆♥

"Daeyoon? Dia tengah makan." Kata Bona selepas memandang anak tunggalnya yang sedang mengunyah biskut dengan sendirinya.

"Yaa.. Awak tak patut call saya semasa awak tengah memandu." Kata Bona lalu mengalihkan telefonnya ke telinga kiri.

"Saya rindu awak dan Daeyoon." Kata Yoongi dan membuatkan Bona ketawa kecil.

"Aigoo~ Baru tiga hari awak tak balik, Daeyoon asyik panggil awak. Macam mana majlis dekat sana? Best?" Soal Bona sambil melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan dengan Daeyoon. Manakala Yoongi yang sedang memandu, ketawa kecil.

"Okay. Tapi lagi best kalau awak dan Daeyoon ikut."

"Nak buat macam mana Daeyoon demam. Kalau tak, saya akan ikut awak." Yoongi mengangguk sambil tersenyum.

"Yaa.." Panggil Bona.

"Emm?"

"Saya ada berita gembira untuk awak."

"What is it?"

"Saya akan beritahu bila awak sampai dekat rumah."

"Arasseo.. I love you." Ucap Yoongi.

"I hate you." Kedengaran Bona ketawa kecil ditalian. "But I love you more." Yoongi tersenyum. Senyumannya terus mati apabila melihat sebuah kereta meluncur laju kearahnya dan melanggar kereta yang dipandunya.

Manakala Bona bangkit berdiri selepas mendengar bunyi pelanggaran tersebut. "Min Yoongi?!!"

☆♥

Bona menyentuh tangan Yoongi dengan perlahan. Air matanya tidak berhenti dari mengalir. Semakin laju air matanya turun apabila melihat wajah Yoongi yang penuh dengan kesan luka.

"Yoongi-ya.. Ireona.."

Tuan dan Puan Min yang berdiri dihadapan pintu hanya memandang sayu kearah pasangan itu. Tuan Min terus memeluk tubuh isterinya apabila wanita itu mula teresak.

☆♥

"Puas hati kau?" Soal Bona sambil memandang tajam kearah Jiae yang sedang baring diatas katil hospital. Tangan gadis itu digari dikepala katil. Tangan dan kaki Jiae dibalut. Bukan itu sahaja, kepalanya juga turut dibalut. Ya, dialah orang yang melanggar kereta yang dipandu oleh Yoongi.

Jiae tersenyum sinis. "Belum lagi."

Baru sahaja Bona ingin menyerang Jiae, bahunya ditahan oleh Namjoon dan Seokjin yang turut ke wad Jiae bersama Bona.

"Mari kita keluar." Ajak Seokjin dengan nada lembut.

"Kau patut terima balasan yang setimpal, Jiae. Kau akan meringkuk di dalam penjara but masa yang lama." Kata Namjoom sebelum memusingkan tubuhnya kearah pintu. Dia dan Seokjin membawa Bona keluar dari wad Jiae.

Jiae ketawa sinis tetapi tidak lama. Tawanya ditukar dengan esakan.

☆♥

6 year later....

Bona meletakkan sejambak bunga dihadapan sebuah makam. Dia tersenyum kecil lalu mengemamkan bibirnya.

"Terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya, Min Yoongi. Saya takkan lupakan awak." Wajah-wajah ceria Yoongi mula berlegar-legar didalam kepalanya.

"Saya rindukan awak. Kami rindukan awak, Yoongi." Air matanya tidak dapat ditahan lagi.

"I hate you but I love you more."

☆♥

"Omma! Mana daging panggang Yoon?!" Laung budak lelaki yang berusia 7 tahun itu dari dapur.

"Ada dekat atas meja." Bona melangkah masuk ke dalam dapur selepas menyidai pakaian dihalaman kediaman mereka sekeluarga.

"Eobseo.." Daeyoon menunding jarinya kearah meja makan. Kosong. Tiada apa-apa diatas meja.

"Ne? Omma letak dekat atas meja tadi. Macam mana..." Percakapan Bona terhenti. Dia mencekak pinggangnya lalu memandang anak sulungnya.

"Min Daehyun!"

"Ehe.." Muncul seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun dari sebalik dinding dengan sekeping daging panggang ditangannya. Min Dae Hyun, bayi itu wujud sebelum Yoongi meninggalkannya. Dia tidak sempat untuk memberitahu tentang kandungannya pada lelaki itu.

"Hyun-ah! Tu daging hyung!" Kata Daeyoon lalu menyilangkan tangannya didada. Daehyun melangkah perlahan-lahan mendekati ommanya.

"Hyun-ah, bagi hyung kamu daging tu. Tadi Hyun dah makan, kan?" Pujuk Bona dengan nada lembut. Dia tersenyum lebar apabila pujukannya membuatkan Daehyun menghulurkan daging ditangannya kepada Daeyoon.

"Hyun bagi dekat hyung?" Soal Daeyoon ingin kepastian.

"Eung.." Daehyun mengangguk sambil tersengih.

"Tak apalah. Hyun ambillah daging tu." Kata Daeyoon sambil tersenyum.

"Aigoo~" Bona mengusap rambut lebat Daeyoon. "Nanti omma panggang lagi untuk kamu."

"Ne, omma. Hyun-ah, kaja!" Daeyoon terus berlari keluar dari dapur. Bona memandang anak bongsunya yang sedang mengunyah daging di dalam mulutnya. Daehyun memandang Bona lalu tersengih comel.

"Hyun-ah!!" Panggil Daejoon dan membuatkan Hyun terus berlari keluar dari dapur meninggalkan Bona.

"Mereka memang tak ubah macam awak, Yoongi." Kata Bona sambil tersenyum.

"Omma! Aunty Junghae datang!" Laung Daeyoon dari ruang tamu.

"Ne! Omma datang!"
  
  
  
  
☆♥☆♥☆♥

Hate Or Love
민윤기
The End

The End... Sorry ending tak menarik😔 Thank you siapa yang vote fanfic ni😘 Love you guys...

Vote ?

No Silent Reader !
 

New FanFic publish !

I Love You [Byun Baekhyun]

Byebye !
 
  

-BunnyLee

24.11.2016

[Completed] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now