"Ini aku Den Asgard .Awak dipecat sekiranya mengingkari arahan ini.Selaku Pengerusi Parti Kiri,arahan daripada saya wajib dipatuhi.Pastinya awak taknak dipecat,betul tak?.Awak bukan sahaja dipecat tetapi hilang keahlian menjadi ahli Parti Kiri."
"Saya tahu semua itu.Jadi apakah arahan yang patut saya laksanakan?",soalku.
"Mudah sahaja.Awak hanya perlu menerima jawatan Orang Kanan.Itu saja.
Jadi,sekiranya tidak mahu dipecat dan dibuang keahlian,patuh arahan ini."Den Asgard memutuskan panggilan sebelum sempatku menyambung percakapan.Aku menghempaskan telefon aku ke lantai,membaling ke semua kertas kerja yang berada di atas meja ke udara dan menumbuk tanganku di dinding.
"Hehehe.Dia mahu bermain api denganku.Baiklah mari kita mulakan".
Aku memanggil pembantuku,Haiqal.
"Haiqal.Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita melakukan tindakan yang drastik."
"Apa yang tuan maksudkan?"
"Dapatkan saya seorang tentera yang sudah pencen tetapi mempunyai pengaruh dalam kalangan tentera."
"Apakah rancangan tuan?"
"Saya mahu membentuk satu unit pertahanan."
"Hmmm,saya rasa saya ada seorang calon yang sesuai untuk Tuan Amirul."
"Siapakah dia yang awak rasa sesuai?"
"Sarjan Sedius."
"Ouhhh,sarjan yang sangat disanjung dan digeruni pihak musuh."
"Betul tuan.Dia banyak berjasa ketika era penaklukan Negara Tanah Perang dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan tentera .Dan dia juga merupakan atuk angkat saya."
"Saya tidak tahu Sarjan Sedius merupakan atuk angkat kamu.Kalau begitu,aturkan pertemuan aku bersama perwira negara tersebut."
'Baiklah tuan."
Pada pagi dhuha sewaktu semua manusia baru bangkit daripada tidurnya,aku sedang bersiar-siar menaiki basikalku.Sungguh hening pagi itu dan aku dapat mendengar kicauan-kicauan burung duhai iaitu kacukan daripada burung angsa dan merak.Pagi-pagi sebegini burung duhai akan berkicauan mendendangkan nyanyian merdu dalam bahasa burung.Setelah aku berehat sebentar,aku meneruskan kayuhanku ke Tasik Terapung.Aku melajukan kayuhanku sehingga mencapai kelajuan 60km perjam.Dalam masa beberapa minit aku tiba ke destinasi.Tasik Terapung merupakan tempat kegemaranku untuk meluangkan masa lapang.Aku mendongakkan kepalaku ke atas dan melihat tasik buatan manusia yang sedang terapung.Aku mengaktifkan basikal aku ke mod terbang dan aku mula mengayuh untuk menghidupkan enjin basikal itu.Aku pun mula terbang serta tayar basikalku yang tidak menyentuh tanah dan aku mula mengayuh ke tasik itu.Aku mengelilingi sekitar tasik itu dan aku mendaratkan tayar basikalku ke atas permukaan air.Basikal aku terapung di atas permukaan tasik dan aku mula mengayuh basikalku.Aku melihat sekitarku terdapat beberapa orang nelayang yang sedang memancing.
Setelah puasku berjalan-jalan menaiki basikal,tiba masanya untuk aku pulang.
Dalam perjalanan pulang,aku terserempak dengan ibuku Madam Isabell yang baru sahaja keluar daripada hospital.Aku hanya memandang sahaja dari jauh.Timbul perasaan hairan apabila menjumpai Madam Isabell di hospital.Adakah dia sakit?Kebesokkan harinya,aku bersama Haiqal pergi ke rumah Sarjan Sedius.Aku mahu menjalinkan kerjasama bersama dia.Sekiranya terjadinya kerjasama ini,maka fasa pertama dalam rancanganku telah berjaya.Rancanganku untuk menubuhkan Parti Kanan.
YOU ARE READING
Legasi 2020
Science FictionSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.