2.Pangkat

153 3 0
                                    

Pengerusi Parti Kiri,Den Asgard bersama naib pengerusinya Bill Ad sedang berbincang di rumah agam Parti Kiri.

"Parti Kiri kini sudah dikenali ramai oleh masyarakat umum.Pendaftaran untuk menjadi ahli Parti Kiri juga mendapat sambutan yang menggalakkan"dengan riak yang bangga Den Asgard menghisap cerutnya.

"Ini semua atas jasa Amirul,Tuan Pengerusi.Anak kepada Madam Isabell itu meraih populariti melalui ceramah politiknya.Orang ramai begitu berminat dengan gaya penyampaian ceramah Amirul yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar"Bill Ad juga sedang menghisap cerut.

"Apakah jawatan yang dipegang oleh Amirul,Bill?"

"Dia seorang setiawan,pengerusi."

"Ohh.Kalau begitu saya ingin menaikkan jawatannya ke Orang Kanan awak.Adakah awak bersetuju dengan cadangan saya Bill?"

"Saya tidak kisah.Amirul juga seorang yang berdedikasi dan berdisiplin.Jadi,saya rasa tiada masalah untuk bekerjasama dengan Amirul."

"Kalau begitu,hantarkan surat kenaikan pangkat ke rumah Madam Isabell secepat mungkin."

"Baik,tuan pengerusi."

Mereka berdua menghembuskan asap serentak yang berwarna hijau hasil gabungan asap biru Den Asgard dan asap kuning Bill Ad.

Di banglo Madam Isabell

Aku sedang bermain biola.Sedang leka aku mengesek tali biola,Haiqal datang mendekati aku.

"Encik Haiqal,encik menerima surat daripada pihak atasan Parti Kiri."

Namun aku masih bermain dengan biola.Aku memainkan lagu yang bernada gembira.

"Bacakan surat itu untuk aku,Haiqal."

Haiqal pun mengambil surat yang berbentuk kaca petak yang nipis dan menyentuh skrinnya.

"Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa Encik Haiqal setiawan bagi Parti Kiri telah dinaikkan pangkat...."

Mendengar saja ayat kenaikkan pangkat,aku mengesekkan biola dengan rancak dan memainkan lagu yang rancak.

"dinaikkan pangkat menjadi Orang Kanan kepada Naib Pengerusi Bill Ad."

"Orang kanan?"
Dalam keadaan marah aku mengesel biola dengan penuh geram dan menyanyikan lagu yang bernada marah.Tetapi,disebabkan aku terlalu marah aku menghempas biolaku ke lantai sehingga berkecai biola tersebut menjadi serpihan-serpihan kecil.

"Tak guna si tua Asgard itu.Setelah semua ceramah yang aku lakukan demi meraih sokongan rakyat kepada Parti Kiri.Dia hanya membalas jasaku dengan menawarkan jawatan sekecil itu."

"Tapi encik ,Orang Kanan merupakan jawatan ketiga tertinggi dalam Parti Kiri.Adakah encik tak berpuas hati?"

"Semestinya aku tidak berpuas hati", tengkingku dengan nada yang tinggi.

"Aku ingin jawatan pengerusi atau sekurang-kurangnya naib pengerusi.Kerna aku telah merangka plan untuk menaikkan Parti Kiri dan menguasai pemerintahan Debumi."

Aku cuba bertenang dan meminum segelas air sejuk.

"Petang ini,kita akan bertemu Den Asgard."

Den Asgard sedang menaip sesuatu untuk penulisannya.

"Kini umurku mencecah 60tahun.Sudah masuk 30tahun juga aku dikhianati oleh Permaisuri Intan.Masih terbuku dendam kesumat di dalam hatiku.Usiaku semakin lanjut dan kesihatanku mula terjejas dengan penyakit Parkinson.Aku harap dapat membalas dendam kepada Permaisuri Intan sebelum ajalku menjelang tiba."

Tanganku mula menggigil dan menggeletar kesan daripada penyakit Parkinson yang ku alami.Ia juga menghalang aku untuk menaip perkataan pada diariku.Lalu aku terdengar ketukan di pintu.

*Tuk tuk tuk*

"Siapa?",soalku.

"Saya tuan pengerusi,Amirul setiawan Parti Kiri."

"Jemput masuk".

Aku pun memasuki bilik pejabat Den Asgard.Badan aku diimbas dengan kamera pengimbas sekiranya aku membawa senjata.Setelah selesai diimbas,kerusi secara automatik bergerak menuju aku dan menjemput aku duduk.Selepas aku duduk,kerusi tersebut bergerak ke meja Den Asgard.

"Tujuan apa kamu datang berjumpa saya?"soal Den Asgard.

Legasi 2020Where stories live. Discover now