13. Epiflora

28 0 0
                                    

Ketinggian sebegini buat aku gayat. Aku duduk menjauhi tingkap pesawat. Aku tidak mampu melihat ke luar. Pesawat ini bergegar dek dilanggar kepulan awan. Telinga ku menekan di atas ketinggian ini. Aku menelan air liur untuk meredakan tekanan di telinga.

"Hahahaha. Kau gayat ya?",soal Epiflora yang melihat gelagatku dari tadi.

"Bagi seseorang yang mempunyai impian tinggi melangit, kau juga seorang yang gayat. Kita tak perlu takut dengan ketinggian selagi mana kita tak takut untuk jatuh."

Kata-kata Epiflora lontarkan ditenggelami dengan perasaan gayatku ini. Peluh membasahi uniformku.

"Panas ke? Sekejap lagi kita sejuk",Epiflora masih terhibur dengan kakinya dalam keadaan bersilang.

Bagi seorang perempuan,dia mempunyai ketinggian yang agak luar biasa.

"Aku rasa kita dah sampai",Epiflora memandang keluar dan melihat ke bawah.

Aku menelan air liur sekali lagi.


"Akhirnya kita akan mendarat", aku menghembus nafas sedikit lega.

"Siapa kata pesawat ini akan mendarat?"Epiflora mengangkat kening kanannya ke atas sambil menekan punat merah berdekatannya.

*Tet tet tet tet tet tet*
Penggera berbunyi dan lampu merah menyala-nyala bagaikan siren ambulans.

Pintu pesawat dibuka Epiflora.
"Marilah Asgard!!"
Dia merentap tanganku mendekati pintu. Angin daripada luar berdesup meniup kawasan dalam pesawat. Bagai dilanda ribut.

"Apa kita nak buat ni?"
Aku menjadi panik dan cuba melawan daripada dikawal Epiflora.

"Hahaha tak perlu takut."
Dia menahan badanku yang cuba bertindak aggresif. Lalu..

"Haaaaaaa!!!"
Aku ditolak keluar daripada pesawat. Mataku membulat memandang Epiflora yang masih di pintu.

Binawe
Jantungku berdegup kencang semahunya bagi melajukan rembesan adrenalin yang tiada fungsinya ketika ini. Badan aku terus jatuh. Lub dub lub dub.
Di dalam kepala mula memainkan memori sepanjang hayat. Adakah aku bakal mati sebegini?
Tutup kelopak mata. Tunggu masanya tiba.

"Hei! Bukalah mata."
Suara itu.
Aku melihat empunya suara tadi.
Epiflora kini berada di sebelahku. Memegang erat tanganku.

"Semuanya akan baik-baik saja. Lihat!"

Sebelum badan kami menghempas bumi,
Kami berhenti.
Ya
Bagai ada butang "pause" yang menghentikan video begitu juga jatuhan kami.
Muka aku 10cm jauhnya dengan permukaan bumi.

"Ajaib kan? Hahaha"
Epiflora gelak dalam aku sedang ketakutan bercampur kebingungan.

Epiflora menepuk tangan dan muka aku menghempas tanah.
Tapi tak sakit kerana aku jatuh daripada 10cm tinggi.

"Inilah salah satu daripada keupayaan aku."

Aku cuba menarik nafas lega kerana kakiku menjejaki tanah.
Kewarasan ditolak ke tepi. Aku mencium tanah tanda syukur.

"Sampai begitu sekali ye", Epiflora pelik melihatku.

"Uniform kau pasti sudah kering.
Marilah. Kau ada tugas yang belum selesai lagi."

Aku bangkit daripada pembaringan. Aku seakan lupa tujuan ke mari. Pemburuan laksamana Tanah Perang. Laksamana Tanah Perang merupakan orang yang mengetuai angkatan tentera Tanah Perang. Mereka berempat sangat mahir dalam bertempur dan handal ketika mengendalikan peperangan.
Dua daripada empat sudah di dalam tawanan kami.

"Jadi Asgard, boleh aku tahu kekuatan orang yang disebut sebagai Laksamana ni?",soal Epiflora.

"Mereka berempat ini bukan calang-calang orang. Ketika kami cuba menangkap salah seorang daripada Laksamana ini, separuh daripada bilangan kami tewas."

"Berapa bilangan kamu ketika itu?"

"500 orang. Melawan satu."

"Hahaha menarik."

"Kita tak boleh pandang rendah kepada mereka. Ada antara mereka mahir mengawal ais dan tumbuhan. Laksamana yang selebihnya kita tidak tahu kemampuan mereka."

"Saya seorang sahaja cukup untuk menangkap kedua-duanya", Epiflora dengan nada berlagak melayangkan rambutnya.

Aku tahu Epiflora ini juga kuat. Buktinya tadi dia menunjukkan salah satu kemahirannya. Jika tidak, mana mungkin dia boleh jadi salah seorang daripada 4 orang "Benteng Permaisuri" yang digeruni.

Kami sampai ke markas tentera Debumi.

"Ada laporan mengenai pergerakan pemberontak?", soal Epiflora kepada salah seorang tentera di situ.

"Di Area 19, sebuah lori yang membawa tahanan perang diserang dan seorang daripada kami telah terkorban dibelah dua."

"Ini mesti angkara Laksamana", celah aku.

"Kalau begitu mari kita ke Area 19", Epiflora mengarahkan tentera agar bersiap sedia.

"Puan!!! Puan!!!"
Seorang tentera berlari ke arah kami.

Bunyi penggera kecemasan memecahkan suasana. Tanda penceroboh.

"Serangan berlaku."
"Di sini?"
"Ya Puan!"
"Berapa ramai?"

"Hanya seorang".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Legasi 2020Where stories live. Discover now