Part 19 : Work

673 62 2
                                    

Hate Or Love
Part 19
Work

☆♥☆♥☆♥


Yoongi melangkah mendekati yang berdiri Bona di jendela.

"Jiae jumpa awak tenghari tadi?" Soal Yoongi sambil menyilangkan tangannya didada. Dia memandang Bona dengan pandangan tajam.

Bona memandang Yoongi dengan pandangan terkejut. "Macam mana awak..."

"Jiae datang ke pejabat saya petang tadi. Dia kata dia jumpa awak dan Daeyoon dekat pasaraya."

Bona mendengus kecil lalu memandang keluar jendela. "Syarikat kita bersaing dengan syarikat Yoo, kan?"

"Emm.."

"Saya ingat saya nak tolong syarikat kita." Kata Bona tanpa memandang wajah Yoongi.

"Tak perlu. Awak tak perlu tolong." Yoongi terus menarik Bona kedalam pelukannya. Dahi Bona dicium seketika.

"Tapi saya---" Percakapan Bona terhenti apabila Yoongi meletakkan jari telunjuknya dibibir Bona.

"Saya tak nak dengar." Dagu Bona ditolak keatas. Bibir Bona terus dicium.

"Omma!!"

Yoongi melepaskan ciuman apabila kedengaran Daeyoon mula meraung. Dia mendengus kasar. "Budak tu.."

Bona terus menampar bahu Yoongi. "Yaa, dia anak awak." Bona mula melangkah menuju kearah pintu. Manakala Yoongi mengeluh lalu mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Rambut hitamnya diraup ke belakang.

☆♥

"Mian, Yoongi-ya. Abeoji akan suruh seseorang hantar dokumen tu ke pejabat kamu. Abeoji ada meeting mengejut dengan appa kamu selepas ni." Kata Tuan Lee di talian.

"Gwenchanha, abeoji. Gamsahamnida." Yoongi terus menamatkan panggilannya bersama bapa mertuanya itu selepas lelaki itu meminta diri.

Tok! Tok! Tok!

Yoongi memandang kearah pintu pejabatnya. "Masuk." Pandangannya diturunkan keatas kertas kerjanya.

"Hai, sayang." Mendengar suara itu, Yoongi terus mengangkat kepalanya. Matanya membulat memandang gadis yang sedang melangkah mendekatinya dimeja.

"J-jagiya.."

Bona tersenyum manis lalu menghulurkan dokumen yang dikatakan oleh Tuan Lee tadi.

Yoongi memandang dokumen ditangan Bona lalu memandang Bona dengan pandangan tajam. "Awak memang degil."

"Hehe.." Bona tersengih.

"Daeyoon macam mana?" Soal Yoongi apabila mengingati anak tunggal mereka.

"Saya hantar dekat Yoonhee. Memandang dia tengah cuti."Jawab Bona sambil tersenyum.

Yoongi mengangguk faham. Matanya memandang Bona dari atas hingga ke bawah. "Nice." Yoongi tersenyum senget sambil mengenyitkan matanya pada Bona.

"Yaa.."

☆♥

Bona fokus meneliti kertas kerjanya. Dia bertekad untuk menolong syarikat keluarganya dan keluarga Yoongi.

"Macam mana kerja?" Soal Tuan Lee sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat anak sulungnya. Kerusi yang disediakan dihadapan meja Bona ditarik.

Bona tersenyum sambil menatap wajah appanya. "Okay."

"Mulai sekarang kamu akan mengambil bahagian yang sama macam Yoongi."

"Tapi appa..."

"Appa percayakan kamu dan Yoongi. Appa tak larat nak lakukan semua ni serentak. Han ada Yoongi untuk tolong dia dekat syarikat. Sekarang appa ada kamu yang dapat tolong appa dekat syarikat." Kata Tuan Lee lalu menarik hidung Bona.

[Completed] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now