6.Aku di pihakmu

80 3 0
                                    

"Ya.Saya kini seorang yang tidak mempunyai deria penglihatan."

"Tapi bagaimana awak boleh melihat saya memegang ZeusGun tadi?"

"Hahaha.Apabila kamu kekurangan satu deria,maka kamu akan ada satu lagi deria iaitu deria keenam."

"Maksud tuan?"

"Deria keenam ialah deria istimewa.Apabila salah satu deria tidak berfungsi,kepekaan deria yang lain akan bertambah sebagaimana contoh saya buta tetapi deria bau saya bertambah tajam dan pendengaran saya sangat jelas.Apabila kesemua deria ini bergabung,ia mencipta imej di dalam minda saya.Itulah yang dipanggil deria keenam."

"Wow.Saya begitu kagum dengan Sarjan Sedius.Kekurangan bukan batu penghalang untuk Sarjan menjalani kehidupan normal."

"Saya hanya seorang askar tua.Tidak banyak yang saya lakukan melainkan berperang."

"Tujuan saya datang ke sini kerana kami kini memerlukan pertolongan Sarjan."

Dan ketika itu Haiqal datang ke arah kami.

"Sudah lama kamu tidak pulang?"
"Maaf tuk.Kebelakangan ini saya agak sibuk."
"Kerja apa kamu sekarang?"
"Saya bekerja bersama tuan Amirul sekarang."
"Tuan?"
"Yang bersama atuk sekarang ialah seorang tuan."
"Sekarang baru saya tahu tujuan kamu ke sini."

Sarjan Sedius berdiri dan menghadap di hadapan aku.

"Jika awak datang dengan cita-cita yang besar,saya menyambutnya dengan hati yang besar.Saya akan berikan sokongan 100% untuk merealisasikan impian kamu.Mari bersama jatuhkan kerajaan Permaisuri Intan."

Aku agak terkejut dengan respons yang diberikan oleh Sarjan Sedius.Semangat begitu berkobar-kobar untuk membantu.Tetapi bagaimana dia mengetahui rancangan aku sebelum aku sempat menyatakannya.Haiqal memandang aku dan berkata.

"Orang yang bijak sepatah kata kita lafazkan,mereka dapat faham dua maksud tersirat."

Apa yang cuba disampaikan Haiqal pun aku tidak faham.Tetapi itu semua tak penting.Yang penting Sarjan Sedius mahu bekerjasama bersama aku.50% lagi Parti Kanan akan ditubuhkan kelak.

Petang itu,aku memandu pulang ke rumah agam ibuku.
Sampai saja aku ke perkarangan rumah ibuku,aku pergi ke kebun bunga .Kebiasaanya dia pasti berada di sana melakukan aktiviti perkebunan.Tetapi petang itu,keberadaan dia di situ tiada.Sunyi saja kawasan kebun itu.Hati aku mulai gusar.Aku masuk ke dalam rumah untuk mencari ibu.Alangkah terkejutnya bila aku masuk saja ke dalam rumah ibu keadaannya bersepah seperti baru sahaja dirompak.Kepanikan mula terbit.Aku pergi ke bilik ibuku dan mendapati ibuku tiada.

"Ibu"
"Ibu di mana?"
"Ibu"

Dan bila saja aku masuk ke bilik air.Aku beku.Terkejut.Terbeliak biji mataku seakan mahu keluar dari mataku.

"Ibu!!!!!!!"
Tubuh yang begitu aku kecam sedang tergantung dan terjerut lehernya membuatkan kakinya tidak menjejak lantai.Pucat mukanya dengan ekspresi yang bakal menghantui aku.Muka ibu kelihatan terseksa mungkin kerana kekurangan oksigen membuatkan wajahnya pucat dan biru.Ketika itu,aku hanya mampu membisukan diri dan menggeletar melihat tubuh kaku itu.

Legasi 2020Where stories live. Discover now