7.Kuku Besi

117 2 2
                                    

Walaupun kerajaan Debumi telah menakluki Tanah Perang, perjuangan untuk memerdekakan Tanah Perang masih dilaksanakan.
Di dalam sebuah bilik gerakan kemerdekaan, sekumpulan askar yang mengepung meja yang diatasnya terbentang peta bentuk muka bumi Tanah Perang.
Salah seorangnya mula bersuara,"Aku mahu kawasan ini dibersihkan dan aku tidak mahu seorangpun tentera Debumi di situ.Faham semua?".
"Faham satria",bergema bilik itu dengan suara askar-askar itu.Esok bermulanya serangan mereka.

Matahari dhuha menembak sinarannya ke bumi Tanah Perang.Kelihatan tentera Debumi berkawad sekitar perkarangan dataran tengah bandar Tanah Perang.Semuanya seperti pagi yang normal bagi penduduk di kawasan itu,Area 19.Hening sahaja dan hinggalah tentera-tentera Debumi melepaskan das-das tembakannya.Penduduk lelaki di situ semuanya ditangkap kerana didakwa mereka terlibat dengan aktiviti pemberontakan.Situasi mulai cemas apabila ada keluarga yang mula kehilangan bapa,ibu kehilangan anak dan isteri kehilangan suaminya.Paksaan yang dilakukan secara kekerasan.Lelaki yang melawan akan dibunuh dan mayatnya akan diikat ditengah kawasan Area 19.
Golongan wanita tidak mampu berdiam diri dan turut sama melawan untuk melindungi kesayangan mereka.Tetapi apakah daya dengan kudrat seorang wanita yang tidak bersenjata untuk melawan tentera lelaki sasa yang lengkap bersenjata.Lebih hina,tentera-tentera Debumi ada yang mengambil kesempatan dengan merogol wanita-wanita tidak berdosa itu.

"Lepaskan suami saya tuan,dia tidak bersalah",rintih seorang wanita dalam lingkungan usia 20an memeluk-meluk kaki seorang tentera sambil memukul-mukul dadanya.

"Bawa suaminya ke atas lori,biar aku yang uruskan perempuan ini",arah tentera itu kepada anak buahnya.Suaminya melawan daripada mengikut sama bergerak menuju ke lori tetapi perutnya dipukul dengan belakang senjata lalu membuatkan dia mula rebah jatuh ke tanah.Si isteri menjerit-jerit apabila menyaksikan kejadian itu lalu mula bingkas bangun ingin menuju ke suaminya.Tetapi belum sempat dia berdiri sepenuhnya rambutnya ditarik kasar dari belakang oleh tentera tersebut.Raung kesakitan perempuan itu dan suaminya mula diseret ke lori yang menempatkan tahanan lain.

"Abang,jangan tinggalkan saya abang",meraung-raung si isteri melihat lori itu berlalu pergi.

"Sudah jangan sedih-sedih,mari aku gembirakan kau",senyuman herot tentera itu dilemparkan ke wanita tersebut sambil tangannya menggapai ke dada wanita itu.Dijatuhkan wanita itu sehingga terkulai jasad wanita itu dan tentera itu mula bergelodak dengan nafsunya.Wanita itu merayu-rayu agar dilepaskan tetapi usahanya bagai mencurah air ke daun keladi,tentera itu mula bertindak ganas dan mengoyakkan pakaian wanita itu.

"Jangan tuan,hari ini saya datang bulan",tipu wanita itu untuk menyelamatkan dirinya daripada diperkosa.

"Betulkah?Mari aku lihat",tangan tentera itu mula mencapai seluar dalam wanita tersebut yang kini hampir dalam keadaan bogel.
Tiba-tiba tangan tentera itu terputus dari pergelangan lenganya dan darah merah memercik.
Wanita di situ yang tadinya menangis mula terkejut dan tentera itu mula meronta kesakitan.Di sebelah tentera itu berdiri seorang wanita lain yang memegang sebilah pedang yang dibasahi dengan darah tentera tersebut.

"Siapa kau?Berani kau!!",tentera itu berang dan ingin menerjah wanita yang berpedang itu.

Sllllaaaaaassssshhhh

Badan tentera itu kini terbelah dua dan mati di situ juga.Wanita yang dalam keadaan separa bogel itu melihatkan saja apa yang terjadi pada lelaki tak berguna itu.Wanita berpedang itu menuju ke wanita yang terkulai itu dan diselimutkan badannya dengan selimut yang ada dijumpai di rumah itu.

"Suami kau sudah aku selamatkan,dia kini mungkin menuju ke sini",cakap wanita berpedang.

"Terima kasih Laksamana Kasturi",ucap wanita berselimut itu.

Legasi 2020Where stories live. Discover now