Hate Or Love
Part 6
Party☆♥☆♥☆♥
Yoongi memandang jam tangannya lalu bangkit dari sofa. Dia mula melangkah kearah pintu bilik tidur Bona."Yah, cepatlah sikit." Kata Yoongi sambil mengetuk pintu bilik tidur itu.
"Jamkaman. Ada masalah sikit." Balas Bona dari dalam bilik.
"Masalah apa pula? Jangan cakap kau tak nak ikut!" Kata Yoongi lalu mengetap giginya. Dia mengundur setapak ke belakang apabila pintu bilik itu dibuka.
"Kan aku dah janji tadi, aku akan ikut kau. Janji kau kena bawa pergi pantai esok." Kata Bona sambil memeluk tubuhnya.
Yoongi mengangkat keningnya. "Jadi, apa masalah kau sebenarnya?" Soal Yoongi.
"A-aku.."
"Apa?"
"Zip gaun aku tersekat." Kata Bona perlahan.
"Biar aku tolong." Bona tersentak. Lama dia berfikir, dia menunduk lalu memusingkan tubuhnya. Manakala Yoongi menelan perit air liurnya melihat kulit belakang Bona yang putih. Tangannya berketar menolong zip gaun merah jambu Bona. "Siap. Jom."
☆♥
Bona memandang hotel bertaraf tinggi dihadapannya. Dia memandang kearah Yoongi yang sedang mencuba membutangkan butang atas baju kemejanya. Kedua belah tangan Yoongi dialihkan lalu dia menolong lelaki itu. Dibiarkan sahaja jantungnya yang sedang berdegup laju ketika itu. Dia tahu yang dirinya sedang perhati oleh suaminya.
"Done." Bona kemudian tersentak apabila tangannya digenggam.
"Jom masuk." Yoongi memimpin tangan Bona melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Masuk sahaja di dalam dewan luas hotel itu, kedatangan mereka disambut oleh enam orang rakan Yoongi.
"Yoongi hyung! Datang pun! Jimin ingatkan hyung tak nak datang." Kata Jimin sambil membuat muka comelnya.
"Hyung kenalah datang. Kamu kan adik kesayangan hyung." Balas Yoongi dengan nada lembut. Mendengar nada percakapan lembut Yoongi seperti itu, Bona tidak dapat mengalihkan pandangannya dari Yoongi.
"Ini isteri hyung?" Soal Namjoon sambil tersenyum.
Yoongi membalas soalan Namjoon dengan anggukan dan senyuman. Bahu Bona dipeluk dari sisi. "Ini.. Isteri kesayangan hyung, Lee Bona."
Bona tersentak. 'Ini lakonan ke apa?'
"Yeppeunna.. Patutlah hyung jarang lepak dengan kita sekarang." Bona menunduk malu apabila dirinya menjadi tumpuan rakan-rakan suaminya.
"Happy birthday Jimin-ah." Suara lembut seorang perempuan membuatkan mereka berlapan memandang kearah pemilik suara tersebut.
"Jiae-ya, annyeong." Sapa Seokjin sambil tersenyum kecil.
"Eo? Yoongi-ya, saya ingatkan awak takkan datang." Kata Jiae. Matanya tertumpu pada tangan Yoongi yang berada di bahu Bona.
"Aku akan datang kalau majlis tu majlis kawan-kawan aku." Balas Yoongi tanpa senyuman. Wajahnya dibuat dingin.
"N-nuguya?" Soal Jiae sambil memandang wajah Bona.
"Hyung tak beritahu dia lagi ke?" Bisik Jungkook dihadapan telinga Taehyung. Taehyung membalas dengan gelengan.
"Sorry saya lambat." Kata Hwamin yang baru sahaja muncul. Yoongi menghela nafas lega.
"Jimin-ah, dah tiba masa untuk potong kek." Kata Puan Park sambil membawa memeluk lengan anak lelakinya.
Jimin mengangguk. "Hyung kaja. Jimin nak semua naik dengan Jimin. Termasuk nuna." Kata Jimin sambil tersenyum kepada Bona.
"N-naega?" Jimin mengangguk laju.
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...