9. Pertemuan Semula

45 2 0
                                    

Serang!!!
Pertumpahan darah berlaku di istana permaisuri.Kami berentap dengan tentera Debumi yang menghalang kami daripada mengambil alih istana.Kami terus berasak.Pedang Sarjan Sedius tidak berhenti membilah.Setiap musuhnya dibelah.Askar aku masih lagi bertenaga untuk melawan tentera Debumi.Aku dapat cium bau kemenangan.Meriam mula ditembak ke arah kami tetapi pelurunya semua dapat ditangkis.Tentera-tentera Debumi makin berkurang jumlahnya dan semakin lemah.Struktur tembok istana mula goyah.Dengan sekali gegar daripada kuasa tenteraku, tembok itu pun runtuh dan menimbus sekali semua tentera Debumi yang berada di atasnya.

"Mara ke hadapan.Takluki istana sekarang", jeritku.

Berlari-lari askarku menuju ke hadapan.Apa saja yang menghalang kemaraan kami akan dibunuh.
Tentera-tentera Debumi mula berkeliaran melarikan diri apabila melihat kemaraan kami.Kini,tiada siapa dapat menghentikan kami.

"Lihatlah apa yang ada di sini?".

"Amirul , hati-hati".

Bebola api besar menghala padaku dibelah oleh Sarjan Sedius.Bulat mataku melihat kejadian itu.

"Masih lincah lagi wahai Sedius?"
Berjalan menghampiri kami seorang lelaki mengenakan seragam merah di badannya sambil bertepuk-tepuk tangan.

"Ethena?"
Muka Sarjan agak sedikit pucat melihat kemunculan lelaki itu.

"Saya agak kagum dengan apa yang kamu semua cuba lakukan di sini. Hahahaha tapi sekarang semuanya sudah berakhir. Aku Benteng Api Ethena sudah muncul untuk menghalau kalian."

"Ethena.Kau dibawah pimpinan Permaisuri Intan sekarang.Rugi saja bakat yang kau peroleh dengan bekerja di bawah beliau."

Aku mengarahkan tenteraku mengepung Ethena.
Tiba-tiba dengan sekelip mata,

"Aaaaaahhhhhhh api"
"Panaasssss"
Tenteraku yang mengepungnya dijilat api dan dipanggang hidup-hidup.

Ethena itu merupakan pengamal ilmu kitab api.
Dia juga merupakan salah seorang daripada benteng pertahanan istana yang terdiri daripada empat orang.

"Amirul .Kita mesti mengarahkan tentera kita berundur."

"Pantang undur dipertengahan perang.Kita boleh kalahkan Ethena ini."

Ethena menerpa ke arah kami. Serangannya ditepis oleh Sarjan Sedius menggunakan pedangnya.Kini, Ethena dan Sarjan Sedius berentap.

"Larikan diri Amirul . Mereka bukannya lawan yang mudah."

"Fokus pada lawan awak Sarjan. Itu apa yang diajar awak pada saya dulu", Ethena menyerang balas serangan daripada Sarjan Sedius yang ketika itu sedang leka.

Aku melihat kepayahan Sarjan Sedius dalam menangani Ethena. Aku mencapai senapang bunyi yang terselit dipinggangku. Aku memfokuskan targetnya pada kepala Ethena. Aku memberikan sepenuh perhatian dan mengumpulkan keyakinanku. Dengan perlahan, aku menarik picu senapangku dan sedas tembakan bunyi meluru ke arah targetnya.

"Aku berjaya menembak kepalanya", tembakan itu tepat mengenai kepalanya sehingga meletup menjadi serpihan dan terbakar. Tunggu sekejap,hasil daripada tembakan itu sepatutnya tidak mendatangkan kebakaran. Lebih menghairankan, jasad tidak berkepala Ethena masih tegak berdiri.

Clap clap clap clap
Jasadnya kini sedang bertepuk-tepuk tangan. Api yang membakar pada kawasan kepalanya berkumpul dan membakar marak sehingga membentuk kembali muka si Ethena.

"Kamu ingat begitu mudah untuk mengalahkanku?"
Dia membuat satu bebola api menggunakan tangannya dan kemudian melemparnya kepadaku.
Bola api itu kini semakin mendekatiku. Apakah ini penamat buat diriku? Adakah perjuanganku berakhir sampai di sini saja. Bola mataku daripada hitam bertukar merah melihat sinaran api yang bakal membinasakanku. Aku menutup mataku dan menunggu saat kematianku.

Selang 10 saat berlalu, aku tidak merasakan tubuhku dijilat api tetapi bagaikan ada sesuatu yang baru sahaja melindungku daripada terkena serangan api tersebut. Aku membuka mataku dengan perlahan.

"Sarjan!!!!!"
Tubuh seorang yang amat ku kenali dihadapanku sedang hangus dijilat api dan separuh daripada bahagian badannya telah hancur impak daripada serangan api yang mengenainya.

"Pe.....pe....per....pergi.."
"Pergi dari sini sekarang!!!!"
Sarjan yang dalam keadaan nazak menjerit kepadaku membuatkan aku akur dengan perintah akhir nafasnya. Aku berlari meninggalkan istana tersebut. Berlari menyelamatkan diri.

"Sarjan,sarjan,sarjan. Kau hanya membazirkan nyawa kau sahaja menyelamatkan pemuda itu. Selamat tinggal guru."

"Aku juga pernah membazirkan nyawaku menyelamatkan kau Ethena. Selamat tinggal."


Legasi 2020Where stories live. Discover now