Badanku dibelit dengan rantai bersama sebatang kayu lurus panjang. Kayu itu diangkat bersama aku lalu mereka membawa aku berarak sepanjang perjalanan ke Istana Debumi. Di sepanjang perjalanan ada yang melihat aku dengan pelbagai penglihatan. Ada yang kelihatan riang, mengerutkan dahi malah tangisan dan juga takut.
Badanku dipenuhi luka lantaran lontaran batu daripada masyarakat. Tentera Debumi mengendahkan perbuatan itu malah mencacakkan kayu tersebut untuk memberi peluang mereka melontar sepuas-puasnya.Ajaibnya aku masih hidup. Badan bermandikan darah sendiri dipenuhi lebam-lebam kebiruan. Melihat mereka bergelak ketawa mengiringi aku. Badanku mengurus disebabkan tidak makan selama tiga hari. Air pun diberi cara keji. Apalah nasibku jika di istana nanti.
"Lagi beberapa batu saja lagi tibanya kita di sana. Kau akan dihukum seberat-beratnya oleh Permaisuri Intan."
Aku mengendahkan apa yang Ethena sebutkan. Aku masih mengintai peluang.
"Apa kau dengar apa yang aku cakap?"
Kemudian dia membaling sebiji batu tepat ke arah kepala aku. Darah tumpah."Tak guna"
Aku marah tetapi hanya mampu maki saja.
Aku tahu aku lemah. Aku manusia biasa. Ethena bukanlah lawanku dengan kuasa api yang dimilikki.
Aku hanya mampu melarikan diri saja. Tapi kini aku ditangkap.Tibanya di istana. Kehadiran aku bagai ditunggu-tunggu. Tembok istana yang dulunya aku bersama Sarjan Sedius runtuhkan sudah terbina balik. Tentera-tentera mereka lengkap bersenjata mengawasi aku. Kayu dijatuhkan bersama aku lalu badanku menghempas tanah. Sakit. Mereka meleraikan ikatan rantai besinya. Aku digari dan dipimpin oleh tentera mereka memasuki istana. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di sana.
Sempat juga aku melihat suasana istana itu. Tetapi kemudian kepalaku diserkupkan dengan kain hitam. Gelap mengiringi perjalananku. Bagaikan suasana ingin digantung. Kedengaran suara-suara yang melemparkan hinaan dan cacian. Tiba suatu tempat, orang yang mengiringi aku mengarahkan aku untuk berlutut.
Kain hitam ditanggalkan dan dihadapan ku berdirinya singgahsana Permaisuri Intan yang sedang duduk di atas kerusi emas yang mega saiznya dengan berukirkan corak ukiran rasmi Debumi.
Di situ juga terdapat beberapa orang mungkin pembesar istana."Daulat Permaisuri"
"Daulat Permaisuri"
"Daulat Permaisuri"
Semua orang berdiri dan mendaulatkan manusia itu.
Kecuali aku. Aku hanya diam dan memalingkan muka.
Kemudian Permaisuri memberi isyarat tangan memerintahkan semua orang di area itu untuk duduk. Aku perasan juga yang Den Asgard ada di situ bersama-sama pembesar yang lain. Dia memandangku sambil melontarkan senyuman sinis."Jadi kamulah Amirul?"
Permaisuri mula mula membuka mulut dan bertanya soalan. Suara dengan nada bertanya.Aku memandang Den Asgard lalu,
"Hai Orang tua Asgard. Bahagianya kau sekarang. Lawa baju yang kau pak...."
Belum sempat aku habiskan kata.
Kepala aku dipijak seseorang sehingga menghempas lantai.
"Jawab pertanyaan Permaisuri atau kau dipenggal."
Aku dikembalikan kepada keadaan asal dan memandang Permaisuri.
"Tidak mengapa Faraday."
Permaisuri seakan memujuk orang yang memijak aku. Aku memandangnya dan barangkali dia merupakan salah seorang orang kanan Permaisuri. Mukanya garang dihiasi parut di pipinya."Kenapa kau ingin menakluk istanaku?"
Dia masih bertanya soalan. Dan kini memandangku seolah-olah mengharapkan jawapan daripada aku.
"Kerana aku mahu menjatuhkan kau. Aku ingin memimpin Kerajaan Debumi. Dibawah pimpinan kau Debumi hanya negara yang kaya rakyatnya miskin."Permaisuri terdiam. Lalu mendekati aku.
"Jadi kau fikir mampu menjatuhkan aku dengan bantuan Sarjan tua dan beberapa orang pengkhianat negara?. Hantarlah beribu askar, aku seorang saja mampu menewaskannya. Aku juga ada 4 panglima yang digelar Benteng Permaisuri untuk membantu. Mereka berempat Faraday, Ethena, Epiflora, Siaz saja cukup untuk menjatuhkan negara."
Dia kemudian gelak."Beta jatuhkan hukuman pancung di khalayak ramai seminggu dari sekarang. Kau akan dikurung di penjara istana. Bawa dia pergi dari sini."
Aku kini terpaku setelah mendengar hukumanku disebut. Ajalku sudah ditentukan. Badanku dipimpin beberapa orang mengheret aku pergi. Kepalaku dibungkus sekali lagi dan duniaku gelap.
YOU ARE READING
Legasi 2020
Science FictionSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.