5.Sarjan yang Buta

85 4 0
                                    

Haiqal memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah yang aku lihat reka bentuknya yang agak unik.Berbeza dengan rumah-rumah di situ,rumah Sarjan Sedius mempunyai reka bentuk ala-ala kediaman bangsawan Debumi suatu ketika dahulu.

Haiqal pun berjalan mendekati pintu pagar.Dia menekan butang pada skrin yang diletakkan pada dinding berdekatan pintu pagar.Tiba-tiba sebuah robot gergasi kelihatan keluar daripada rumah Sarjan Sedius dan menghala ke kami.Robot itu mula bersuara.

"Keluarga,rakan atau tetamu?"

"Keluarga",Haiqal menjawab pertanyaan robot itu.

"Sila letakkan tangan anda pada skrin saya untuk diimbas."
Haiqal pun meletakkan tangannya pada skrin yang terletak di perut robot itu.

"Selamat pulang Haiqal",robot itu bersuara selepas selesai mengimbas tangan Haiqal.

"Terima kasih CQ25.Atuk ada di rumah?".

"Atuk sedang berehat di bilik bacaanya.Haiqal mahu bertemu atuk?"

'Ya."

"Silakan masuk Haiqal."

Pagar pun dibuka untuk memberi kami masuk.

"Maafkan saya encik.Encik keluarga,rakan atau tetamu?"

"Tetamu."

"Sila letakkan tangan anda pada skrin saya untuk diimbas."

Aku pun meletakkan tapak tanganku di skrin robot itu.Skrin robot itu bertukar warna merah.

"Merah.Kenapa ia merah?"

"Maafkan saya encik.Tetapi encik tidak dibenarkan memasuki kediaman Sarjan Sedius."

"CQ25 benarkan saja dia masuk.Dia kawan saya."

"Maafkan saya Haiqal.Tapi ini arahan atuk.Sesiapa yang bertanda merah tidak dibenarkan masuk."

"Kalau begitu saya pergi berjumpa atuk sekejap.Tuan Amirul tunggu di dalam kereta."

Haiqal pun berlalu pergi memasuki rumah atuknya.Aku membuka pintu keretaku dan duduk menunggu Haiqal datang semula.Aku menekan butang pada pencetak yang terdapat di dalam keretaku dan mula mencetak surat khabar.Aku mula membaca surat khabar yang baru lepas dicetak.

Muka depan akhbar tertulis Negara Tanah Perang telah menjadi sebahagian daripada Negara Debumi.Rentetan peristiwa peperangan antara Debumi dan Tanah Perang,akhirnya pihak tentera Debumi telah berjaya menjajah negara Tanah Perang.Permaisuri Intan akan merasmikan negara Tanah Perang sebagai wilayah takluk negara Debumi minggu hadapan.Wilayah negara Debumi semakin membesar.Tetapi kesan daripada penaklukan ini,jumlah angka yang terkorban mendadak dan kerosakan harta benda yang mendatangkan jumlah kerugian yang besar.Adakah Permaisuri Intan berfikir dengan wajar?.Aku semakin meragui pemerintahan Permaisuri Intan.Kenapa kita perlu mencipta musuh daripada kawan.Aku harus segera menumbangkan era pemerintahan beraja ini.

Tuk tuk tuk tuk
Cermin keretaku diketuk mengganggu pembacaanku.Aku menurunkan cermin keretaku dan mendapati Haiqal yang mengetuk cermin keretaku sebentar tadi.

"Tuan Amirul.Mari kita masuk ke dalam.Atuk saya telah mengizinkan kehadiran tuan",Haiqal memasuki keretaku dan mula menghidupkan enjin keretaku.Dia mula memandu masuk ke kediaman Sarjan Sedius.Haiqal menurunkan aku dihadapan pintu utama rumah Sarjan Sedius.

"Tuan masuk dahulu.Saya pergi meletakkan kereta tuan di garaj",Haiqal memandu pergi meninggalkan aku.Aku pun memandang pintu rumah Sarjan Sedius yang agak besar dan terukir kaligrafi tulisan yang tidak dapat aku kenal.Aku membuka pintu itu dan kakiku melangkah masuk ke dalam rumah Sarjan Sedius.Suasana di dalam rumah itu tidaklah begitu mewah tetapi begitu banyak gambar-gambar dan kelengkapan pakaian tentera.Mungkin kesemua benda ini barangan kenangan semasa Sarjan Sedius menjadi tentera.

Ada satu barang yang menarik perhatian aku.Aku memandang senjata senapang cahaya ZeusGun terletak di atas kabinet.Aku memegang senapang itu.Aku dapat merasakan perasaan yang lain apabila menyentuh senapang itu.Aku terdetik hati untuk mengangkat senjata itu.Aku pun mengangkat senapang itu dan aku seperti sudah biasa memegang senjata itu.

"Kamu pernah jadi tentera sebelum ini?",tiba-tiba aku terdengar suara menanyakan aku soalan daripada belakangku.Aku menoleh ke belakang dan berdirinya seorang yang berbadan tegap,tinggi,berkaca mata hitam,bertongkat tetapi wajahnya agak berusia.Aku agak dialah Sarjan Sedius.

"Maafkan saya.Saya teringin untuk memegang senapang ini",aku meletakkan semula senjata itu ke tempat asalnya.

"Tetapi cara kamu memegang senjata itu jelas seperti kamu sudah biasa memeganya."

"Mungkin ia hanya kebetulan."balasku.

"Silakan duduk",Sarjan Sedius mempelawaku duduk di atas sofa ruang tamunya.

"Niat apa awak mahu berjumpa dengan saya?",Sarjan Sedius melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Saya datang kerana ini",aku memberikan dia keratan akhbar yang mengandungi berita kegemilangan Sarjan Sedius mengetuai angkatan tentera Debumi menewaskan musuh.

"Maafkan saya.Boleh tak jika kamu menerangkan tujuan kamu ke mari secara lisan dan bukannya secara visual.Ini kerana saya buta."

"Buta?"

Legasi 2020Where stories live. Discover now