Hate Or Love
Part 12
You Are Mine☆♥☆♥☆♥
"Yoongi-ya." Bahu Yoongi digoncang dan membuatkan tidur lelaki itu terganggu."Hmm?"
"Ireona." Bona menegakkan tubuhnya lalu memeluk tubuh.
"Dah masa makan malam ke?" Soal Yoongi sambil menggosok matanya.
"Bukan tu." Balas Bona dan membuatkan Yoongi memandangnya.
"Habistu?" Dahi Yoongi berkerut.
"Your lovely girlfriend is coming." Jawab Bona dengan nada sinis.
"Mwo?"
☆♥
Yoongi memeluk tubuh sambil memandang ketempat lain. Dia tidak mahu memandang wajah gadis yang duduk berhadapannya.
"Kenapa kau datang?" Soal Yoongi sambil menggosok pucuk hidung. Dia memandang wajah Jiae sekilas.
"Aku rindu kau."
Yoongi tersenyum sinis. "Mana boyfriend yang kau sayang tu? Dah lari balik U.S?" Soalnya.
Jiae tersentak. "Nugu?" Soalan Jiae membuatkan Yoongi ketawa sinis. "Maksud kau Hwamin?"
"Ingat pun." Balas Yoongi lalu memandang Jiae dengan pandangan sinis.
"Wait, kau dah----"
"Salah faham?" Yoongi berdecit. "Aku tahu apa yang dah berlaku antara kau dan dia." Kata Yoongi dan membuatkan Jiae berdebar. Mereka berdua mengalihkan pandangan kepada Bona yang baru sahaja tiba dengan dua cawan kopi.
"Kau dah tidur dengan dia, kan?" Jiae dan Bona terkejut dengan soalan Yoongi. Hampir sahaja cawan ditangan Bona hendak terlepas. Dia memandang wajah Jiae yang sudah pucat.
"Dia tunang kau, kan?" Soal Yoongi. Dia dapat melihat mata Jiae sudah berketar.
"W-wait Yoongi. Aku boleh jelaskan."
"Korang berdua mabuk? Walaupun kejadian tu dah berlaku, kau masih keluar minum dengan dia hampir setiap malam." Kata Yoongi lalu ketawa sinis.
"Ma-mana kau tahu semua ni?" Soal Jiae gugup.
"Thanks pada Namjoon, rakan sekelas kau." Jiae tersentak. Dia sudah terlupa yang rakan karib Yoongi, Kim Namjoon juga menyambung pelajaran ditempat yang sama dengannya.
"Dia dah lama tahu tentang ni dan sengaja tak nak beritahu aku supaya aku tak sedih. Sebenarnya, aku tak rasa sedih atau terkejut pun lepas dia beritahu semua tu. Aku tahu kau seorang yang suka minum. Kalau kau dah mabuk memang susah nak hentikan, hanya aku sorang je tahu macam mana nak hentikan kau. Aku dah agak, benda pasti akan berlaku." Kata Yoongi panjang lebar. Dua gadis itu hadapannya memandangnya tidak berkelip. Jiae sudah menitis air matanya lalu menundukkan wajahnya.
"Aku terpaksa bertunang dengan Hwamin sebab orangtua kami dah tahu yang kami dah tidur bersama." Kata Jiae dengan teresak.
"Aku tahu. Dahlah..." Yoongi bangkit berdiri sambil diperhati oleh Bona. "Kau patut balik dekat dia. Jangan cari aku lagi. Aku dah berkahwin dan aku tak nak ada hubungan dengan kau lagi. Aku dah bahagia sekarang dan aku tak perlukan kau lagi." Kata Yoongi dan membuatkan Jiae mengangkat kepala memandangnya.
"Yoongi-ya."
"Baliklah. Dah malam. Aku tak boleh hantar kau macam selalu." Kata Yoongi lalu melangkah meninggalkan ruang tamu.
Bona mengihkan pandangannya pada Jiae yang sudah tersedu-sedu menangis. "Awak patut balik. Dah malam." Kata Bona dengan nada lembut.
Jiae mengangkat kepalanya. "Nampaknya Yoongi betul-betul dah berubah." Jiae memandang Bona. "Dia tak macam ni dulu. Dia bukan Yoongi yang saya kenal lagi."
YOU ARE READING
[Completed] Hate Or Love
Fanfiction"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" • "Kenapa kau tolong aku, Bona?" "Because I hate you." • "Kenapa kau tolong aku, Yoongi?" "Because I love you." • "...