"Bawa dia pergi pergi dari sini", arah Permaisuri. Amirul dibawa pergi dengan bantuan pengawal istana.
Den Asgard mendekati Permaisuri.
"Pasti Siaz akan berseronok dengan mainan barunya",gelak si Asgard.
"Jadi Asgard, sudahkah kau menangkap para Laksamana Tanah Perang", soal Permaisuri.
"Saya masih berusaha mencari 2 lagi Laksamana ."
Permaisuri menjeling tajam tepat ke anak mata Den Asgard. Tenungan itu membuatkan Den Asgard cuak. Mencurah titisan-titisan peluh kerisauan.
"Pastikan kau bekerja dengan pantas. Aku akan berikan kau bantuan.""Epiflora!"
Permaisuri Intan memanggil nama seseorang. Kemudian datang seorang wanita berseragam serba putih berambut merah jambu toncang dengan sedikit rambut terjatuh menutup mata belah kanan datang mendekati mereka berdua.
"Ye wahai Permaisuriku. Kenapa memanggil nama saya?"
"Ikut lelaki ini ke Debumi Satu dan buru Laksamana Tanah Perang yang masih lagi bebas. Jika dibiarkan mereka akan melakukan pemberontakan. Halang mereka."
"Dengan senang hati Permaisuri. Adakah Permaisuri mahukan mereka dalam keadaan hidup ataupun mati?"
"Terpulang."
Epiflora menunduk hormat kepada Permaisuri.
"Mari Asgard. Ikut aku." Epiflora memandangku sambil mengajak untuk meninggalkan singgahsana.
Den Asgard yang dari tadi hanya terpaku merasai aura yang ada pada Epiflora kini mula sedar semula setelah ditegur Epiflora. Mereka beredar dari singgahsana Permaisuri Intan.
"Sungguh kuat aura yang dimiliki Epiflora ini. Dia memang bukan calang-calang orangnya", bisik di dalam hati Den Asgard...
Bergegar-gegar kenderaan yang membawaku ini. Aku yang normal mampu mabuk kenderaan jika keadaan ini dibiarkan begitu lama. Aku dibiarkan berbaring di belakang lori. Aku dibawa ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu. Yang aku tahu ianya penjara. Mungkin juga aku bakal dihantar ke neraka di mana perikemanusiaan hanya dongeng semata-mata.
Lori yang bergegar tanpa henti mula memperlahankan gegarannya sehingga berhenti menandakan detik ketibaan aku.
Pintu besi lori diketuk kemudiannya dibuka oleh tentera Debumi. Sekali lagi, kepala aku diserkupkan bersama kain hitam. Ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan ketat. Semua tempat bagaikan sulit dan tidak mahu didedahkan pada umum. Aku dibawa mereka berjalan.
Aku menghafal setiap langkahku. Mana tahu bakal berguna kelak.
"Setelah bergerak terus, belok ke kanan lalu terus dalam 20 langkah dan belok ke kiri",aku terus menghafalnya agar ia lekat di kepala.
Dalam 10 langkah, badanku digerakkan ke kanan dan kedengaran bunyi pintu dibuka. Aku memasuki ke ruang yang baru saja pintunya terbuka lalu kain hitam yang menutup kepalaku dibuka.
Di hadapanku berdiri seorang lelaki yang agak tinggi lampai mengenakan seragam seakan-akan pegawai tentera atasan. Di bajunya saja dipenuhi lencana dan kepalanya dihiasi beret dan serba-serbi hijau pakaiannya. Lelaki itu menundukkan wajahnya dengan darjah pandangan yang agak ke bawah memandangkan aku lebih pendek.
"Kau Amirul ?"
Soalan mula dilemparkan. Tetapi aku tidak respons."Barangkali kau pekak. Dan aku tidak mengharapkan yang kau bisu."
Dia mendekati aku. Dengan menundukkan badannya sehingga paras kepala dia sama dengan kepala aku. Lalu dia membulatkan matanya sebesar yang boleh.
"Amiiiiiruuuuuuuuullllll!!!!!"
Lalu lelaki tadi menyebut namaku dengan suara yang lantang lagikan nyaring sehingga menghasilkan daya tolakan yang membawa aku bergerak ke belakang dari posisi asalku. Koklea telinga aku bergetar semahunya dan pekikan itu membuatkan keadaan sekeliling gawat dan bagaikan mengalami gempa bumi berskala 6 Skala Ritcher."Ye saya."
Lalu aku menjawab sahutannya dengan harapan dia akan berhenti menjerit."Bagus. Kau tidak tuli. Sekarang biar aku perkenalkan diri aku. Aku ketua di penjara ini. Panggil aku Siaz. Di sini lah tempat penginapan bagi pesalah macam kau. Penjara ini juga ada namanya. Dengan gelaran Stomach Whale tempat di mana kau akan berada di sini selama seminggu sebelum kau dijatuhkan hukuman pancung. Dan selama seminggu itu juga kita akan berseronok."
Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku dan melemparkan senyuman yang paling besar pernah aku lihat dihiasi dengan gigi-gigi tajam.
"Jika kau memasang niat untuk keluar dari sini, baik batalkan saja. Di sini dengan kedalaman bersamaan sepuluh tingkat bangunan dan dikawal ketat oleh seribu pengawal berserta aku dan dilengkapi teknologi keselamatan yang sangat canggih, kebarangkalian keluar dengan selamat ialah kosong", Siaz menunjukkan lambang kosong menggunakan jari dia.
"Di dalam Stomach Whale ini mengandungi seribu banduan dan 200 banduan dikurung pada setiap tingkat. Stomach Whale mempunyai lima tingkat dan setiap tingkat mempunyai aras kesalahan jenayah yang berbeza. Bagi penjenayah paling berbahaya kami tempatkan mereka di aras paling bawah di tingkat satu. Dan bagi kau pula, pesalah yang mengadakan pemberontakan dan kemusnahan istana serta benda awam aku tempatkan kau di tingkat tiga."
Secara tiba-tiba lantai tempat aku berpijak hilang dan aku terus terjatuh menembusi lubang yang secara ajaib wujud itu.
"Aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh"
Sambil jatuh aku menjerit. Bagaikan terjun dari bangunan tinggi. Aku dibiarkan jatuh. Dasar ruang itu dapat ku lihat dan barangkali badanku akan menghempas lantai batu. Tetapi di lantai itu muncul satu lagi lubang membuatkan jatuhan aku diteruskan. Mungkin aku jatuh antara tingkat-tingkat penjara ini. Awal tadi barangkali di tingkat lima dan sebentar tadi tingkat empat dan mungkin sekarang tingkat...Gedebukkk
Aku mendarat di tingkat tiga.
"Aduhhh. Sakitnya. Ahhh tanganku. Tak guna. Janganlah patah. Ahhh sakit. Sudahlah badanku penuh luka akibat direjam batu oleh penduduk Debumi. Kini aku dicampak ke bawah sini. Sungguh sial."Kemudian aku mengambil keputusan untuk melihat keadaan sekeliling. Gelap dan hanya ada tiga saja menara yang bagaikan rumah api di tebing laut. Lantai yang aku pijak pula hanya pasir dan batu-batu tajam saja. Kakiku masih berantai. Keadaan di dalam ini agak panas. Tetapi, hairan. Di mana banduan lain?
Pssstttt
Pssssttt
Awak.....
YOU ARE READING
Legasi 2020
Science FictionSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.