Menggeletar tanganku apabila menerima surat daripada pihak istana.Surat yang disampulkan dalam sampul berwarna emas dan dicopkan bersama mohor diraja.Aku membuka sampul dan membaca isi kandungannya.
"Baiklah Sarjan Sedius, sudahkah awak bersedia?",petahku berkata.
"Saya sentiasa bersedia",balasnya.
Maka aku dan Sarjan Sedius diikuti bersama 600 orang tentera berarak menuju ke bangunan pentadbiran Parti Kiri.Tibanya kami di sana, terdapat beberapa orang pegawai polis cuba untuk meleraikan perarakkan kami tetapi semuanya sia-sia.
Semangat aku mula berkobar-kobar.Pintu depan bangunan mereka kami tumbangkan dengan bantuan kuasa daripada tentera yang menyebelahi aku."Di mana Den Asgard?",soalku kepada semua orang yang berada di situ.Muka-muka di situ ketakutan dan kelihatan terkejut apabila melihat aku mula bersuara.Lagipun,aku dulu pernah menjadi rakan sekerja mereka di sini.
"Apa yang cuba kau lakukan Amirul?",Bill Ad menuruni tangga sambil melihat aku bersama tenteraku.
"Aku mencari Den Asgard", herdikku.
"Dia tiada di sini.Dia kini dalam perjalanan ke Tanah Perang."
"Tanah Perang?Mengapa di di situ?"soalku sambil mengacukan pistol bunyi ke arahnya."Dia dilantik menjadi Ketua untuk memerintah Tanah Perang".
Terkejut aku mendengar ayat yang dikeluarkan daripada mulut Bill Ad."Hentikan saja apa yang kamu rancangkan.Kelak kamu akan ditangkap dan...."
Boooooooommmm
Jasad Bill Ad melayang dan menghempas dinding sehingga tembus keluar daripada bangunan itu.
Aku menurunkan tanganku yang berpegangkan pistol bunyi setelah selesai menembak orang yang aku benci itu."Mari Sarjan.Kita bergerak ke Istana Permaisuri."
"Tujuan apa kita hendak ke situ?"
"Disebabkan Bill Ad akan menghadiri upacara pengurniaan darjat ketua oleh Permaisuri Intan, barangkali dia tiada di istananya.Jadi, mari kita mengambil alih istananya."
"Kalau begitu kita harus menambah pertahanan kita.Lawan kita seterusnya ialah pihak tentera Debumi."
"Maksudnya kita perlukan ramai lagi askar".Aku memasuki semula bangunan Parti Kiri itu dan melihat orang-orang di situ.
"Kamu semua mahu selamat?"
Perasaan gemuruh aku tidak terkawal.Tanganku mula menggeletar.Nafasku makin kuat.Peluh tidak berhenti keluar.Kini aku sedang berdiri di hadapan orang ramai yang sedang menyaksikan aku.
Ya,hari ini ialah hari dimana aku bakal menjadi ketua kepada rakyat Tanah Perang setelah mereka tewas mempertahankan negara mereka.Tidak jauh daripada situ aku dapat melihat kelibat seorang yang sangat aku kenali.Permaisuri Intan."Daulat Permaisuri Intan."
"Den Asgard akan masuk menghadap."Nama aku telah disebut.Kakiku bergerak menuju ke pentas yang disediakan untuk acara pengurniaanku.
Kakiku menaiki tangga pentas tersebut.Setiap anak tangga yang aku naik,makin kuat rentak irama jantungku.Kini aku berhadapan dengan Permaisuri Intan.Aku menundukkan kepalaku dan kakiku dibengkokkan sehingga postur aku dalam keadaan betul ketika bertemu dengan permaisuri."Den Asgard."
"Ampun Permaisuriku."
"Aku kurniakan engkau gelaran ketua untuk mengetuai pimpinan Debumi Satu dan pikullah tanggungjawab ini dengan amanah dan kendalikan Debumi Satu dengan adil dan saksama."
"Menjunjung titah Permaisuriku."Aku pun berdiri tegak di hadapan Permaisuri Intan.Aku dikalungkan dengan rantai bersama lencana sebagai lambang seorang ketua.Ketika aku dikalungkan rantai tersebut.
"Maafkan aku buat kau tertunggu-tunggu selama ini.Aku sudah tunaikan janjiku, sahabat lama."
Kata-kata daripada Permaisuri itu hampir membuatkan air mata aku menitis."Terima kasih", itu saja ayat yang mampu aku keluarkan ketika itu.
"Wahai rakyat jelata beta,rakyat Debumi Satu.Inilah pemimpin kamu sekarang."
Tangan aku diangkat oleh Permaisuri.
YOU ARE READING
Legasi 2020
Science FictionSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.