Hate Or Love
Part 9
Not A Dream☆♥☆♥☆♥
Bona menyentuh tangan Yoongi yang terdapat kesan luka. Matanya beralih pada wajah Yoongi yang juga terdapat kesan calar dan luka. Lelaki itu masih tidak sedarkan diri selepas keluar dari bilik rawatan."Sabar ya, sayang." Kata Puan Min sambil menggosok bahu Bona. Puan Min mengalihkan pandangannya kearah Puan Lee dan Junghae yang berdiri ditepi katil, berhadapan dengan mereka.
"Dia tak mabuk, kan?" Soal Tuan Lee yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad Yoongi bersama Tuan Min.
Baru sahaja Bona ingin membuka mulutnya, Junghae memintas. "Oppa tak mabuk." Mendengar kata Junghae, mereka semua terus memandang kearahnya.
"Jung kebetulan lalu dekat situ dengan Yuju, then nampak oppa keluar dari kereta dan berbual dengan Jiae. Oppa kemalangan sebab selamatkan Jiae. Perempuan tu cuai sebab tak tengok kiri dan kanan." Jelas Junghae. Dia menyilangkan tangan. Dia tersenyum sinis ketika mengingati kejadian semalam dimana Jiae langsung tidak menolong abang iparnya selepas dilanggar, malah gadis itu berlari meninggalkan tempat kejadian.
"Jiae? Dia masih berjumpa lagi dengan budak tu?" Soal Tuan Min dengan nada dingin. "Dah banyak kali saya pesan jangan jumpa dengan budak tu, saya tak suka." Puan Min mendekati suaminya lalu mengusap belakang Tuan Min bagi menenangkannya. Sememangnya pasangan Min tidak menyukai Yoongi berkawan dengan Jiae kerana pasangan Min dan pasangan Yoo pernah bermusuhan kerana syarikat.
"Bertenang, Han. Sekarang kita tunggu Yoongi sedar." Kata Tuan Lee. Tuan Min mengangguk perlahan sebelum mengeluh berat.
☆♥
Bona terjaga dari tidurnya apabila merasakan kepalanya diusap. Dia mengangkat kepalanya.
"Y-yoongi-ya?!" Membulat mata Bona melihat Yoongi sudah sedar. Lelaki itu tersenyum kecil kearahnya.
"J-jamkaman, aku panggil doktor sekejap." Kata Bona lalu bangkit berdiri. Dia melangkah laju kearah dari wad Yoongi. Yoongi tersenyum kecil sebelum menutup matanya kembali.
☆♥
"Macam mana, sayang? Dah rasa okay?" Soal Puan Min sambil menyentuh kedua belah pipi anak lelakinya yang duduk bersandar dikepala katil. Yoongi tersenyum sambil memejamkan matanya. Kepalanya dianggukan.
"Kaki kamu akan sembuh tak lama lagi. Buat masa ni kamu kena jalan pakai tongkat. Dan buat masa ni kamu tak perlu pergi kerja selagi kaki kamu tak sembuh." Yoongi mengangguk lagi. Dia memandang kaki kanannya yang berbalut.
"Yoongi-ya, sarapan dulu." Kata Bona sambil menggaul bubur yang dibawa oleh Puan Min tadi. Yoongi mengangguk.
"Nak makan sendiri atau suap?" Soal Puan Min sambil menuang air kosong ke dalam gelas. "Kalau nak suap, Bona boleh suapkan."
Yoongi memandang Bona. Pandangan mereka bertaut. Bona mengemamkan bibirnya apabila melihat Yoongi tersenyum nipis. "Arasseo."
Bona duduk disisi katil sambil menggaul bubur yang masih panas itu. Puan Min dan Yoongi hanya tersenyum melihat Bona.
"Omma nak balik. Dongsaeng kamu duduk dekat rumah sorang-sorang, kesian dia." Kata Puan Min sambil mencapai beg tangannya yang terletak di hujung katil. Dia sengaja mahu pulang awal kerana mahu anak lelaki dan menantunya berduaan di dalam bilik itu.
"Ne. Hati-hati, Eomeoni." Kata Bona. Dia tersenyum ketika dahinya dicium oleh Puan Min.
"Hati-hati, omma." Kata Yoongi pula selepas dahinya pula dicium.
"Ne, annyeong." Puan Min mula melangkah kearah pintu wad. Selepas pintu wad ditutup, Bona terus mendekatkan sudu bubur tersebut ke mulut Yoongi.
"Panas." Bona menggulingkan matanya lalu meniup bubur tersebut sebelum mendekatkan kembali sudu ke hadapan mulut Yoongi. Yoongi menerima suapan Bona lalu tersenyum nipis. Manakala Bona menjeling tajam kearahnya.
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...