Askarku sekitar 1000 orang tewas di dalam pergelutan yang berlaku di Istana Permaisuri Intan. Kini aku sebagai dalang di sebalik usaha penawanan tersebut telah menjadi buruan istana dan dianggap musuh negara. Aku kini sedang bersembunyi di sebuah kediaman kenalanku yang berada di hujung selatan Debumi.
"Banyak betul poster kau di luar sana. Tergantung di sana-sini."
Embah Wok baru sahaja balik daripada membeli barangan dapur dan menghulurkan sebuah bungkusan.
"Apa ni embah?"
"Barang yang kau suruh aku carikan laa"
"Embah jumpa!"
"Buka dulu pembalutnya"
Aku mencari pita pelekat yang dilekat pada kertas pembungkus itu dan mecabut dengan perlahan-lahan secara satu persatu.
"Kenapa tidak dikoyakkan saja kertas tu?"
"Sayanglaa embah. Penat-penat embah balut tapi saya koyakkan terus."
"Bukannya aku berlari sambil membalut hinggakan kau cakap begitu."
Aku hanya tersengih dan meneruskan aktiviti membuka bungkusan tersebut.
Setelah selesai membuka balutan, aku meneliti pemberian embah itu.
"Sempurna. Terima kasih embah."
"Sama- sama. Aku ke dapur dulu nak menyiapkan makan malam. Jangan lupa kejutkan si Haiqal tu."
"Roger boss".
Embah Wok merupakan tuan rumah bagi tempat aku dan Haiqal menginap. Bagaimana kami kenal Embah Wok?
Embah Wok juga ialah nenek angkat kepada Haiqal dalam maksud yang lain janda kepada Sarjan Sedius. Embah Wok dan Sarjan hidup berasingan atas sebab yang tak diketahui. Janggal sebenarnya duduk bersama dengan keluarga Sarjan setelah apa yang berlaku terhadap Sarjan. Kalau mereka tahu aku melarikan diri dan membiarkan Sarjan terbunuh mungkin aku tidak berada di situ.
"Haiqal!!!!"
"Bangun!!!!"
Usaha aku mengejutkan Haiqal menggunakan suara tidak berhasil.
"Banguuuuuuuuuuuunnnnnnn!!!!"
Dengan sekali jeritan Embah Wok yang berada di tingkat bawah mampu mengejutkan Haiqal termasuk juga aku yang berada tingkat atas.Malam itu kami bertiga berada di meja bulat untuk makan malam.
"Poster kau makin hari makin banyak disebarkan di kawasan ini. Aku khuatir yang tentera istana akan menuju ke sini. Mata-mata(pengintip) mereka juga sudah mula melakukan kerjanya di sini",Embah mengerutkan dahinya.
"Kiranya kita tak boleh berada di sini lama",keluh Haiqal.
Aku hanya menguyah makananku dan meneguk air klorofil istimewa Embah Wok.Tuk tuk tuk tuk
Pintu rumah Embah Wok diketuk dengan kuat.
"Lekas sembunyi. Sekiranya aku batuk tiga kali, terus lari daripada rumah ini. Itu sebagai tanda kedatangan tentera istana."
Sebelum kami sembunyi kami sempat memeluknya dengan erat dan dia sempat membisikkan sesuatu padaku. Aku dan Haiqal terus berlari menaiki tangga menuju tingkat atas. Kami kini berada di bilik Haiqal . Kini, kami sedang menunggu isyarat daripada Embah Wok. Aku mencuri dengar perbualan Embah Wok bersama tetamu dia.*Bunyi tembakan*
Isyarat yang sepatutnya kami terima ialah batukan Embah Wok tetapi yang kami dengar ialah tembakan saja. Keadaan menjadi panik. Haiqal ingin turun membantu Embah Wok tetapi aku menghalangnya.
"Lepaskan aku. Aku nak selamatkan Embah."
"Kau jangan jadi lembab. Kita kena keluar dari sini jika tidak kita pun akan mati."Namun Haiqal tetap berdegil. Lantas daripada itu aku mengangkat kerusi yang ada di situ dan menyerangya daripada belakang. Haiqal rebah lalu pengsan. Aku mengangkat tubuhnya lalu kami meninggalkan rumah Embah Wok. Selang beberapa saat, rumah Embah Wok dijilat api. Apa yang aku dengar tadi memang betul. Suara Ethena.
Aku membuka langkah seribu. Berlari ke tempat yang tidak pasti. Janji aku dan kawanku selamat daripada dicari. Aku memantau keadaan sekeliling. Takut dikepung oleh pihak musuh. Kini aku berada di sempadan negara Debumi dan Tanah Perang atau kini digelar Debumi Satu.
Kawasan sempadan dikawal begitu ketat dengan 1000 orang tentera Debumi dan 100 buah meriam tersusun di benteng sempadan negara. Kukuh pertahanannya bagaikan mahu berperang.
Aku mengintai peluang untuk melepaskan diri.
YOU ARE READING
Legasi 2020
Fiksi IlmiahSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.