Hate Or Love
Part 13
I Want Close With You☆♥☆♥☆♥
Bona terjerit kecil apabila merasakan pinggangnya dipeluk dari belakang. Pinggan ditangan diletakkan di dalam sinki sebelum dia memusingkan tubuh menghadap suaminya.
"Kau dah kenapa?" Soal Bona lalu memeluk tubuhnya.
Yoongi menjungkitkan bahunya. "Saja. Aku suka peluk kau." Tangan Bona ditarik kuat dan membuatkan gadis itu terlanggar tubuhnya. Tubuh Bona terus sahaja dipeluk.
"Yah, lepaslah!" Bona cuba menolak tubuh Yoongi tetapi ia tidak berhasil apabila lelaki itu memperkemaskan pelukan ditubuhnya.
"I hate you." Kata Bona lalu memandang tajam mata Yoongi. Dia tergamam apabila bibirnya dicium sekilas.
"I love you too." Balaa Yoongi sambil mengenyitkan matanya. Dahi Bona dicium sekilas sebelum dia mula melangkah keluar dari dapur.
Selepas kelibat Yoongi hilang disebalik dinding, Bona terus memegang dadanya. Jantung mengepam dengan laju. "Ini gila..."
☆♥
Bona membuka matanya perlahan. Tidurnya terganggu apabila merasakan usapan lembut dipipinya. "Yoongi-ya?"
Yoongi tersenyum kecil. Dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Bona. Dahi Bona dicium seketika.
"Kau selalu tak sambut aku bila aku balik dari kerja." Kata Yoongi sambil tangannya menyentuh sebelah pipi Bona.
"Perlu ke?" Soal Bona lalu memejamkan matanya kembali.
"Perlu."
"Sebab?"
"Sebab aku suami kau." Selepas mendengar kata Yoongi, Bona membuka matanya kembali. Matanya terus bertembung dengan mata Yoongi. Jantung Bona mula berdegup laju apabila Yoongi mendekatkan wajahnya. Bibirnya dicium lembut oleh Yoongi.
'Aku tak boleh tewas kali ni.' Bona mengemamkan bibirnya. Dia tersentak apabila bawah dagunya dicengkam perlahan dan membuatkan mulutnya terbuka sedikit.
'Tak guna.' Bona menolak-nolak bahu Yoongi tetapi tiada hasil. Deringan telefon bimbit milik Yoongi mula kedengaran tetapi ia diendahkan oleh lelaki itu. Bona menolak kuat bahu Yoongi dan ia berjaya membuatkan ciuman itu terlerai. Nafas mereka tidak teratur.
"Jawab telefon tu." Kata Bona dengan nafasnya yang tak teratur.
"Malas." Balas Yoongi ringkas sebelum dia menyambar leher Bona pula.
"Y-yah! Geumanhae!" Bona menolak-menolak lagi bahu Yoongi ingin menjauhkan dirinya dan pada masa yang sama menghentikan perbuatan Yoongi yang hampir membuatkan dirinya tewas. Bona terjerit kecil apabila Yoongi mengigit kulit lehernya.
"Y-yah!" Bona menahan dirinya dari mengeluh. Kawasan sensitif yang boleh membuatkannya tewas itu semakin galak dicium oleh Yoongi. "Y-yoongi-ya." Bona menggigit bibir bawahnya. Tak lama itu, Bona menghela nafas lega apabila telefon bimbitnya pula berdering.
"Y-yoongi-ya, saya nak jawab telefon ni." Kata Bona. Tangannya menggenggam kuat baju kemeja Yoongi apabila merasakan nafas Yoongi ditelinganya.
"Tak penting pun." Bisik Yoongi dihadapan telinga Bona. Ia berjaya membuatkan bulu roma Bona meremang. Lehernya disambar oleh bibir Yoongi kembali. Kali ini dia tidak tahan daripada mengeluarkan suara. Dan akhirnya dia tewas buat kali kedua.
☆♥
Bona mengeringkan rambut menggunakan tuala kecil. Telefon bimbitnya diambil lalu dia duduk dibirai katil. Telefon bimbitnya dibuka. Membulat matanya melihat 20 lebih misscall dari Junghae.
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...