Aku berdiri di hadapan sebuah cermin yang sebesar manusia dan menggayakan kot yang baru saja disiapkan oleh tukang jahit ternama.Sungguh puas hati aku mengenakan kot tersebut.Saiznya yang begitu padan dengan susuk tubuhku yang agak tegap dan sasa.Jahitan yang kemas dan tidak menampakkan kedutan juga.Setelah puas hati dengan kot itu,aku pun memakai kasut kulitku.Berkilat sungguh kasutku kerana aku mengarahkan orang suruhanku untuk menggilapnnya.Aku mestilah dalam penampilan yang segak dan kemas untuk hari ini.
"Tuan Amirul,tuan sudah bersiapkah?",aku terdengar ketukan di pintu bilikku dan diselangi suara seseorang.
"Sebentar lagi saya akan keluar.Kamu tunggu sahaja di dalam kereta",arahku.
"Baiklah".
Setelah semuanya nampak elok dan kemas,aku pun keluar dari bilikku dan menuju ke keretaku.
"Selamat pagi tuan Amirul.",aku disambut dengan ucapan selamat pagi daripada pembantuku Haiqal.
"Selamat pagi juga Haiqal.Mari kita bergerak segera ke Tigalap."
"Baik tuan".
Dewan Masyarakat Penduduk Tigalap
"Sudahkah kamu menyiapkan teks bagi ceramahku,Haiqal?"
"Sudah Encik.Ianya berada di dalam pil memori.Saya letakkan pil memori itu di dalam poket baju encik."
Aku pun menyeluk poket baju dan memang terdapat pil memori di dalamnya.Aku pun mengambil pil tersebut dan menelannya.Selang bebarapa saat,otakku berdenyut dan kini di dalam ingatanku mengandungi teks ceramah yang disediakan Haiqal.
"Hadirin dan hadirat sekalian.Berdirinya saya di sini bukanlah untuk menawarkan janji-janji palsu sepertimana yang diperkatakan oleh pihak kerajaan.Berdirinya saya di sini untuk menegakkan kebenaran,keadilan dan kemakmuran.Sesebuah negara haruslah berada di bawah tonggak pimpinan yang adil dan saksama bukannya seperti pihak kerajaan yang membolot hasil ekonomi kita untuk kepentingan mereka sendiri.Kadar cukai yang semakin lama semakin tinggi sehingga melampaui batas.Rakyat terjejas dengan kadar cukai yang melampau ini.Hasil pertanian kita setiap tahun meningkat tapi pulangannya tidak mendapat untung dan tidak membuahkan hasil.Kemana perginya keuntungan hasil jualan tanaman-tanaman.Hadirin dan hadirat sekalian...."
Aku memandang muka-muka penonton yang sedang mendengar ceramah politikku.Begitu fokus mendengar apa yang aku ucapkan.Aku dapat rasakan ceramahku telah berjaya menawan hati penonton dan aku sungguh berpuas hati.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sambil menyusun kata untuk menyambung semula ceramahku.
"Kita semua tahu sistem pemerintahan beraja berkuasa mutlak sudah berkurun lamanya memerintah negara Debumi ini.Tapi,pemerintahan ini seakan-akan sudah lapuk dan tidak searus dengan era pemodenan berteknologi kini.Negara kita kini di bawah cengkaman kuku besi.Permaisuri yang kita sering daulatkan juga merupakan dalang utama yang memecahbelahkan perpaduan di antara kita.Seperti yang kita sendiri boleh lihat dengan mata kasar terdapat perbezaan darjat yang juga mewujudkan jurang perpaduan.Yang kaya bersama dengan golongannya dan yang papa bersama dengan setarafnya.Bilangan si kaya meningkat tapi bilangan penduduk yang papa kedana melebihi daripada nilai maksimum yang sepatutnya.Ekonomi lumpuh dan perpaduan terhakis.Rakyat merana dan golongan atasan bergembira dengan harta rasuahnya.Jadi,saya menyeru anda semua yang berada di sini bangkit bersama saya untuk meruntuhkan institusi beraja yang sedia ada dan membina sebuah pemerintahan yang baru di bawah pimpinan Parti Kiri yang sehaluan dengan keperluan dan kehendak rakyat.Inilah impian Parti Kiri.
Untuk menubuhkan kerajaan yang baharu yang lebih terpimpin dan menaikkan semula reputasi negara Debumi.Saya memerlukan sokongan kalian untuk bersama-sama merealisasikan impian kami untuk manfaat semua.Sokonglah Parti Kiri.Aku lalu mengangkat tangan kiriku dan menunjukkan tiga jari iaitu jari telunjuk,tengah, dan manis sebagai simbolik menyokong Parti Kiri.Dan penonton juga berdiri dan menunjukkan tiga jari sebagai sokongan mereka kepada Parti Kiri.Ceramahku sudah mempengaruhi minda mereka.
YOU ARE READING
Legasi 2020
Science FictionSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.