Melankolika

100 2 0
                                    

Seorang.Kini ku seorang.Semalam ku berteman.Kini,tinggal seorang.

Kematian ibuku menjadi buah mulut orang ramai sehingga sekarang sudah seminggu ibu meninggalkan ku tetapi berita kematiannya mengejutkan dunia.Siapa sangka kejadian bunuh diri dilakukan oleh salah seorang insan yang paling pemurah di atas muka bumi ini.Tetapi kejutan mereka tidak dapat mengalahkan kejutan yang aku alami.Mengapa perlu bunuh diri?Adakah ibu selama ini mempunyai perasaan yang terpendam yang tidak pernah diceritakan kepadaku.

Aku berkabung seketika dan sebulan lamanya aku tidak aktif. Aku hanya berada di rumah dan melayankan emosi. Ibu pernah nasihat, "kehendak seseorang pergi bukankah baik keperluan mereka untuk dilepaskan".

Aku masih perlu melunaskan janji aku kepada ibu yang aku akan menjadi orang yang paling berpengaruh di Debumi. Aku mengambil telefon dan menghubungi Haiqal. Masa untuk meneruskan perjuangan.

Hari ini aku mengadakan perjumpaan bersama Sarjan Sedius.Aku ingin melakukan itu secepat mungkin.

"Tuan Amirul,atuk saya sudah tiba."
"Jemput dia masuk",arahku kepada Haiqal.

"Selamat petang Encik Amirul."
"Selamat petang Sarjan.Gembira dapat bertemu lagi."
"Sebelum itu saya ingin mengucapkan takziah buat Encik Haiqal."
"Terima kasih.Jemput duduk."

Sarjan Sedius melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan mejaku.

"Mengapa ingin berjumpa saya?"
"Awak tahu apa cita-cita saya, betul tak Sarjan?"

Di atas meja terhidang teko berisi kopi hangat, beberapa cawan porselin, mangkuk gula dan susu beralaskan dulang.

Aku menuangkan kopi ke dalam cawan.

"Sarjan minum kopi?"

Dia angguk.

"Gula?"
Dia angguk.

"Susu?"
"Cukup. Saya suka kopi saya begini. Baunya sudah memikat."

Aku meletak kembali krimer. Aku mengacau perlahan kopi menggunakan sudu agar gulanya larut.

*Ting ting ting ting*
Bunyi lagaan sudu bertemu cawan. Berpusar-pusar gelombang yang terbentuk dalam cawan itu. Aku memegang tangan Sarjan dan membantunya memegang piring lapik cawan. Aku meletakkan kopi yang telah siap dibancuh di atas piring.

"Silakan Sarjan. Hati-hati. Masih panas."

"Terima kasih ya. Maaf jika menyusahkan kamu sahaja."

Aku hanya melihat Sarjan menghembus-hembus kopinya dan wap yang terbias dek ditiup Sarjan.

"Cita-cita kamu agak besar. Mustahil tidak tapi jalannya mencabar."

"Saya perlu melaksanakannya juga. Sistem beraja di bawah pimpinan kerajaan kerabat Agnesia sudah lapuk. Bahkan bukan sahaja lapuk, ia bersifat kuku besi dan berat sebelah."

Tangan kiri Sarjan menyentuh-nyentuh permukaan meja di hadapannya. Dia meletakkan cawan setelah beberapa hirup.

"Sebelum aku beritahu kamu sesuatu, aku mahu tahu dulu. Apa persiapan kamu untuk menjatuhkan institusi beraja ini?", nada dia tegas kali ini.

"Kuasa rakyat. Hanya rakyat sahaja boleh menggulingkan kerajaan." Aku mendapat inspirasi ini daripada sejarah tertubuhnya negara Bara Sukma.

"Ilham kamu ini mesti daripada Panglima Azam." Kata aku terpotong. Mata aku membulat kagum yang Sarjan dapat tahu Sumner inspirasiku.

"Benar. Kisah seorang panglima menyelamatkan bangsanya daripada cengkaman Raja Putih yang zalim ketika itu. " Sarjan hanya tersenyum. "Jadi kamu mesti tahu usaha menumbangkan kerajaan Putih itu Panglima Azam mengambil masa selama". "40 tahun, ya saya tahu itu. Tapi saya cukup yakin yang ini hanya memerlukan setahun sahaja."

"Ouh maksud awak 9tahap kuasa."
"Ya.Saya ingin tahu mengenainya.Saya dapat rasa awak juga mempunyainya kerana kelayakan untuk menjadi askar ialah mestilah mempunyai tanda 9kuasa."
"Dahulu saya memang salah seorang pemilik sembilan kuasa.Tapi kini tidak."

Aku menjadi bingung dengan jawapannya.Bagaimana pemegang sembilan kuasa boleh kehilangannya.

"Kalau kamu mahu tahu akan sejarahnya,aku akan ceritakan lebih mendalam tentang sembilan kuasa."

Pada zaman pemerintahan pertama,empat orang raja berkuasa sakti telah menggabungkan kuasa mereka untuk memerangkap seekor raksaksa yang ingin menghancurkan dunia.Apabila keempat-empat kuasa raja ini digabungkan,air dan api digabungkan menjadi kurungan dan angin serta kilat menyambar- nyambar kurungan tersebut lalu tanah menelan kurungan bersama raksaksa itu.Daripada situ,raksaksa itu kini diperangkap di bawah tanah tetapi diramalkan raksaksa tersebut akan bangkit semula.Kuasa raksaksa tersebut telah dibahagikan kepada sembilan dan diserap oleh keempat raja tersebut dan kuasa itu diwarisi turun temurun."

Mendengar sejarah 9kuasa daripada Sarjan membuatkan aku makin teruja.

*Cerita makin melalut.Bz tapi in sha allah still update.*

Legasi 2020Where stories live. Discover now