Hate Or Love
Part 11
You Make Me Crazy☆♥☆♥☆♥
Yoongi mengeluh. Hampir sebulan dia duduk di rumah. Kakinya hampir sembuh. Kini dia berjalan tanpa menggunakan tongkat.
Yoongi melangkah perlahan-lahan menghampiri pintu bilik tidur Bona tanpa menggunakan bantuan tongkatnya. Pintu bilik diketuk."Ne?" Kedengaran suara Bona dari dalam bilik.
"Aku ni."
"Masuklah. Tak kunci pun." Selepas mendengar kata Bona, Yoongi terus memulas tombol pintu bilik tidur Bona.
"Reti pun nak ketuk pintu." Kata Bona yang sedang menirap diatas katil. Yoongi menggulingkan matanya.
"Mwo? Betullah apa aku kata, selama ni kau main terjah je masuk dalam bilik aku." Kata Bona lagi sambil memerhati Yoongi yang sedang mula melanglah mendekatinya dikatil dengan perlahan-lahan. "Yah, kau patut duduk berehat. Doktor kata kaki kau tak pulih sepenuhnya lagi."
"Aku bosanlah. Lepas makan tengahari kau terus masuk bilik kau. Petang nanti baru kau keluar. Jadi, aku pergilah bilik kau." Kata Yoongi lalu melabuhkan punggungnya perlahan-lahan dibirai katil Bona. Gadis itu hanya mendiamkan diri. Matanya tidak lepas memandang wajah Yoongi.
"Kau tak bosan ke duduk dalam bilik selalu?" Soal Yoongi sambil melihat sekeliling bilik Bona.
Bona menggeleng perlahan lalu melarikan pandangannya. "Tak."
Suasana mula sepi. Bona sibuk dengan telefonnya sambil diperhatikan oleh Yoongi. "Aku... Minta maaf."
Dengar ayat itu, Bona terus memandang wajah Yoongi. "Ne?"
Yoongi memandang anak mata Bona. "I'm sorry."
Dahi Bona berkerut. "For what?"
"Because always embarrass you in front of people. I'm terribly sorry." Balas Yoongi lalu menundukkan kepalanya.
Bona seakan tidak percaya. Dia tidak percaya Yoongi yang dia kenal seorang yang sombong, pemarah, menjengkelkan dan selalu membuat hatinya sakit itu meminta maaf kepadanya secara ikhlas.
"A-apa kau cakap ni?"
"Aku menyesal sebab sakitkan hati kau dulu. Aku menyesal sebab malukan kau. Bukan sekali tapi selalu." Kata Yoongi dengan nada lembut. Wajah Bona ditatap.
"Kau demam ke?" Bona bangkit dan duduk bersila. Dahi Yoongi disentuh. Tidak puas hati merasa suhu di dahi Yoongi, dia ingin merasa suhu leher lelaki itu pula. Belum sempat tangannya menyentuh leher Yoongi, lelaki pantas memegang pengelangan tangannya dan membuatkan niatkan terhenti. Mata mereka saling bertentangan dan membuatkan jantung masing-masing berdegup laju.
"I love you." Tubuh Bona bagaikan terkena renjatan elektrik apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut Yoongi walaupun lelaki itu sering menyebut ayat itu.
"I... really love you." Ucap Yoongi lagi lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Bona dan membuatkan jantung Bona berdegup laju lagi. Yoongi menelan perit air liurnya saat hidungnya tersentuh dengan hidung Bona. Dia memandang mata Bona seketika sebelum mendaratkan bibirnya dibibir Bona.
Tak lama itu, Yoongi mengalihkan bibirnya. Dahinya ditekap dengan dahi Bona. "Kau masih bencikan aku?" Soal Yoongi dengan nada perlahan. Kedua belah tangannya menggengam kedua tangan kecil Bona.
"Eung." Balas Bona perlahan sambil mengangguk kecil. Pandangannya beralih memandang kedua belah tangannya.
"Geure. Aku takkan putus asa untuk buat kau jatuh cinta dekat aku." Kata Yoongi lalu menjauhkan wajahnya.
'Aku memang dah jatuh cinta dekat kau, Yoongi.' Getus hati Bona sambil menatap Yoongi yang baru sahaja berdiri.
"Aku nak tidur. Sorry ganggu kau." Kata Yoongi lalu melangkah perlahan ke arah pintu bilik Bona.
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfic"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...