Part 16 : Hate Or Love ?

749 66 2
                                    

Hate Or Love
Part 16
Hate Or Love ?

☆♥☆♥☆♥

"I........"

"Ini makanan dan minuman yang dipesan tadi." Percakapan Bona terpotong apabila dua orang pelayan muncul.

"Sh*t..." Yoongi mencarut perlahan apabila percakapan Bona terpotong. Namun ia dapat didengar Bona kerana jarak mereka dekat. Bona memandang wajah Yoongi dengan pandangan tajam.

"Mwo?" Dengan wajah yang polos, Yoongi menyoal.

"Selamat menjamu selera." Serentak dua orang pelayan itu berkata.

"Ne, gomawo." Ucap Bona dengan senyuman lebar. Manakala Yoongi terus menyedut minumannya. Selepas kelibat dua orang pelayan itu hilang hilang dari pandangan, Bona memandang Yoongi kembali dengan pandangan tajam. "Yaa... Mulut tu memang tak berubah ehh."

"Whatever. Ahh~ Kau tak sambung lagi apa yang kau nak cakap tadi. 'I..' what?"

"Erk.. Boleh kita makan dulu?" Bona cuba mengalih topik.

"Yaa.. 'I' what? I hate you? Ingat apa aku kata sebelum ni?"

"Yoongi-ya, boleh kita makan dulu? Aku dah betul-betul lapar." Kata Bona sambil menggosok perutnya. Dia berharap sangat Yoongi tidak bercakap tentang hal ini sekarang.

"Geure." Yoongi menolak pinggan nasi kehadapan Bona. "Makan kenyang-kenyang." Rambut Bona digosok sebelum dia memusingkan tubuhnya kehadapan. Bona menghela nafas lega. Dia tersengih sebelum mencapai sudu sup.

♥☆

Bona masih tidak dapat melelapkan matanya. Didalam fikirannya berserabut. Dia mahu meluahkan perasaannya terhadap Yoongi, tetapi mulutnya bagaikan berkunci setiap kali dia ingin meluah. Bona mengiringkan tubuhnya menghadap Yoongi. Wajah lena dan tenang Yoongi membuatkan Bona tersenyum. Perasaan bencinya terhadap lelaki itu juga semakin menghilang.

"I love you." Ucap Bona dengan nada berbisik. Dia menggigit bibir bawahnya. 'Kenapa aku tak boleh nak sebut ayat tu bila dia tak tidur?!' Matanya dipejam erat. Geram kerana dia tidak dapat menyebut ayat itu semasa Yoongi tidak tidur. Hampir setiap malam dia menyebut ayat itu walaupun lelaki itu sudah terlena.

"Haish." Bona membuka matanya dan merenung siling putih bilik tidurnya yang kini berkongsi bersama Yoongi.

"Awak lapar ke?" Bona tersentak. Dia terus menoleh ke sisinya. Yoongi sedang menggosok kedua belah matanya.

"S-saya buat awak terjaga ke?" Kata Bona dengan kekok. Dia masih tidak dapat biasakan diri untuk bercakap formal dengan Yoongi.

"Saya dengar awak mengeluh tadi."

"J-jinjja? Mianhae. Sambunglah tidur." Kata Bona sambil tersenyum hambar.

Yoongi menggeleng. "Awak lapar kan?"

"Ne?" Bona menyentuh perutnya. Ya, dia mula berasa lapar. Bona mengangguk perlahan.

"Kaja." Yoongi terus bangkit dari pembaringan diikuti Bona.

"Awak nak kemana?" Laju Bona menyoal apabila melihat Yoongi sudah turun dari katil.

"Teman awak makan. Kaja." Sebelah tangannya dihulurkan kepada Bona.

"Gwenchanha. Saya boleh makan sorang-sorang. Lagipun, esok awak kerja." Balas Bona dengan sopan.

Yoongi tersenyum sambil menggeleng. "Saya takkan biarkan awak sorang-sorang."

Lama Bona merenung tangan Yoongi, akhirnya dia menyambut tangan Yoongi dan turun dari katil.

♥☆

[Completed] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now