3.Pecat

113 3 0
                                    

"Saya datang ke sini  kerana surat ini".
Aku meletakkan surat yang dihantar kepadaku semalam di atas meja kerjanya itu.

Aku meletakkan surat yang dihantar kepadaku semalam di atas meja kerjanya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rupa bentuk surat yang dihantar

"Jadi,adakah kamu berminat dengan tawaran yang kami berikan?"

"Hmmm,sebenarnya saya agak terkejut dengan tindakan yang tuan pengerusi  lakukan."

"Hahahaha,kamu sebenarnya layak untuk jawatan itu bahkan lebih lagi",berdekah-dekah Den Asgard ketawa.

"Memang betul kata tuan.Saya mahukan lebih lagi daripada jawatan Orang Kanan.Sebenarnya,saya terkejut kerana ditawarkan dengan jawatan sekecil itu."

Senyuman yang terlakar di muka Den Asgard sebentar tadi mula menghilang.
"Apa yang cuba kamu sampaikan ,Amirul?"

"Saya telah berusaha keras untuk  Parti Kiri.Saya telah mengadakan sesi ceramah di seluruh negeri Debumi.Saya berceramah dengan penuh semangat untuk meraih sokongan rakyat.Saya juga yang  mengetuai demonstrasi  jalanan untuk menarik perhatian pandangan rakyat Debumi.Atas semua yang  saya lakukan,saya yang sepatutnya yang lebih layak merangkul jawatan tuan pemgerusi."

Reaksi wajah Den Asgard jelas menunjukkan muka seribu tanda tanya.

"Kau tidak berpuas hati dengan jawatan yang aku tawarkan?Dasar tamak.Sudah diberi betis, mahukan paha pula."

"Saya tidak cuba untuk menjadi tamak cuma saya bercakap apa yang sepatutnya saya dapatkan."

"Kau dengar sini wahai anak Isabell",muka Asgard mula berubah bengis dan nada suaranya meningkat tinggi.

"Selagi aku memegang tampuk kepimpinan Parti Kiri , jangan kau bermimpi untuk merampasnya daripada aku.Pergi kau dari bilikku dasar orang tamak."

Dengan tenang aku bingkas bangun daripada kerusi automatiknya lalu beredar pergi.

Den Asgard mencapai telefonnya dan menghubungi penolongnya,Bill Ad.
Sesetengah jam kemudian,orang yang ditunggu-tunggu Den Asgard muncul juga akhirnya.

"Ada hal pentingkah tuan pengerusi memanggil saya?"Bill Ad muncul di hadapan pintu bilik Asgard.

"Jemput duduk dahulu."
Kerusi automatik bergerak ke Bill dan mempelawanya duduk lalu bergerak mendekati Den Asgard.

"Sebentar tadi, Amirul datang ke rumah saya untuk berbincang tentang urusan kenaikan pangkatnya."

"Adakah dia bersetuju dengan tawaran tuan pengerusi"soal Bill.

"Rupanya Amirul itu seorang talam dua muka.Luarnya baik tapi dalamnya penuh dengan ketamakan".

"Apakah maksud tuan?"

"Dia menyatakan bahawa jawatan yang aku tawarkan sungguh kecil baginya.Malahan,dia menginginkan jawatanku."

"Tak sangka perangai Amirul sedemikian rupa."

"Kalau ikutkan hati, hendak saja aku memecat dia daripada Parti ini."

"Tuan tidak boleh bertindak sembarangan .Sekiranya tuan melakukan juga, sumber kewangan Parti Kiri akan terjejas kerana ibunya Si Amirul itu penyumbang terbesar dana kewangan Parti Kiri.Malahan, disebabkan ceramah politik Amirul meraih sambutan , dia mempunyai pengaruh dan pengikutnya tersendiri.Sekiranya Amirul keluar dari Parti Kiri, para pengikutnya yang menyertai Parti Kiri turut sama melangkah keluar dari Parti Kiri."

Den Asgard mengetap giginya dan mengerakkan rahangnya menandakan dia geram.Dalam marah,perasaannya bercambur-baur.Perasaan benci,buntu dan geram semuanya digaulkan bersama di dalam lubuk hati Asgard.

"Tuan jangan buntu. Tuan cuba memeras ugut Amirul dengan menyuruhnya menerima jawatan Orang Kanan saya.Setelah menjadi Orang Kanan saya,saya boleh mengawal dan memaksa dia patuh akan saya."

"Bagus juga idea kamu itu, Bill.Hari ini juga aku akan memeras ugut si Amirul itu."

Di bilik bacaan Encik Amirul.
Aku sedang membaca e-akhbar dan aku sedang fokus membaca tentang kegiatan perluasan kuasa yang dinamakan Gerakan Permaisuri.Apakah motif Permaisuri Intan melakukan gerakan ini?Aku akan jadikan gerakan ini sebagai propaganda bagi menakut-nakutkan orang awam untuk meraih sokongan.

*Kring,kring,kring*
Bunyi telefonku berdering dan menggangu sesi pembacaanku.Aku menekan butang lalu bersuara.

"Hello,siapa di sana?"

"Ini aku Den Asgard.Awak dipecat..."

Legasi 2020Where stories live. Discover now